SEMINAR MOTIVASI MINDA AKHIRAT


Salam Sejahtera,

Sebenarnya saya bukanlah seorang yang belajar teori menulis sebelum menjadi penulis tetapi saya menulis dari hati seperti seorang pemuzik yang belajar muzik mengikut gerak hatinya tanpa tahu not muzik sekalipun. Tidak dapat disangkal adakalanya mereka ini lebih baik, kreatif dan inovatif kalau dibuat perbandingan.

Saya percaya apa yang datang dari hati yang ikhlas akan dapat dirasai oleh hati yang satu lagi dan saya juga percaya tiada gunanya kalau kita memberi nasihat dan motivasi kalau nasihat itu sendiri tidak kita gunakan. Ikhlas saya katakan semua pengisian motivasi yang saya sampaikan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan semua pengisian itu telah saya fahami terdahulu dengan izin Allah Taala sebelum saya sampaikan kepada anda semua. Kebanyakannya bersifat original, bukan diciplak dan ianya sesuai untuk generasi zaman moden ini. 

Oleh itu, sekiranya anda berminat untuk menjemput saya untuk menyampaikan kursus / ceramah motivasi yang dengan pengisian dari satu sudut pandang yang penuh revolusi dan mencabar minda hubungi saya.

Seminar yang FY jalankan ;
  • Seminar Motivasi Minda Akhirat
Hubungi FY di talian 0166667430 untuk keterangan lanjut.

' style='padding: 0; border: none;'/>