08 November 2009

Kisah Pengembara

Pada satu hari seorang bapa pergi mengembara dengan anaknya bersama seekor unta. Di awal perjalanan mereka, si anak yang menunggang unta dan bapanya berjalan di hadapan sambil memegang tali unta tersebut.


Setibanya mereka di sebuah kampung, orang kampung berkata,


“Kenapalah anaknya kurang ajar dan tak hormat pada bapanya sedangkan anaknya masih muda dan kuat. Bapanyalah yang sepatutnya menunggang unta tersebut.” Tambah mereka lagi.


Sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya, si bapa menyuruh anaknya turun dari unta dan kali ini dia pula menunggang unta tersebut. Merekapun kemudiannya meneruskan perjalanan.


Sampailah ke kampung yang kedua. Bila orang kampung melihatkan keadaan ini maka berkatalah mereka,


“Apalah punya bapa, kasihanlah kat anak tu. Sepatutnya budak tulah yang sepatutnya menunggang unta itu”.


Mendengarkan kata-kata itu bapanya mengajak anaknya menunggang bersama di atas unta tersebut untuk perjalanan yang seterusnya.


Apa yang terjadi ialah apabila sampai ke kampung ketiga sekali lagi mereka diherdik.


“Kesihanlah kat unta tu. Ada ke dua-dua naik. Letihlah unta tu.”


Si bapa berfikir lagi dan kemudian mengambil keputusan agar beliau mahupun anaknya tidak menunggang unta itu bagi meneruskan pengembaraan.


Merekapun sampailah ke kampung yang terakhir menyangkakan yang mereka telah melakukan yang terbaik. Malangnya seperti kampung-kampung yang terdahulu orang kampung mengatakan,


“Apalah punya bodoh anak beranak ni, ada unta tapi tak nak tunggang”.


Jadi apakah kesimpulan yang boleh kita ambil dari cerita ini?


Kisah ini menunjukkan yang walau apapun yang kita lakukan pasti ada orang yang akan bersuara. Kata-kata yang dihamburkan selalunya bersifat negatif. Jadi apa yang orang lain katakan adakalanya taklah berapa penting dan apatah lagi perlu dipertimbangkan. Oleh yang demikian adakalanya lebih baik kita berdiam diri dan melakukan apa yang kita percaya daripada kita bertegas dan cuba mempertahankan diri. Ia akan hanya membuang masa dan tenaga untuk berbuat demikian. Lambat laun kebenaran akan menang juga.


Fikir-fikirkanlah..


Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.


Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.


Ikhlas dari,


Faizal Yusup


Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Blog :http://faizalyusup.blogspot.com
Ada banyak artikel motivasi era baru. Percuma!.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.