30 April 2010

Kisah Seram Tapi Benar




Ini adalah kisah benar, hal itu terjadi pada seorang lelaki, kakitangan yang bekerja di tingkat 40 Menara KLCC. Pada malam itu (Jumaat malam), ia bekerja lebih masa dan terpaksa pulang sendiri sekitar tengah malam.... Tidak ada sesiapa lagi di dalam bangunan tesebut, selain daripada pengawal keselamatan yang membuat rondaan malam dan keadaan cukup gelap di tingkat itu. Dia menuju ke lif dan menekan butang ke bawah. Tak lama kemudian pintu lif terbuka. Tiada sesiapa pun di dalam. Dia masuk dan kemudian, menekan "G" untuk tingkat bawah. Entah kenapa, lif tersebut tidak turun ke bawah tetapi naik ke atas. Dia cuba untuk menekan butang turun tetapi ia terus juga naik.

Ketika sampai di tingkat 88, tingkat yang paling tinggi lif itu berhenti! Pintu terbuka, dan kemudian, seorang wanita yang misteri sangat cantik, dengan rambut hitam panjang mengurai dan berpakaian serba putih, tersenyum manis padanya sambil melangkah memasuki lif. Bau yang teramat wangi mula menyelinap ke seluruh lif tersebut...

Lelaki itu bertanya-tanya siapakah gerangan gadis itu, kerana dia tidak pernah melihatnya sejak dia bekerja di menara tersebut. Dia bertanya pada diri sendiri... siapakah dia, dan mengapa dia belum pulang ketika hampir tengah malam, tidak selamat bagi wanita sendirian larut malam begini. Dia ingin bertanya, tapi kerana malu, dia hanya berdiam diri.

Dalam keheningan, lif turun perlahan dari lantai satu ke yang lain ... 77... 76... 75... 48... 47... 46... 35... 34... 29... tiba-tiba di tingkat 13, lampu-lampu di dalam lif terpadam dan lif tiba-tiba terhenti.

Dalam kegelapan itu... Dia menekan butang kecemasan... Menunggu ... Tetapi tidak ada apa yang terjadi. Tiba-tiba, bau yang tadinya begitu wangi bertukar menjadi sangat busuk... Hingga dia terasa hendak muntah tetapi ditahannya... Hatinya berdebar... Jantungnya berdegup kencang, peluh dingin mula membasahi tubuhnya, dia tidak boleh bernafas... dan dalam keadaan itu, dia mulai berdoa dan berusaha menenangkan diri, cuba bernafas secara normal walaupun tangannya menutup hidungnya... Sementara itu bergerak ke belakang perlahan.

Kemudian, lampu menyala.

Tiba-tiba, wanita itu! Yang berada di belakangnya tertawa menakutkan .... dan berkata ...............

"Maaf, saya terkentut, siang tadi saya makan banyak telur.... Awak tidak marah kan? 
SCARY STORY - BUT TRUE..

This is a true story, it happened to a guy who worked as a staff on the 40th floor of the KLCC. On that day (Friday night), he worked overtime and was forced to go home alone around midnight.... No one was inside the building, aside from the night patrol and it was quite dark on that floor. He went to the elevator and pressed the down button then the door opened without anyone inside.... He went in and then, pressed "G" for ground floor. Unknowingly why, the elevator went up. He tried to press the down button again but it continued to go up. When it reached the 59th floor, the elevator stopped! The door opened, and then, a woman who was mysteriously so beautiful, with long black hair and white dress, smiled sweetly at him and entered the elevator. The guy was wondering who she was, since he never saw her ever since he worked in that building. He was asking himself...who is she, and why haven't she gone home yet when it was nearly midnight, it's not safe for a lady to be alone late in the evening. He wanted to ask her but since he was shy, he just kept silent.

In the silence, the elevator went down slowly from one floor to another... 48... 47.... 46... 35... 34...29... when suddenly...on the 13th floor, the lights in the elevator went off and the elevator suddenly stopped.

It was pitch darkness...he pressed the emergency button...waited... but nothing happened. Suddenly, he smelled a very foul odor of something rotten... goosepimples went all over his skin...his heart beat faster, cold sweat broke out his brows, he could not breathe.... and so, he began to say a prayer and tried to calm himself, breathe normally.... While moving backwards slowly. Then, the lights came on. Suddenly, the woman! Who was behind him gave an eerie laugh.... and said...............

"Sorry, I farted.... You're not angry, are you?

Hawhawhaw...

Ikhlas dari,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

28 April 2010

Kesedaran



Salam Ceria buat semua...


Satu ketika dahulu saya suka memandu dengan laju baik kereta mahupun motorsikal. Rekod kelajuan saya yang pernah dicapai ialah selaju 285 km sejam menunggang motorsikal berkuasa tinggi Yamaha FZR1000 di Amerika. Entah kenapa kelajuan memberikan kepuasan, meredakan tekanan dan satu lagi saya tak suka membazir masa memandu jadi saya akan memandu dengan laju agar cepat sampai ke destinasi. Bila difikirkan Alhamdullillah syukur ke hadrat Allah kerana saya masih bernyawa hingga hari ini. Kalau tak, tak tahulah apa yang akan terjadi.

Apapun kisah pembuka mengenai topik kesedaran ini berakhir begini. Satu hari seseorang telah menghantar pada saya video kompilasi lebih 50 kemalangan yang menyebabkan kecederaan dan kematian di facebook telah menyebabkan saya insaf dan SEDAR.

Kemalangan yang berlaku kerana kelalaian manusia, terlepa beberapa saat, tak pakai tali pinggang keledar, memandu laju dan sebagainya telah membuka minda dan hati saya betapa memandu kenderaan adalah sesuatu yang amat merbahaya. Merbahaya kepada diri juga merbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Sekali lagi dengan izin Allah ia membuatkan saya SEDAR dan mulai dari saat itu saya memandu dengan perlahan, tenang dan berhemah. Tiada apa lagi yang hendak saya kejarkan. Saya rasa lega dan gembira untuk memandu dengan tenang dan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kecelakaan.

Apapun saya tahu malang tak berbau dan kemalangan boleh berlaku disebabkan kelalaian orang lain tetapi pada saya apa yang penting ialah saya telah menyumbang dengan mengurangkan seorang lagi yang lalai di jalan raya iaitu DIRI SAYA SENDIRI.

Baiklah mari kita sambung bab KESEDARAN ini. Ingatlah KESEDARAN bukanlah satu kesedaran kalau ia tak dilaksanakan dan diamalkan dalam menjalani kehidupan seharian.

KESEDARAN BAHAYA MEMANDU LAJU

Kalau kita ada kesedaran tentang bahaya memandu laju maka pastinya kita akan memandu dengan berhemah dan berhati-hati.

Tapi kalau kita masih lagi memandu laju tidak berhemah dan mencilok di sana sini ini maknanya kita belum SEDAR.

KESEDARAN MASA

Kalau anda ada kesedaran mengenai MASA maka pastinya anda akan menggunakan MASA di tahap yang tertinggi untuk mendapatkan nilai masa yang tertinggi dalam kehidupan dengan matlamat yang tertentu.

Tapi kalau kita masih lagi membuang masa dan menggunakannya ke tempat yang tak berfaedah, membazir dan sia-sia tanpa objektif yang tertentu maka sebenarnya kita masih belum SEDAR.


KESEDARAN TENAGA

Kalau kita ada kesedaran mengenai TENAGA maka pastinya kita akan tahu bagaimana untuk mengendalikan TENAGA dan menggunakannya dengan baik dan tahu banyak mana lagi TENAGA yang kita ada saban hari.

Tapi kalau kita dok kuat tidur kerana telah kehabisan tenaga maka kita sebenarnya belum SEDAR. Ini kerana ada orang yang produktivitinya jauh lebih banyak dari kita dengan tenaga yang dikurniakan kepada mereka.

KESEDARAN BAHAYA MEROKOK / MENGAMBIL DADAH DLL

Kalau kita ada kesedaran mengenai bahaya Rokok, Arak, Dadah dan yang lainnya maka pastinya kita akan mengelak menjadikan semua ini sebagai tabiat diri.

Tapi kalau kita masih lagi merokok dan mengambil semua ini maknanya kita belum SEDAR.


KESEDARAN KESIHATAN

Kalau kita sedar mengenai KESIHATAN maka pastinya kita akan menjaga makan dan minum, bersenam dan sebagainya.

Tapi kalau kita makan main bedal je, minum minuman yang manis saban hari dan langsung tak bersenam ini bermakna yang kita belum SEDAR.

KESEDARAN BERAGAMA

Kalau kita ada kesedaran dalam BERAGAMA pastinya kita akan selalu mengingati Allah dalam setiap tindak tanduk kehidupan kita, pastinya kita mengikut hukum hakam, menurut perintah dan meninggalkan laranganNya.

Tapi kalau kita masih lagi sibuk mengejar dunia dan segala isi kandungannya yang bersifat sementara ini maka sebenarnya kita belum SEDAR.


KESIMPULANNYA ;

·         Ugama Islam ini sebenarnya menjadikan kita seorang yang penyabar dan MEMANDU dengan berhemah.
·         Ugama Islam ini sebenarnya menjadikan kita insan yang menghargai kurniaan MASA dan TENAGA yang Allah Taala kurniakan saban hari.
·         Ugama Islam ini sebenarnya menjadikan kita seorang yang secara automatik menjalani kehidupan yang SIHAT jauh dari maksiat dan elemen-elemen yang boleh merosakkan diri dan masyarakat.

Persoalannya mudah. Dah SEDAR ke belum?

Oh ya! Saya nak kena cari apa lagi aspek kehidupan yang belum saya sedar untuk disedarkan...

' style='padding: 0; border: none;'/>

27 April 2010

Teka teki Corner



1.           Banyak-banyak mee, mee apa yang tak boleh di makan?
Misai

2.           Banyak-banyak pintu, pintu apa yang tak boleh di tutup?
Pintu Gol

3.           Permainan apa yang bila dimain kita akan tabik?
Golf

4.           Dalam banyak-banyak warna, warna apa yang kurang sekali penglihatannya?
Warna gelap le dalam gelap kan susah nak nampak

5.           Ada satu barang . Barang ni bila nak di gunakan , kita akan buang ia dan bila tidak hendak digunakan kita akan simpan ia.
Sauh / Mancis

6.           Bolehkah anda matikan rokok dengan mata ?
Boleh mula-mula nyalakan rokok dan lihatnya selama dua jam mesti boleh padam

7.           Bunga apa warna hitam?
Bunga tayar

8.           Apa benda yang kayu tapi ia besi?
Kayu golf

9.           Dari kenaikan, sampai keturunan. Tiada kedudukan? Apa dia? Naik bas penuh

10.        Makhluk apakah yang berkaki empat pada waktu pagi, berkaki dua pada waktu tengahari dan berkaki tiga pada waktu senja?
Manusia. Bayi berkaki 4 (merangkak), orang dewasa berkaki 2 (berjalan) dan orang tua berkaki 3 (bertongkat).

11.        Apakah hukum menyembelih ayam pakai songkok?
Haram. Pasal kena pakai benda yang tajam sahaja.

12.        Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia. Apa dia?
Tauge

13.        Bulat bukan piring, bersilau bukan lampu, nipis tapi keras
CD -Compact Disk, permukaan CD bulat dan bersilau.

14.        Mandi tak basah, makan tak kenyang, mengapa dan kenapa?
Sebab mandi pakai baju hujan, dan makan junk food

15.        Buku apa letaknya di kaki?
Buku lali

16.        Apa yang diikat dia berjalan. Dilepas dia diam. Penuh kaki di dalam badan?
Kasut

17.        Ada bumbung tidak bertiang ada kaki tidak berjari.
Langit

18.        Apa yang turun tidak akan naik lagi?
Hujan

19.        Apa yang turun perlahan naik laju?
Hingus

20.        Di luarnya neraka, di dalamnya syurga?
Durian

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

21 April 2010

Konflik Cinta - Bab 3 Bah 1


Setiap insan ada rahsianya. Apa rahsia anda?
NOVEL BERSIRI - KONFLIK CINTA
Bab 3 Bahagian 1


Cuaca di Lincoln terasa semakin sejuk. Dedaunan yang kuning keperangan sudah mula luruh menandakan yang musim salji akan tiba tak berapa lama lagi. Pemandangan di luar jendela dari bilikku ini cukup menarik dengan hamparan dedaunan yang kuning kecoklatan itu menghiasi latar belakangnya.

Hari ini genap lapan bulan aku berada di daerah ini namun keputusan peperiksaanku masih lagi belum menunjukkan peningkatan. Keputusan peperiksaan semester pertama yang keluar dahulupun cukup mengecewakan. Kemudian aku cuba meningkatkan usaha namun masih tiada peningkatan yang ketara. Aku buntu.

Malam itu pulang dari kuliah aku duduk termenung di dalam bilik berseorangan memikirkan tentang pelajaranku, aku dapat rasakan yang semenjak kehadiranku di sini hatiku tidak tenteram. Sebelum ini selama dalam pembelajaran belum pernah aku menghadapi keadaan yang sebegini. Aku rasakan seakan aku membawa beban yang amat berat selama aku di sini. Ada sesuatu yang tidak aku ketahui mengganggu tumpuanku pada pelajaran.

Salah satu tabiat utamaku ialah aku suka berfikir. Setiap yang berlaku di hadapan mataku akan aku fikirkan dan cuba dibuat kesimpulan untuk dijadikan iktibar. Menurut Islam ia dinamakan muhasabah diri atau cermin diri. Malam itu aku memulakan tindakan menganalisis akan apakah permasalahan yang menyebabkan keadaan jadi sebegini. Setelah memikirkannya sedalam-dalamnya beberapa sebab bermain di fikiranku.

Pertamanya, perhubunganku dengan Allah masih intact seperti biasa cuma bezanya di sini tiada madrasah, surau mahupun masjid yang berdekatan untuk aku menunaikan solat jemaah. Semenjak ke daerah ini aku tak pernah mendengar laungan azan. Jadi dalam hal ini tak banyak yang boleh aku lakukan melainkan memperbanyakkan ingatan pada Allah dengan membaca Al-Quran dan lain-lain. Seterusnya, aku juga mesti menjaga makan minumku bagi memastikan yang semuanya halal, ini kerana di sini mencari makanan yang halal merupakan satu tugas yang sukar.

Keduanya, mungkin juga gangguan ini disebabkan kerana aku dalam kerinduan, rindu kepada insan-insan di tanah air, rindu pada makanan, rindu pada tempat dan keadaan. Untuk ini aku perlu lebih kerap menghantar surat, menelefon dan sebagainya. Ketiganya mungkin kerana aku belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. Keempatnya mungkin juga halangan itu disebabkan kerana perbezaan bahasa atau cara aku menjawab soalan-soalan yang diberikan. Kelimanya mungkin juga kaedah pembelajaranku perlu aku pertingkatkan dengan menukarkan regim lama kebiasaanku di Malaysia kepada regim yang baru.


Tetapi bila aku fikirkan sedalam-dalamnya aku percaya sebab utama yang membelenggu diri ini ialah mengenai bebanan kemarahan, dendam kesumat yang aku bawa terhadap bapaku. Sebagai anak maka beruntunglah kalau mereka dijodohkan dengan bapa yang baik sifatnya. Namun sekiranya terdapat kekurangan samaada dia kaki judi, kaki botol, kaki perempuan, kaki dadah, kaki pukul, atau kaki-kaki yang lainnya, atau campuran dari mana-mana yang tadi atau kesemuanya sekali maka inilah dugaan dari Allah yang perlu kita tangani sebagai anak. Kadang-kadang ada anak yang punya ibubapa yang baik tetapi anak itu pula yang mendatangkan masalah. Kesimpulannya manusia jarang pernah bersyukur dengan apa yang mereka ada.

Kisah Zila banyak mengingatkan aku tentang bapaku sendiri. Aku tak mahu lagi membawa beban di bahu ini. Aku pernah terbaca, setiap kali kita tidak memaafkan seseorang dalam hidup ini, ia umpama memasukkan seketul batu ke dalam guni yang kemudiannya kita pikul. Maka setiap kali kita tidak memaafkan orang maka bertambahlah sebiji batu di dalam guni yang kita pikul. Maka semakin lama semakin beratlah bahu kita untuk memikulnya sepanjang hidup kita. Mungkin bebanan yang ada di bahu aku dikala ini mengganggu fokusku terhadap pelajaran. 

Mungkin cara yang terbaik untuk meringankan beban ini ialah untuk memaafkan bapaku itu. Mungkin dengan berbuat demikian aku akan mendapat ketenangan dan seterusnya menumpukan perhatianku terhadap pelajaran. Ini sebenarnya merupakan sesuatu yang berat untuk dilakukan memandangkan aku telah membawa pahit maung pengalaman kehidupan bersamanya sepanjang masa. Siapalah aku yang tak mahu memaafkan? Sedangkan Allah Maha Pengampun, sifat mengampunNya jauh lebih besar dari sifat menghukumNya malah Nabi mengampunkan umatnya. Memikirkannya aku sebenarnya tidak punya hak untuk tidak mengampunkan walaupun apa juga dosa mereka kepadaku.

Semalaman aku memikirkannya. Imbauan kisah lalu yang penuh suka dan duka bertali arus menatakan imejnya yang tanpa henti dalam bayangan yang bermain di dalam kepalaku. Hatiku gelisah tak menentu. Badanku seram sejuk, sesekali imbauan peristiwa itu menghibakan hatiku.

Sepanjang hidupku belum pernah aku meletakkan prinsip ini dalam sistem kehidupanku. Aku seakan berada di sebuah pintu kemaafan yang perlu aku buka dan InsyaAllah akan membawa aku ke dalam hamparan dunia serta pemandangan yang baru yang sukar dimengertikan. Membuka pintu kemaafan ini adalah sesuatu yang terlalu berat untuk aku lakukan tetapi aku juga tahu membawa dendam kesumat di hati lebih buruk kesannya pada aku.

Setelah aku fikirkan sedalam-dalamnya akhirnya aku mengambil keputusan untuk membukanya dan memaafkan bapaku atas apapun juga kesalahan yang telah dia lakukan selama ini.

“ Ya Allah mulai detik ini bersaksilah yang aku mengampunkan segala kesilapan yang telah dilakukan oleh bapaku terhadapku selama ini. Biarlah segala kesakitan, deraan jasmani, emosi dan akal selama hari ini berlalu pergi. Pergi jauh dari ingatanku... ”

 Pada masa yang sama aku harap dia juga memaafkan aku anaknya ini atas segala kesalahan yang aku lakukan padanya.

Dinihari yang bersejarah ini juga aku mengambil keputusan untuk memaafkan semua orang yang aku rasakan pernah bersalah padaku. Aku juga berharap semoga mereka semua memaafkan aku andai aku ada melakukan sebarang kesalahan pada mereka dalam sedar mahupun tidak. Cukuplah, aku tak mahu lagi membawa beban-beban dendam ini di dalam hidupku. Aku mengambil keputusan muktamad melepaskan semua batu-batu ini dan aku juga tak mahu lagi memikul beban yang baru. Maka di sini di dalam bilik ini semua beban itu aku lepaskan.

Tanpa aku sedari, genangan airmata tak dapat kutahan lagi, ia mula berlinangan. Biarlah segala dendam dan kemarahan yang terbuku jauh di sanubariku selama hari ini pergi bersama linangan airmata yang menderu ini. Tetapi.... aku tahu ia bukan semudah yang aku disangka... namun aku berjanji selagi daya untuk mencuba... memaafkan dan melepaskan pergi.

Aku tahu yang aku tak sepatutnya mengeluarkan airmata kerana makhluk tetapi airmata lelaki ini bukan menunjukkan kelemahan tetapi ia keluar atas rasa keinsafan. Keinsafan yang mendalam kerana sebagai manusia aku tak sepatutnya menyimpan dendam pada sesiapapun. Hakikatnya aku tiada hak untuk tidak mengampunkan mana-mana manusia sekalipun lebih-lebih lagi manusia itu merupakan bapaku sendiri. Hari ini pintu kemaafan terbuka dalam hatiku dan esok lusa masih banyak lagi pintu-pintu yang perlu aku tempuh dalam menjalani kehidupan ini. Pintu keyakinan, kesabaran, keimanan dan sebagainya.

Tatkala Zamri melangkah masuk ke dalam bilik aku terus masuk bilik air dan mandi bagi mengelakkan Zamri nampak tangisan senduku itu. Semasa mandi tangisan itu bersambung lagi. Airmata bertali arus menuruni pipiku bersama dengan pancuran air yang terus mencurah keluar. Biarlah ia pergi, biarlah ia berlalu. Desis hatiku.

Malam itu aku melelapkan mata dalam sendu tangis kelegaan yang mendalam.

XXXXXX


        Kedamaian pagi ini jelas terasa. Sesuatu yang pelik terjadi bila aku bangkit dari tidur. Badan aku terasa sangat ringan, belum pernah aku rasakannya seringan ini. Satu macam kelegaan telah menular memenuhi semua pelusuk ruang dalam diriku ini.

Sedang aku bersiap untuk ke kuliah. Zamri menyapaku,

“ Kau okay tak ? Muka kau nampak sembab semacam je.. Kalau tak okay, baik kau rileks je kat rumah. Apa salahnya tuang kuliah sekali sekala.”

“ Entahlah Zam, tapi aku rasa a lot better hari ni. ”

“ Baguslah kalau macam tu, by the way, Happy Birthday Bro’.. ”

“ Eh! Mana kau tahu? ”

“ Err.. Aku tahulah, aku ni keturunan Nujum Pak Belalanglah, ” jawabnya seakan tak mahu memberikan jawapan yang sebenar.

“ Sukahati kaulah, anyway, thanks bro. ”

“ Aku gerak dulu bro’, si Haziq dah tunggu kat bawah tu. Dia ajak pergi sekali. Marah pulak dia kang. ” Kakiku sudah mula melangkah menuruni tangga. ”

“ Semasa dalam kuliah Sociology di Avery Hall. Handphone ku bergetar. Ada SMS dalam inbox. ”

Man balik pukul berapa hari ni?

Kul 5. Jawabku.

Can I c u at the Union then? Balasnya.

5.30 bleh, nak solat Asar dulu kat Culture Centre. Asar masuk kul 5.15.

K

Bilik di bawah tanah Culture Centre bukanlah sebuah surau tetapi ia dijadikan tempat berkumpul para pelajar Islam di sini dari serata pelusuk dunia baik dari Malaysia, Indonesia, Pakistan, India, China, dari Timur tengah dan banyak lagi. Selesai Asar aku melangkah menuju ke Union.

 
Setibanya aku di Nebraska Union, Zila telahpun menunggu di kawasan lobby. Dia memakai baju blaus berbunga kecil yang dipadankan dengan skirt  paras lutut. Rambut panjang ikal mayang berkarat itu dibiarkannya lepas.

        “ Kenapa mata kau bengkak Man? Kau menangis ke...? Tak apa nanti Man cerita okay, sekarang masa untuk bergembira..” Tergamam aku dengan keprihatinannya. Sebelum sempat aku bersuara Zila menyambung,
       
“ Jom, Zila nak ajak Man tengok wayang ni. ”
       
        “ Eh! Kenapa pulak dengan Zila ni, dah buang tabiat ke? ”

        “ Eh! Birthday boykan, Zila belanjalah. ”

        “ Tapi Man punya turn masak malam ni. Barang nak masak pun tak beli lagi. ” Dalihku.

        “ Tak apa, Zila dah minta tolong Zamri settlekan. ”

        “ Ye ke? Aku meminta kepastian. ”

        Trust me. ”

Malam itu kami berdua bersetuju untuk menonton filem “The Lake House” lakonan Kaenu Reeves dan Sandra Bullock. Cerita itu mengisahkan tentang kisah cinta dua insan yang berada dalam lingkungan waktu yang berlainan dan ia sungguh menyayat hati.

Selepas menonton kami masih tak habis-habis menceritakan tentangnya. Jam menunjukkan pukul 8:05 malam.

        “ Jom, kita gi Denny’s. ” Zila nak belanja Man makan malam pulak.

        “ Ish! Tak payahlah, Zila dah belanja tengok wayang dengan pop corn semua tu cukuplah. Jomlah balik, dah Maghrib ni.”

        I insist, ” kata Zila menarik lenganku menuju ke kereta Buick second hand berwarna silver miliknya itu. Nasib baiklah aku memakai baju turtle neck berlengan panjang. Bisik hatiku.

        “ Okay! Okay! Tapi dengan satu syarat, kena solat Maghrib dulu kat Culture Centre. ” Jelasku.

        “ Okay. Tapi Zila cutilah.. ” Jawabnya pantas.

Selesai Maghrib kamipun terus menuju ke Restoran Denny’s, restoran yang agak eksklusif itu yang terletak sebelah timur kira-kira tiga kilometer dari Universiti. Dalam perjalanan aku mengulas serba sedikit tentang kisah malam semalam.

“ Tak apalah Man, It’s a good thing to do, Zila harap Zila pun boleh buat begitu suatu hari nanti. By the way, you can always have my shoulder to cry on..” Zila memberi jaminan.

Kami tiba di Denny’s dan selepas meletakkan kereta Zila memintaku menunggunya di luar kerana dia hendak membuat panggilan penting katanya. Dari luar kereta, dia kelihatan sungguh ayu malam itu, aku nampak dia dengan keletah riangnya sedang bercakap di telefon, aku terasa pelik. Seakan ada perkara yang dirahsiakannya dariku.

Sejurus kemudian kamipun melangkah masuk ke dalam restoran itu. Seorang waiter ada menunggu di hadapan pintu mengucapkan selamat datang. Zila terus mengajak aku ke tingkat atas. Tangga sebelah kanan restoran itu kupanjat satu per satu diturutinya dari belakang. Sesuatu yang aku tak pernah jangkakan seumur hidupku terjadi...

Bersambung...

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>