31 Januari 2025

GARISPANDUAN MEMOHON SAHAM IPO DI MITI

 MACAMANA NAK BELI SAHAM IPO DI MITI


Saham IPO yang ditawarkan di MITI diperuntukkan khas buat para pelabur bumiputera baik individu mahupun institusi.

Pada fasa ini anda TAK BOLEH BELI KAT MAYBANK2U dll kerana ia BELUM lagi ditawarkan kepada pelabur awam!

Caranya, pertama anda perlu mendaftar sebagai pelabur di MITI. Anda cuma perlu layari laman web -www.sahamonline.miti.gov.my

Bagi yang kali pertama dan belum mendaftar, isikan semua biodata yang diperlukan termasuklah no akaun CDS anda dan memuatnaik salinan Kad Pengenalan secara online.

Setelah siap anda akan ada username dan password untuk masuk ke dalam laman sahamonline MITI tersebut. 

Apabila ada tawaran saham IPO di MITI maka bolehlah anda memohonnya secara online dalam laman web yang sama.

Semasa memohon anda perlu memuatnaik segala dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan bukti kewangan dan sebagainya.

Pihak MITI akan menjalankan saringan bagi menentukan siapa yang berjaya dan siapa yang gagal. Proses ini akan mengambil masa minima 3 minggu dari tarikh tutup permohonan.

Setelah itu keputusan akan dikeluarkan pihak MITI dan anda boleh melayari laman web yang sama untuk menentukan samaada anda berjaya atau tidak. 

Adakalanya harga tawaran saham tidak disertakan kerana ia belum finalise lagi namun anda boleh sahaja memohon saham tersebut berapa yang anda mahu. Pihak MITI akan menilai dan membuat keputusan samaada anda berjaya atau tidak nanti berdasarkan bukti kewangan yang anda sertakan.

Lebih lanjut jemputlah ke kelas atau seminar saham FZTH bersama FY kerana garispanduan ini disampaikan oleh FY remisier di Kenanga dan bukan remisier anda di broker yang lain... Hawhawhaw...

Sekian dulu.

Follow. Like. Subscribe dan Share andai bermanfaat.

Sekian dulu,

Terima kasih.

Haji Faizal Yusup @ FY

“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”

“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”

Layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.

#seminarfzth

#faizalyusup


' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan