08 April 2025
SAHAM IPO TERKINI #melabursaham #sahamipo
Bursa Serantau Semua Merah #melabursaham #trading
21 Mac 2025
PERBEZAAN ANTARA TABUNGAN DAN PELABURAN
Pelaburan dan tabungan adalah dua konsep kewangan yang berbeza, baik dari segi tujuan, risiko, mahupun potensi pulangan. Berikut penjelasan terperinci:
1. Definisi
Tabungan (Saving)
Duit yang disimpan dalam bentuk tunai atau instrumen cair (seperti akaun simpanan, deposit tetap atau di bawah bantal) untuk tujuan simpanan jangka pendek. Tumpuannya adalah pada keselamatan dan kecairan.
Pelaburan (Investment)
Duit yang digunakan untuk membeli aset produktif (saham, hartanah, bon, dana bersama) dengan harapan memperoleh pulangan jangka panjang. Tujuannya adalah meningkatkan nilai wang melalui pertumbuhan atau pendapatan pasif.
2. Perbezaan Utama
Tabungan
- Simpanan kecemasan/keperluan jangka pendek
- Berisiko Rendah (terlindung oleh institusi kewangan)
- Sangat cair (boleh diakses segera)
- Pulangan Rendah (kadar faedah tetap)
- Jangka Masa pendek (1–3 tahun)
- Nilai mungkin merosot akibat inflasi
Pelaburan
- Pertumbuhan kekayaan jangka panjang
- Risko Tinggi (bergantung pada instrumen pasaran)
- Kurang cair (bergantung pada aset)
- Potensi tinggi (tidak dijamin)
- Jangka panjang (5+ tahun)
- Boleh mengatasi inflasi
3. Konteks Makroekonomi
Dalam konteks ekonomi, tabungan dan pelaburan saling berkaitan ;
Di sini, tabungan nasional (contoh: wang yang tidak dibelanjakan) digunakan untuk pelaburan dalam ekonomi (seperti pembinaan kilang atau infrastruktur). Namun, konsep ini berbeza bagi penggunaan individu untuk istilah "tabung" dan "labur".
4. Contoh
Tabungan : Simpanan RM1,000 dalam akaun bank dengan faedah 2% setahun.
Pelaburan : Membeli saham syarikat atau hartanah yang nilai pasaran berpotensi naik 8–10% setahun atau lebih lagi.
Kesimpulan
Pilih Tabungan jika ;
Anda memerlukan akses cepat kepada wang, mementingkan keselamatan, dan mempunyai matlamat kewangan jangka pendek.
Pilih Pelaburan jika ;
Anda sanggup mengambil risiko untuk pulangan lebih tinggi, dengan matlamat jangka panjang seperti persaraan atau pendidikan anak.
Kedua-dua strategi ini saling melengkapi. Idealnya, individu perlu mempunyai tabungan untuk kecemasan dan lebihan tabungan ini boleh digunakan untuk melabur demi masa depan.
Jika anda semua nak tahu lebih lanjut pasal saham, bolehlah klik link di bawah untuk mendapatkan perkhidmatan FY.
' style='padding: 0; border: none;'/>12 Mac 2025
SAHAM IPO UNDERSUBSCRIBED?
4 LAGI SAHAM IPO AKAN TERSENARAI #melabursaham #sahamipo
FAIR VALUE IPO LIM SIONG HAI
FAIR VALUE IPO WAWASAN DENGKIL
SALIRAN GROUP OS 76X
PERBEZAAN IPO AWAM VS IPO MITI
FAIR VALUE PANTECH GLOBAL
STATISTIK PERMOHONAN IPO DI MITI
PERBEZAAN ALIRAN DANA ASING DAN FDI
SEJARAH KEJATUHAN PASARAN SAHAM BURSA MALAYSIA
SEJARAH KEJATUHAN PASARAN SAHAM BURSA MALAYSIA
(KLCI) dalam beberapa krisis utama, disertai faktor penyebab dan kesannya:
1. Krisis Kewangan Asia 1997-1998
Punca Kejatuhan ;
- Serangan spekulasi mata wang : Pedagang mata wang seperti George Soros memanipulasi nilai ringgit dan mata wang Asia lain.
- Kadar hutang luar tinggi : Syarikat dan bank Malaysia banyak berhutang dalam dolar AS.
- Krisis keyakinan pelabur - Aliran keluar dana asing besar-besaran dari pasaran Asia.
Kesan kepada Bursa Malaysia :
- Indeks KLCI menjunam dari 1,271 mata (Feb 1997) ke 262 mata (Sept 1998) — kejatuhan sebanyak 79%.
- Nilai pasaran modal menyusut dari RM900 bilion ke RM180 bilion.
- Syarikat seperti Renong dan Malaysian Airlines hampir muflis.
Tindakan Kerajaan :
- Pengenalan kawalan modal (1998) oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad.
- Pegangan ringgit pada kadar RM3.80/USD.
- Penubuhan Danaharta (badan pengurusan aset tidak berbayar).
*2. Krisis Kewangan Global 2008-2009
Punca Kejatuhan ;
- Subprime mortgage crisis di AS merebak ke seluruh dunia.
- Kegagalan institusi kewangan global (Lehman Brothers, AIG).
Kesan pada Bursa Malaysia :
- KLCI jatuh dari 1,524 mata (Jan 2008) ke 801 mata (Mac 2009) kejatuhan 47%
- Saham kewangan seperti Maybank dan CIMB merosot 50-60%.
Tindakan Kerajaan :
- Pelancaran Pakej Rangsangan Ekonomi RM60 bilion.
- Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar faedah.
3. Krisis COVID-19 (2020)
Punca Kejatuhan ;
- Pandemik COVID-19 mencetuskan panik global.
- Lockdown ekonomi menyebabkan kemerosotan aktiviti perniagaan.
Kesan pada Bursa Malaysia ;
- KLCI jatuh dari 1,588 mata (Jan 2020) ke 1,219 mata (Mac 2020) — kejatuhan 23%.
- Saham pelancongan (AirAsia, MAHB) dan hartanah merudum 40-80%.
Tindakan Kerajaan;
- Pelaksanaan PRIHATIN RM250 bilion untuk sokongan ekonomi.
- Moratorium pinjaman bank selama 6 bulan.
4. Kejatuhan 2022-2023
Punca Kejatuhan :
- Kenaikan kadar faedah AS oleh Federal Reserve (Fed).
- Ketidakstabilan politik pasca PRU15.
- Nilai ringgit lemah ke RM4.70/USD (2023).
Kesan pada Bursa Malaysia ;
- KLCI merosot dari 1,600 mata (Apr 2022) ke 1,370 mata (Okt 2023) — kejatuhan 14%.
- Saham teknologi (MPI, Unisem) terjejas teruk.
Pola Umum Kejatuhan Bursa Malaysia
1. Faktor Luaran ;
- Krisis global (1997, 2008, 2020).
- Harga komoditi (minyak, sawit).
- Dasar monetari AS.
2. Faktor Dalaman ;
- Isu politik (1MDB, ketidakstabilan kerajaan).
- Daya saing ekonomi yang lemah.
3. Psikologi Pelabur ;
- Sell-off" panik apabila pasaran global jatuh.
Pemulihan Selepas Kejatuhan
- 1998-1999 : KLCI pulih ke 1,000 mata dalam 2 tahun.
- 2009-2010 : KLCI kembali ke paras pra-2008.
- 2020-2021 : KLCI naik semula ke 1,600 mata selepas vaksin COVID-19 dilancarkan.
Pelajaran untuk Pelabur
1. Diversifikasi portfolio : Elakkan meletakkan semua dana dalam saham.
2. Jangan panik jual (panic selling) ketika pasaran jatuh.
3. Manfaatkan krisis untuk membeli saham-saham undervalue.
4. Pantau faktor makroekonomi global dan tempatan.
Kesimpulan ;
Bursa Malaysia telah melalui beberapa kali krisis besar, tetapi sentiasa pulih dengan sokongan dasar kerajaan dan ketahanan ekonomi memandangkan Malaysia mempunyai aktiviti ekonomi yang pelbagai dan defensif.
Kalau kita lihat oleh kerana kecairan modal di negara ini menyebabkan KLCI tidak lagi jatuh ke paras 262 mahupun ke 801 mata. Ia kuat bertahan pada paras sokongan melebihi 1200 mata.
Dewasa inipun aliran keluar dana asing disokong oleh pelabur institusi tempatan menyebabkan KLCI masih bertahan di atas 1500 mata.
Pelaburan jangka panjang dalam saham fundamental kukuh (cth: syarikat utiliti, perbankan) tetap strategi terbaik bagi mengurangkan risiko.
Semoga bermanfaat.
FY Al Haj
' style='padding: 0; border: none;'/>03 Mac 2025
SAHAM IPO ECO SHOP DIBUKA UNTUK PERMOHONAN DI MITI
FOREIGN FUND DOK KELUAR DARI BURSA MALAYSIA
PERBEZAAN ALIRAN DANA ASING VS FDI
GARIS PANDUAN MEMBUKA AKAUN CDS DAN TRADING VIA ONLINE DI KENANGA BERSAMA TEAM FY
GARIS PANDUAN MEMBUKA AKAUN CDS DAN TRADING VIA ONLINE DI KENANGA
Salam Sejahtera Tuan/Puan,
👆🏻👆🏻👆🏻
Kepada yang belum pernah buka Akaun CDS di Kenanga, Curve, SILA TONTON DULU VIDEO GUIDELINES DI ATAS UNTUK FAHAM CARA ISI SECARA ONLINE.
Sila KLIK link di bawah ini untuk pendaftaran account CDS & TRADING di Kenanga secara online.
https://dco.kenanga.com.my/affiliate?traderCode=20652
PENTING selepas klik link di atas :
DI BAHAGIAN "SELECT A PRODUCT", SILA KLIK "EQUITY BROKING (STOCK TRADING)"
PERHATIAN PENTING!!!
STEP YANG TERAKHIR DALAM VIDEO TERSEBUT, UNTUK PEMBAYARAN AKAUN CDS RM10.00, TUAN/PUAN WAJIB BUAT PEMBAYARAN SECARA ONLINE DARI AKAUN SENDIRI DAN BUKAN DARI AKAUN 3RD PARTY ATAU COMPANY ATAU ADIK BERADIK, MAK, AYAH ATAU PUN KAWAN.
Dan juga minta tolong Tuan/Puan JANGAN SCAN IC ATAU SELFIE MUKA LEBIH DARI 3 KALI sebab sistem akan block due to Security Reason.
PERHATIAN
Buat masa sekarang, TENTERA & POLIS tidak boleh Scan IC di dalam sistem ini. Sila hubungi atau WhatsApp Team FY, Pn Ana 011 2139 5718 untuk dapatkan Borang CDS & TRADING secara manual.
UNTUK INFO - MANUAL application akan ambil masa anggaran 7 hari bekerja berbanding ONLINE application yang HANYA akan ambil masa anggaran 30 minit sahaja untuk registration pada HARI BEKERJA.
PENTING :
Sekiranya mengalami masalah teknikal berkaitan ONLINE CDS & TRADING AKAUN, Minta tolong Tuan/Puan email NAMA PENUH, H/P dan juga SCREENSHOT masalah teknikal kepada *customerservice@kenanga.com.my dan cc juga kepada jehanshah@kenanga.com.my. Customer service HQ akan bantu pada waktu dan hari bekerja.
' style='padding: 0; border: none;'/>31 Januari 2025
APA ITU SAHAM IPO?
SAHAM IPO ES SUNLOGY AKAN DISENARAI DI BURSA MALAYSIA
SAHAM IPO ES SUNLOGY
Public issue dan offer for sale 210 juta.
IPO untuk pelabur awam 35 juta.
IPO di MITI 87 juta.
Patuh Syariah.
Ace Market.
SAHAM IPO CUCKOO DAN ECO-SHOP DIBUKA UNTUK PERMOHONAN DI MITI
' style='padding: 0; border: none;'/>
GARISPANDUAN MEMOHON SAHAM IPO DI MITI
MACAMANA NAK BELI SAHAM IPO DI MITI
0166667430
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
22 Oktober 2024
SAHAM IPO NORTHEAST GROUP BERHAD
SAHAM IPO NORTHEAST GROUP BERHAD
Syt ini perniagaannya adalah barangan2 kejuruteraan dan yg bersangkutan dengannya.
Public issue dan offer for sale 220 juta...
Dan IPO untuk Malaysian Public 37 juta
Saham ini ada tawaran dalam miti sebanyak 92 juta
Harga tawarannya RM0.50 (Ace Market)
Tarikh tutup permohonan : 03 Oktober 2024.
Patuh Syariah
Keuntungan selepas cukai melebihi RM12.3 juta bagi pertengahan tahun 2024.
Itu sahaja buat kali ini. Semoga bermanfaat!
Ikhlas,
Haji Faizal Yusup
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
PS - Kepada yang belum buka CDS di Kenanga under FY, diharap dapatlah berbuat demikian kerana semua khidmat nasihat yang ada dapat dari blog ini adalah dari Remisier Kenanga Investment Bank Berhad bernama FY.
SAHAM IPO KHPT HOLDINGS BERHAD
SAHAM IPO KHPT HOLDINGS BERHAD
Syarikat ini perniagaannya adalah pembuatan barangan kelengkapan kereta dan yang bersangkutan dengannya.
Public issue dan offer for sale 146 juta
IPO untuk Malaysian public 20 juta
Tiada tawaran di MITI
Harga tawarannya RM0.20 (Ace Market)
Tarikh tutup 25 September 2024.
Patuh Syariah
Keuntungan selepas cukai melebihi RM2.3 juta bagi pertengahan tahun 2024.
Itu sahaja buat kali ini. Semoga bermanfaat!
Ikhlas,
Haji Faizal Yusup
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
PS - Kepada yang belum buka CDS di Kenanga under FY, diharap dapatlah berbuat demikian kerana semua khidmat nasihat yang ada dapat dari blog ini adalah dari Remisier Kenanga Investment Bank Berhad bernama FY.
KAJIAN IPO SIRI 6 - TAWARAN SAHAM IPO TERSENARAI MENGIKUT LEBIHAN LANGGANAN
Kajian ini bermula dari saham IPO Samaiden hingga saham IPO Crest yang tersenarai pada 9 Oktober lalu.
Haji Faizal Yusup
Remisier Kenanga
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Anda akan belajar dengan Haji FY @ Haji Faizal Yusup, Pemenang 7 anugerah Bursa Malaysia bersama Zuhri Zain MSTA bagi pengisian Analisa Teknikal.
⁃ Modul program
⁃ Khidmat nasihat Team FY
⁃ Group WhatsApp Ekslusif SuperTrader
⁃ Tip tip pelaburan saham
⁃ Pembukaan akaun CDS, Trading dan Platform Online Kentrade.
WhatsApp FY 0166667430 kalau ada apa-apa persoalan.
21 Oktober 2024
KAJIAN IPO SIRI 5 - CARTA PERGERAKAN 9 IPO YANG LALU
Carta pergerakan harga saham 9 IPO terakhir yang di senaraikan di Bursa Malaysia menunjukkan majoritinya menurun selepas penyenaraian. Saham Main Board pula menunjukkan kenaikan. Ini jelas menunjukkan yang dewasa ini volume Bursa Malaysia diterajui oleh pelabur Institusi sedangkan pelabur retail hanya mengambil posisi tunggu dan lihat dan bagi pelabur saham IPO pula mereka mengambil posisi hit and run. Untuk pengetahuan secara puratanya pelabur runcit hanya membeli saham-saham di bawah harga RM0.50.
Oleh itu dalam bahasa mudah, penjualan saham IPO di sebelah pagi bagi pelabur runcit adalah lebih menguntungkan kebelakangan ini. Mungkin juga para pelabur keluar awal kerana mereka memerlukan modal untuk membeli saham-saham IPO yang seakin banyak dewasa ini. Mereka tak mahu modal pelaburan mereka terperam dalam mana-mana saham IPO sekalipun.
Apapun trend ini sentiasa berubah dari masa ke semasa. Ini kerana pada bulan Julai yang baru lalu kebanyakan saham-saham IPO dibuka tinggi melebihi 100%!
InsyaAllah FY akan huraikan dalam artikel yang akan datang.
Sekian dulu buat kali ini.
Haji Faizal Yusup
Remisier Kenanga
Kredit - Geng Saka Semalaya.
PS - Kepada yang belum buka CDS di Kenanga under FY, diharap dapatlah berbuat demikian kerana semua khidmat nasihat yang ada dapat dari blog ini adalah dari Remisier Kenanga Investment Bank Berhad bernama FY.