SALAM MESRA

Bismillah..
 
Selamat berkunjung ke blog Faizal Yusup.
 
Menulis memang menjadi minat saya semenjak zaman remaja. Saya suka menulis dan akan terus menulis dari pemerhatian dan kata hati selagi berkemampuan untuk berbuat demikian.

Saya harap ada isi kandungan blog ini yang membawa manfaat kepada diri anda dan saya mohon maaf sekiranya ada kejanggalan yang ada di dalamnya kerana saya langsung tidak pernah berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.
 
InsyaAllah, sesuatu perubahan akan terjadi dalam diri anda sekiranya anda terus berada di sini menghayati pengisian-pengisian yang diutarakan ini. Jadi, datanglah bila ada waktu senggang.
 
Oh ya, mengenai hakcipta tak perlu dirisaukan. Sekiranya anda berminat dengan mana-mana artikel di sini, ambillah untuk dipanjangkan tapi janganlah masukkan dalam buku kerana kemungkinan besar ia ada dalam buku tulisan saya. Takut-takut pihak penerbitan menyaman anda pula.
 
Untuk pengetahuan anda saya juga merupakan seorang Remisier dan berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang pelaburan saham. Jadi di sini ada saya utarakan artikel-artikel yang berkaitan dengan pelaburan saham juga yang menyentuh tentang kewangan setakat yang saya tahu. Saya harap ia bakal membantu dalam pelaburan mahupun pengendalian kewangan.
 
Seperkara lagi saya bukan ustaz, saya hanya menyampaikan dari sudut kacamata saya sendiri. Sesungguhnya yang baik dari Allah dan yang buruk adalah atas kelemahan saya sendiri.
 
Kalau anda suka blog ini saya harap dapatlah ia diwar-warkan pada kawan-kawan anda yang lain dengan harapan mereka juga mendapat manfaat darinya.
 
Terima kasih kerana bertamu dan semoga anda semua dalam lindungan Allah sentiasa. Amin.

Sekian dahulu.

Faizal Yusup

 

' style='padding: 0; border: none;'/>