11 Februari 2026

Kesilapan Pelabur Zero, Newbie, Beginner 7 - Memilih Penasihat atau Mentor Yang Salah

KESILAPAN PELABUR ZERO SIRI 7

Oleh Haji Faizal Yusup

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Pengaruh Manusia & Keputusan Yang Salah

Manusia adalah makhluk sosial. Dalam banyak aspek kehidupan, kita bergantung kepada pandangan dan nasihat orang lain. Dalam pelaburan saham, keadaan ini tidak terkecuali. Malah, pengaruh manusia sering menjadi faktor besar yang menentukan keputusan pelabur, samaada secara sedar atau tidak.

Ramai pelabur baru yang asalnya yakin dengan analisis sendiri, tetapi berubah fikiran selepas mendengar pandangan orang lain. Ada yang beli saham kerana yakin, tetapi jual kerana mendengar pandangan orang lain. Ada juga yang beli kerana orang lain untung, bukan kerana mereka sendiri faham sebab musababnya.

Bab ini membincangkan bagaimana pengaruh manusia, salah memilih penasihat dan kegagalan memikul tanggungjawab keputusan sendiri menjadi punca utama kerugian yang sebenarnya boleh dielakkan.

Salah Memilih Penasihat

Tidak semua penasihat pelaburan mempunyai niat yang sama. Ada yang benar-benar mahu membantu, tetapi ada juga yang lebih mementingkan kepentingan sendiri samaada komisen, populariti atau kerana agenda tertentu.

Pelabur yang terlalu mempercayai penasihat tanpa menilai kesesuaian nasihat tersebut dengan situasi sendiri mudah terperangkap. Apa yang sesuai untuk orang lain belum tentu sesuai untuk diri kita sendiri.

FY sering menegaskan bahawa penasihat sepatutnya membantu pelabur berfikir dengan lebih jelas, bukan menggantikan pemikiran pelabur sepenuhnya. Penasihat yang baik tidak memaksa keputusan, tetapi memberi khidmat nasihat dan panduan dengan penuh hemah.

Terlalu Bergantung Kepada Orang Lain

Ramai pelabur berasa selamat apabila mereka tidak membuat keputusan sendiri. Mereka lebih selesa mengikut orang lain kerana tidak mahu menanggung risiko kesilapan.

Masalahnya, apabila keputusan itu membawa kepada kerugian, pelabur tidak tahu apa yang perlu diperbaiki. Mereka tidak belajar apa-apa kerana mereka tidak benar-benar faham keputusan pelaburan tersebut sejak awal.

Kebergantungan berlebihan kepada orang lain akan melemah anda sebagai pelabur. Pelabur yang matang mengambil nasihat sebagai input, tetapi keputusan akhir tetap dibuat dengan ilmu, kajian dan kefahaman sendiri.

Ikut-Ikutan Tanpa Faham

Fenomena ikut-ikutan sangat ketara dalam pasaran saham. Apabila sesuatu saham menjadi bualan, ramai yang masuk tanpa memahami sebab sebenar.

Selagi harga naik, mereka rasa betul. Namun apabila harga berhenti naik atau mula turun, pelabur menjadi panik kerana mereka tidak tahu apa yang mereka pegang.

FY melihat sikap ikut-ikutan sebagai tanda pelabur belum bersedia dari sudut ilmu dan mental. Pelaburan yang baik memerlukan keyakinan yang lahir daripada kefahaman, bukan kerana FOMO (Fear of Missing Out) hanya kerana ramai orang lain buat perkara yang sama. Sikap lalang begini perlu diketepikan sama sekali.

Tidak Bertanggungjawab Atas Keputusan Sendiri

Apabila pelaburan untung, ramai pelabur cepat mengaku itu hasil kebijaksanaan sendiri. Namun apabila rugi, mereka mencari pihak lain untuk dipersalahkan antaranya remisier, penasihat, pasaran atau berita.

Sikap ini menghalang proses pembelajaran. Selagi pelabur tidak bertanggungjawab atas keputusan sendiri, selagi itu mereka akan mengulangi kesilapan yang sama.

FY percaya kematangan pelabur bermula apabila seseorang berani berkata, “Ini keputusan aku sendiri dan aku bertanggungjawab atas akibatnya.”

Autoriti & Persepsi Kepakaran

Ramai pelabur mudah terpengaruh dengan individu yang kelihatan berautoriti samaada kerana pengalaman, jawatan atau cara bercakap yang meyakinkan. Tanpa disedari, persepsi ini mempengaruhi keputusan pelaburan.

Masalahnya, kepakaran dalam bercakap dan menjalankan seminar tidak semestinya sama dengan kepakaran dalam melabur dan berdagang. Pelabur yang tidak berhati-hati mudah menganggap pandanga orang sebegini sebagai kebenaran mutlak.

Dalam pasaran saham, tiada siapa yang betul sepanjang masa. Setiap pandangan perlu dinilai termasuklah pandangan FY sendiri, jangan sesekali menerimanya bulat-bulat.

Belajar Berdikari Dalam Membuat Keputusan

Pelabur yang berjaya bukan mereka yang tidak pernah meminta pandangan, tetapi mereka yang tahu bagaimana menapis maklumat. Mereka mendengar, menilai dan membuat keputusan sendiri.

Berdikari dalam pelaburan bukan bermaksud sombong atau menolak nasihat, tetapi memahami bahawa tanggungjawab akhir sentiasa berada di tangan sendiri.

FY percaya inilah peralihan penting dalam perjalanan pelabur daripada bergantung kepada orang lain, kepada yakin dengan proses pembelajaran diri sendiri.

Penutup Bab

Pengaruh manusia tidak boleh dielakkan, tetapi boleh diurus. Pelabur yang gagal mengurus pengaruh luar akan sentiasa punya tindakan pelaburan yang berubah-ubah dan tidak konsisten.

Dalam pelaburan saham, nasihat boleh dipinjam, tetapi keputusan tidak boleh dipindahkan. Kejayaan dan kegagalan akhirnya adalah milik diri sendiri.

Dalam bab seterusnya, FY akan membawa anda melihat satu lagi punca besar kegagalan pelabur iaitu kesilapan kewangan peribadi yang memusnahkan kesabaran dan disiplin.

Follow. Like. Subscribe dan Share andai bermanfaat.

Sekian dulu,

Ikhlas,

Haji Faizal Yusup @ FY

“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”

“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”

Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.

                     ================================

Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!

Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!

Kalau anda pelabur saham anda wajib berada dalam group saham Team FY sekinranya anda ingin maklumat terkini mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia…

Tekan jer link bawah ni ;

Group WhatsApp

#seminarfzth

#faizalyusup 

Kalau ada apa-apa persoalan hubungi FY terus di talian 0166667430 yer. InsyaAllah FY cuba bantu.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Seminar Saham From Zero To Hero 2026

Sekiranya anda ingin menimba ilmu pelaburan saham secara menyeluruh dan menjana keuntungan darinya jemputlah sertai Seminar Saham From Zero To Hero!

📅 Seminar Terkini

FZTH APRIL 2026

Tarikh : 25 & 26 April 2026
            Sabtu & Ahad
Lokasi: Dewan Seminar AF Training,            
            Nilai
Masa : 9.00am - 5.30pm

FZTH MEI 2026

Tarikh : 23 & 24 Mei 2026
            Sabtu & Ahad
Lokasi: Dewan Seminar AF Training,
            Nilai
Masa : 9.00am - 5.30pm

FZTH JUN 2026

Tarikh: 27 & 28 Jun 2026
           Sabtu & Ahad
Lokasi: Dewan Seminar AF Training,
           Nilai
Masa : 9.00am - 5.30pm

Hubungi Hajah Azila di talian 0166641755 untuk keterangan lanjut atau layari 

www.seminarsaham.my untuk pendaftaran. 

Follow. Like. Subscribe dan Share andai bermanfaat.

Sekian dulu,

Terima kasih.

Ikhlas,

Haji Faizal Yusup @ FY

“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”

“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”

Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.

Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!

Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!

Kalau anda pelabur saham anda wajib berada dalam group saham Team FY sekinranya anda ingin maklumat terkini mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia…

Tekan jer link bawah ni ;

Group WhatsApp

#seminarfzth

#faizalyusup 

' style='padding: 0; border: none;'/>

09 Februari 2026

Kesilapan Pelabur Zero, Newbie, Beginner 6 - Emosi, Ego dan Gangguan Luar

KESILAPAN PELABUR ZERO SIRI 6

Oleh Haji Faizal Yusup

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia 

BAB 6

Emosi, Ego & Gangguan Luar

Ramai pelabur menyangka kegagalan mereka berpunca daripada pasaran yang tidak adil, saham yang “tak jalan”, atau berita yang mengejutkan. Jarang yang berani mengaku bahawa punca sebenar kegagalan itu datang daripada emosi dan ego sendiri. Inilah realiti yang sukar diterima, tetapi wajib difahami.

FY sering melihat pelabur yang berilmu, mempunyai perancangan dan memilih saham yang baik, namun tetap gagal. Apabila diselidik, puncanya bukan teknikal, tetapi psikologi. Emosi mengambil alih keputusan, manakala ego menghalang pembetulan.

Bab ini membongkar bagaimana emosi, ego dan gangguan luar secara perlahan-lahan merosakkan keputusan pelaburan tanpa disedari.

Tidak Dapat Mengawal Emosi Ketika Untung dan Rugi

Dalam pelaburan, dua emosi utama sering menguasai pelabur iaitu perasaan takut dan tamak. Ketakutan menyebabkan pelabur menjual terlalu awal, manakala ketamakan menyebabkan pelabur membeli terlalu mahal atau menyimpan saham terlalu lama.

Apabila harga saham naik, pelabur menjadi terlalu yakin dan mula melanggar perancangan asal. Apabila harga turun, pelabur panik dan menjual tanpa berfikir panjang. Kedua-duanya lahir daripada emosi yang tidak terkawal.

FY percaya pelabur yang berjaya bukan mereka yang tidak mempunyai emosi, tetapi mereka yang mampu mengurus emosi dengan disiplin. Emosi perlu dikenali, bukan dituruti.

Ego Enggan Mengaku Salah

Ego adalah musuh senyap yang paling berbahaya. Ramai pelabur enggan mengaku kesilapan kerana tidak mahu dilihat salah, lemah atau kurang bijak. Akibatnya, mereka terus menyimpan saham yang jelas bermasalah.

Dalam keadaan ini, keputusan tidak lagi dibuat berdasarkan fakta, tetapi keinginan untuk membuktikan diri betul. Pelabur mula mencari alasan untuk menyokong keputusan lama dan menolak maklumat baharu yang bercanggah.

Pasaran tidak peduli ego sesiapa. Mengaku salah dan bertindak awal selalunya lebih murah daripada berkeras mempertahankan keputusan yang salah.

Terlalu Percaya Kepada Berita

Berita sering mencetuskan reaksi emosi yang kuat. Tajuk sensasi, laporan tergempar dan kenyataan tokoh tertentu boleh mendorong pelabur bertindak tergesa-gesa.

Masalahnya, kebanyakan berita sudah diambil kira dalam harga saham sebelum sampai kepada pelabur runcit. (priced in). Bertindak semata-mata berdasarkan berita sering menyebabkan pelabur masuk terlalu lewat atau keluar terlalu awal.

FY menasihatkan pelabur supaya membezakan antara maklumat dan gangguan. Tidak semua berita memerlukan tindakan pelaburan.

Mendengar Tips dan Rumors Tanpa Analisis

Tips dan khabar angin sentiasa wujud dalam pasaran saham. Ada yang datang daripada rakan, ada yang datang daripada media sosial dan ada juga yang datang daripada individu yang kelihatan berpengalaman.

Masalah timbul apabila pelabur membeli saham berdasarkan tips tanpa memahami sebab di sebaliknya. Apabila harga tidak bergerak seperti yang dijanjikan, pelabur tidak tahu apa yang perlu dibuat.

FY percaya tips boleh didengar, tetapi keputusan mesti dibuat berdasarkan kefahaman sendiri. Jika pelabur tidak tahu mengapa dia membeli, dia juga tidak akan tahu bila perlu menjual.

Tekanan Sosial & Perbandingan Dengan Orang Lain

Ramai pelabur terperangkap dengan perbandingan. Apabila melihat orang lain untung besar, mereka mula meragui keputusan sendiri. Apabila melihat orang lain keluar awal, mereka menjadi takut.

Tekanan sosial ini menyebabkan pelabur membuat keputusan yang tidak selari dengan perancangan dan matlamat sendiri. Mereka mula mengejar apa yang orang lain buat, bukan apa yang sesuai dengan diri sendiri.

FY mengingatkan bahawa setiap pelabur mempunyai situasi kewangan, matlamat dan tahap risiko yang berbeza. Membandingkan diri dengan orang lain hanya menambah tekanan dan mengaburkan pertimbangan.

Emosi Mengatasi Sistem

Ramai pelabur mempunyai sistem dan perancangan yang baik di atas kertas. Namun apabila pasaran bergerak laju, semua itu diketepikan.

Stop loss diubah, sasaran keuntungan dilanggar dan disiplin hilang. Semua ini berlaku apabila emosi mengambil alih kawalan.

FY percaya sistem hanya berfungsi apabila pelabur menghormatinya. Tanpa disiplin emosi, sistem hanyalah teori.

Penutup Bab

Emosi dan ego tidak boleh dihapuskan, tetapi boleh dikawal. Pelabur yang gagal mengawal emosi sebenarnya sedang berperang dengan diri sendiri.

Kita kena faham bahawa kejayaan dalam pelaburan saham bukan hanya soal ilmu dan strategi, tetapi soal kematangan emosi dan kerendahan hati. Apabila emosi terkawal dan ego direndahkan, keputusan menjadi lebih rasional dan konsisten.

Dalam bab seterusnya, Jom kita bincangkan satu lagi faktor penting yang sering mempengaruhi keputusan pelabur iaitu pengaruh manusia dan kebergantungan kepada pihak lain.

Follow. Like. Subscribe dan Share andai bermanfaat.

Sekian dulu,

Terima kasih.

Ikhlas,

Haji Faizal Yusup @ FY

“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”

“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”

Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.

Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!

Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!

Kalau anda pelabur saham anda wajib berada dalam group saham Team FY sekinranya anda ingin maklumat terkini mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia…

Tekan jer link bawah ni ;

Group WhatsApp

#seminarfzth

#faizalyusup 

Kalau ada apa-apa persoalan hubungi FY terus di talian 0166667430 yer. InsyaAllah FY cuba bantu.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Kesilapan Pelabur Zero, Newbie, Beginner 5 - Berfikir Jangkamasa Pendek

KESILAPAN PELABUR ZERO SIRI 5

Oleh Haji Faizal Yusup

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

BAB 5

Perangkap Pemikiran Jangka Pendek

Ramai pelabur masuk ke pasaran saham dengan niat jangka panjang. Namun dalam praktiknya, mereka bertindak seolah-olah setiap pergerakan harga harian menentukan masa depan mereka. Sedikit turun sudah gelisah, sedikit naik sudah teruja. Inilah perangkap pemikiran jangka pendek yang jarang disedari, tetapi sangat merosakkan.

FY sering melihat pelabur yang sebenarnya memilih saham yang baik, dalam syarikat yang betul, dengan asas yang kukuh. Namun akhirnya mereka tetap rugi atau keluar terlalu awal. Bukan kerana saham itu salah, tetapi kerana pemikiran mereka tidak selari dengan jangka masa pelaburan.

Bab ini membincangkan bagaimana pemikiran jangka pendek, terlebih dagangan dan jangkaan yang tidak realistik menjadi punca kegagalan pelabur yang sebenarnya berpotensi untuk berjaya.

Berfikir Jangka Masa Pendek Walaupun Niat Jangka Panjang

Ramai pelabur berkata mereka melabur untuk jangka panjang. Namun apabila harga saham turun 5% atau 10%, mereka mula panik. Apabila harga tidak bergerak seperti yang diharapkan dalam masa singkat, mereka hilang sabar.

Masalahnya bukan pada niat, tetapi pada kefahaman. Pelaburan jangka panjang tidak bermaksud harga akan naik setiap hari. Ia bermaksud memberi masa kepada perniagaan untuk berkembang dan nilai untuk terserlah.

FY percaya pelabur perlu selaraskan cara berfikir dengan jangka masa pelaburan. Jika jangka masa panjang, maka turun naik jangka pendek tidak sepatutnya menggugat emosi dan keputusan.

Terlebih Dagangan (Overtrading)

Satu lagi kesilapan besar yang lahir daripada pemikiran jangka pendek ialah terlebih dagangan. Pelabur merasakan mereka perlu sentiasa membeli dan menjual untuk “buat duit”.

Hakikatnya, setiap transaksi mempunyai kos iaitu komisen, duti stem, clearing fees dan yang paling mahal, kesilapan emosi. Lebih kerap berdagang, lebih tinggi risiko membuat keputusan yang salah.

FY sering mengingatkan bahawa tidak buat apa-apa juga adalah satu keputusan. Pelabur yang matang tahu bila perlu bertindak dan bila perlu menunggu.

Terlebih Jangkaan Nilai & Sasaran Harga

Ramai pelabur menetapkan sasaran harga yang terlalu tinggi tanpa mengambil kira realiti pasaran dan keadaan semasa syarikat. Mereka terlalu yakin dengan jangkaan sendiri. Acapkali juga rumors dalam pasaran yang meletakkan harga sasaran yang tinggi jauh dari nilai sebenar syarikat yang kita laburkan itu.

Apabila harga tidak mencapai sasaran, pelabur enggan menjual. Mereka terikat dengan harapan, bukan analisis. Keputusan menjadi emosi dan berat sebelah.

FY percaya jangkaan yang sihat adalah jangkaan yang fleksibel. Pasaran sentiasa berubah dan pelabur perlu bersedia menilai semula keputusan berdasarkan maklumat baharu.

Tidak Mengambil Kira Kitaran Pasaran & Ekonomi

Ramai pelabur beranggapan pasaran saham sentiasa berada dalam keadaan yang sama. Mereka lupa bahawa pasaran bergerak dalam kitaran. Naik, mendatar, jatuh dan pulih.

Strategi yang berjaya dalam satu fasa mungkin gagal dalam fasa lain. Tanpa kefahaman tentang kitaran ini, pelabur mudah salah masa dan salah jangkaan.

FY sering menasihatkan pelabur supaya melihat konteks yang lebih besar, bukan hanya pergerakan harga semasa.

Kesabaran Bukan Bererti Pasif

Ada pelabur yang menyalahfaham kesabaran sebagai tidak membuat apa-apa walaupun keadaan sudah berubah. Mereka menyimpan saham yang jelas bermasalah atas alasan “pelaburan jangka panjang”.

Kesabaran yang betul ialah kesabaran yang disertai kefahaman dan pemantauan. Ia bukan alasan untuk menafikan realiti.

FY percaya kesabaran perlu berpandu kepada fakta, bukan harapan kosong.

Penutup Bab

Pemikiran jangka pendek adalah musuh utama pelabur jangka panjang. Ia menyebabkan pelabur membuat keputusan yang bercanggah dengan matlamat sendiri.

FY ingin pembaca sedar bahawa pasaran saham memberi ganjaran kepada mereka yang sabar, konsisten dan berfikir jauh ke hadapan. Mereka yang terlalu fokus kepada pergerakan jangka pendek selalunya akan terperangkap dalam kitaran emosi yang memenatkan.

Dalam bab seterusnya, FY akan membawa pembaca menyelami satu lagi punca besar kegagalan pelabur iaitu emosi, ego dan gangguan luar yang sering menguasai keputusan tanpa disedari.

Follow. Like. Subscribe dan Share andai bermanfaat.

Sekian dulu,

Terima kasih.

Ikhlas,

Haji Faizal Yusup @ FY

“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”

“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”

Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.

Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!

Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!

Kalau anda pelabur saham anda wajib berada dalam group saham Team FY sekinranya anda ingin maklumat terkini mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia…

Tekan jer link bawah ni ;

Group WhatsApp

#seminarfzth

#faizalyusup 

Kalau ada apa-apa persoalan hubungi FY terus di talian 0166667430 yer. InsyaAllah FY cuba bantu.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Kesilapan Pelabur Zero, Newbie, Beginner 4 - Risiko yang Diabaikan

KESILAPAN PELABUR ZERO SIRI 4

Oleh Haji Faizal Yusup

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

BAB 4

Risiko Yang Diabaikan, Modal Yang Dileburkan

Ramai pelabur masuk ke pasaran saham dengan satu fokus utama iaitu keuntungan. Mereka bercakap tentang potensi naik, sasaran harga dan pulangan peratusan. Namun sangat sedikit yang benar-benar memberi perhatian kepada satu perkara asas yang menentukan kelangsungan mereka dalam pasaran, iaitu risiko.

FY sering melihat pelabur yang berjaya membuat keuntungan beberapa kali, tetapi akhirnya tewas dalam satu keputusan yang silap. Bukan kerana mereka tidak tahu, tetapi kerana mereka mengabaikan risiko dan gagal melindungi modal. Dalam pelaburan, satu kesilapan besar sudah cukup untuk memadamkan banyak keputusan yang betul sebelum itu.

Bab ini membincangkan kesilapan pelabur yang paling mahal kesannya iaitu gagal mengenal, mengurus dan menghormati risiko. 

Tidak Mengenal Risiko Yang Terlibat

Ramai pelabur melabur saham hanya dengan membayangkan untung. Mereka tidak benar-benar memikirkan apa yang boleh berlaku jika keadaan tidak memihak kepada mereka. Risiko dianggap sebagai isu kecil yang boleh dihadapi kemudian.

Apabila risiko muncul samaada kejatuhan harga, perubahan polisi, prestasi syarikat merosot atau sentimen pasaran berubah, pelabur menjadi terkejut dan panik. Keputusan dibuat dalam keadaan tertekan kerana mereka tidak bersedia.

FY percaya mengenal risiko bukan tanda takut, tetapi tanda matang. Pelabur yang matang sentiasa bertanya, “Apa yang boleh berlaku jika aku salah?” sebelum membuat keputusan.

Terlalu Fokus Kepada Untung, Bukan Perlindungan Modal

Satu kesilapan besar ialah apabila pelabur terlalu fokus kepada berapa banyak boleh untung, tetapi jarang bertanya berapa banyak sanggup rugi. Sikap ini menyebabkan mereka mengambil risiko yang tidak seimbang.

FY sering menekankan bahawa melindungi modal adalah keutamaan. Keuntungan boleh dicari berkali-kali, tetapi modal yang hilang sukar diganti. Pelabur yang gagal menjaga modal biasanya tersingkir lebih awal daripada pasaran.

Pelabur yang mengutamakan perlindungan modal mungkin tidak kelihatan agresif, tetapi merekalah yang bertahan lama dan akhirnya menuai hasil.

Tiada Asset Allocation

Ramai pelabur meletakkan terlalu banyak wang dalam satu saham atau satu sektor. Mereka yakin dengan pilihan sendiri dan menganggap keyakinan tinggi bermaksud perlu bertindak secara agresif.

Hakikatnya, keyakinan tanpa pengagihan risiko adalah bahaya. Asset allocation membantu mengagihkan risiko agar satu kesilapan tidak menghancurkan keseluruhan portfolio.

FY percaya pengagihan aset bukan tanda kelemahan, tetapi tanda kebijaksanaan. Ia memberi ruang untuk pelabur bernafas walaupun sebahagian pelaburan tidak menjadi.

Tiada Diversification

Tidak mempelbagaikan pelaburan menyebabkan risiko tertumpu. Walaupun analisis tepat, faktor luar seperti krisis ekonomi, perubahan industri atau isu dalaman syarikat boleh menjejaskan prestasi saham secara mendadak.

Diversifikasi bukan bermaksud membeli banyak saham secara rawak. Ia bermaksud menyusun portfolio dengan sedar, memahami hubungan antara aset dan risiko yang terlibat.

FY melihat diversifikasi sebagai insurans kepada pelabur. Ia tidak menghapuskan risiko, tetapi mengurangkan impak apabila risiko berlaku.

Risiko Yang Tidak Kelihatan

Selain risiko harga, terdapat juga risiko yang jarang disedari pelabur antaranya risiko kecairan, risiko pengurusan, risiko peraturan dan risiko sentimen. Risiko-risiko ini sering muncul tanpa amaran.

Pelabur yang hanya melihat carta harga mungkin terlepas pandang risiko-risiko ini. Apabila ia berlaku, kerugian sering menjadi besar dan sukar dikawal.

FY menasihatkan pelabur supaya sentiasa melihat pelaburan dari pelbagai sudut, bukan sekadar pergerakan harga.

Penutup Bab

Risiko adalah sebahagian daripada pelaburan. Ia tidak boleh dielakkan, tetapi boleh diurus. Pelabur yang mengabaikan risiko sebenarnya sedang membuka pintu kepada kerugian besar.

FY ingin pembaca faham bahawa pelaburan saham bukan tentang siapa paling berani, tetapi siapa paling menghormati risiko. Melindungi modal adalah asas kepada kelangsungan jangka panjang.

Dalam bab seterusnya, FY akan membincangkan satu lagi perangkap besar yang sering memerangkap pelabur iaitu pemikiran jangka pendek dan terlebih dagangan.

Follow. Like. Subscribe dan Share andai bermanfaat.

Sekian dulu,

Terima kasih.

Ikhlas,

Haji Faizal Yusup @ FY

“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”

“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”

Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.

             ======================================

Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!

Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!

Kalau anda pelabur saham anda wajib berada dalam group saham Team FY sekinranya anda ingin maklumat terkini mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia…

Tekan jer link bawah ni ;

Group WhatsApp

#seminarfzth

#faizalyusup 

' style='padding: 0; border: none;'/>

08 Februari 2026

Kesilapan Pelabur Zero, Newbie, Beginner 3 - Gagal Merancang, Merancang Untuk Gagal

KESILAPAN PELABUR ZERO SIRI 3

Oleh Haji Faizal Yusup

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

BAB 3

Gagal Merancang, Merancang Untuk Gagal

Ramai pelabur menyangka bahawa selepas niat dibetulkan dan ilmu dipelajari, kejayaan dalam pelaburan saham akan datang dengan sendirinya. Hakikatnya tidak begitu. Ilmu tanpa perancangan ibarat peta tanpa arah. Tahu banyak, tetapi tidak tahu ke mana hendak dituju.

FY sering bertemu pelabur yang sudah membaca buku, menghadiri seminar dan mengikuti kelas pelaburan, tetapi masih gagal menghasilkan keputusan yang konsisten. Apabila diteliti, masalahnya bukan pada ilmu, tetapi pada ketiadaan perancangan, sistem dan disiplin.

Bab ini membincangkan kesilapan pelabur yang kelihatan teknikal, tetapi sebenarnya berpunca daripada sikap yang gagal merancang dan gagal mematuhi perancangan sendiri.

Tiada Perancangan Pelaburan Yang Jelas

Antara kesilapan paling kerap berlaku ialah membeli saham tanpa perancangan yang jelas. Ramai pelabur tahu saham apa yang mereka beli, tetapi tidak tahu kenapa mereka membelinya dan apa yang perlu dibuat selepas itu.

Apabila harga saham naik, pelabur menjadi keliru samaada perlu menjual atau terus menunggu. Apabila harga turun, pelabur panik kerana tidak bersedia menghadapi senario tersebut. Dalam keadaan ini, keputusan dibuat secara spontan dan emosi menjadi penentu.

FY percaya perancangan pelaburan bukan tentang meramal masa depan, tetapi tentang menyediakan rangka tindakan. Pelabur yang merancang tahu apa yang perlu dilakukan dalam pelbagai keadaan, bukan hanya ketika pasaran memihak kepada mereka.

Tiada Sistem Dalam Membuat Keputusan

Ramai pelabur membuat keputusan berdasarkan situasi. Hari ini mereka beli saham kerana Analisis Fundamental. Esok mereka jual kerana carta teknikal kelihatan lemah. Lusa mereka masuk saham lain kerana mendengar cerita mengenainya.

Tanpa sistem, setiap keputusan berdiri sendiri dan tidak berkait antara satu sama lain. Pelabur sukar menilai samaada sesuatu keputusan itu betul atau salah kerana tiada kerangka yang konsisten.

FY sering tekankan bahawa sistem tidak perlu rumit. Apa yang penting ialah ia jelas, difahami dan boleh diulang. Sistem yang sederhana tetapi konsisten jauh lebih berkesan daripada strategi hebat yang berubah-ubah.

Disiplin Yang Longgar Walaupun Tahu Apa Yang Betul

Satu kesilapan besar yang jarang diakui ialah kegagalan mematuhi perancangan sendiri. Ramai pelabur tahu apa yang patut dibuat, tetapi tidak melakukannya apabila emosi terganggu.

Stop loss diubah kerana tidak sanggup rugi kecil. Sasaran keuntungan dilanjutkan kerana tamak. Pelan yang dibuat ketika tenang dilupakan apabila pasaran mula bergerak laju.

FY percaya bahawa dalam pelaburan, disiplin lebih penting daripada kepintaran. Pasaran tidak menguji sejauh mana pelabur tahu, tetapi sejauh mana pelabur mampu patuh kepada keputusan sendiri.

Menukar Strategi Terlalu Kerap

Ramai pelabur mudah hilang keyakinan terhadap strategi mereka sendiri. Apabila strategi tidak memberi hasil dalam masa singkat, mereka menyimpulkan bahawa strategi itu tidak berkesan.

Mereka kemudian mencari strategi lain, berharap strategi baharu itu akan memberikan hasil segera. Masalahnya bukan pada strategi, tetapi pada jangkaan dan kesabaran pelabur.

Setiap strategi memerlukan masa untuk diuji dan dinilai. Melompat daripada satu strategi ke strategi lain hanya menyebabkan pelabur sentiasa berada dalam fasa “mencuba”, tetapi tidak pernah benar-benar menguasai apa-apa.

Tidak Menyimpan Rekod & Membuat Post-Mortem

Ramai pelabur tidak menyimpan rekod pelaburan mereka. Mereka lupa mengapa sesuatu saham dibeli dan dijual. Apabila untung, mereka tidak tahu faktor kejayaan. Apabila rugi, mereka tidak tahu punca sebenar.

Tanpa rekod dan post-mortem, pelabur tidak belajar daripada pengalaman sendiri. Kesilapan yang sama akan berulang, cuma dalam bentuk yang berbeza.

FY melihat pelabur yang matang sentiasa menilai keputusan lampau. Bukan untuk menyalahkan diri, tetapi untuk memperbaiki proses.

Perancangan Memberi Ketenangan

Perancangan tidak menjamin keuntungan, tetapi ia memberi ketenangan. Pelabur yang merancang tidak panik apabila harga turun dan tidak tamak apabila harga naik.

Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kenapa mereka melakukannya. Dalam dunia pelaburan yang penuh ketidaktentuan, hakikatnya ketenangan adalah satu kelebihan.

Penutup Bab

Ilmu tanpa perancangan tidak akan bertahan lama. Perancangan tanpa disiplin pula tidak akan berfungsi. Kedua-duanya perlu berjalan seiring.

FY ingin anda faham bahawa pelaburan yang berjaya bukan dibina atas keputusan spontan, tetapi atas proses yang terancang dan konsisten. Gagal merancang sebenarnya bermaksud merancang untuk gagal.

Dalam bab seterusnya, FY akan membawa sidang pembaca kepada kesilapan yang paling mahal dalam dunia pelaburan saham iaitu kegagalan mengurus risiko dan melindungi modal.