31 Disember 2013

Berakhir 2013...

Assalamualaikum serta Salam Sejahtera...

Siang tadi FY bertemu dengan seorang Internet Marketeer dan banyak juga tip-tip yang dapat FY cakup darinya dalam aspek promosi di Internet ini. Jadi dengan penuh semangat FY pun balik dan mencuba apa yang FY pelajari darinya tadi. Dan jeng...jeng.. jeng... Inilah hasil ujikaji pertama FY. 


Okay tak? Tak okay pun kata okay jugak! Okay? Kalau suka nanti tolong share dan like page www.facebook.com/SeminarSuperInvestor. Lagi ramai like lagi bagus tanda sokongan atas usaha-usaha FY memandaikan bangsa dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia ini. Boleh? Apapun FY dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada anda yang baik hati itu.

Maaflah sebab lama juga dan menulis dalam ruang ini. Sebabnya komputer yang biasa FY pakai tu rosak. Dah sebulan baru hari ini dia balik setelah diperbaiki. FY dah beli komputer baru tapi yang lama jugak yang sentimental dan sedap digunakan. Apapun la ni semuanya kembali normal dan FY boleh kembali menulis dengan hati yang tenang dan gembira.

Dini hari ini FY nak bercerita sedikit. Nampaknya tahun 2013 hampir tiba ke penghujungnya dan 2014 bakal menjelang tiba tak lama lagi. 2013 sebenarnya merupakan tahun yang baik bagi pelabur saham kerana selepas pilihanraya pasaran saham naik dengan begitu baik dan menguntungkan ramai pelabur termasuklah FY dan pelanggan-pelanggan FY. Tak kesahlah baik mereka membeli saham di pasaran terbuka Bursa Malaysia, Saham IPO Awam, Saham IPO di MITI mahupun melalui kaedah Private Placement. Semuanya tersenyum tatkala menuju ke Bank. Alhamdulillah. 

Kalau anda melabur dan mengalami kerugian maka adalah yang tak kena dalam pemilihan saham yang anda lakukan itu. Jadi FY sarankan anda datang ke seminar yang FY jalankan dan cari ilmunya. InsyaAllah anda akan lebih faham nanti. Untuk keterangan lanjut laman webnya ialah di www.seminarsaham.com.my. Pelabur saham Super mestilah melabur bukan hanya dalam pasaran terbuka tetapi dalam semua ruang dan peluang yang disediakan di Bursa Malaysia ini. It spreads the risk atau dalam Bahasa Melayunya kita membahagi-bahagikan risiko pelaburan kita agar ia tidak terlalu tinggi.

InsyaAllah FY yakin dalam masa setahun dua ini pasaran saham tempatan masih baik dan masih memberikan peluang yang luas untuk kita menjana keuntungan darinya. FY juga yakin kenaikan harga barang dan inflasi akan menyebabkan ramai yang mencari pendapatan sampingan bagi mengatasi masalah kenaikan itu. Jadi salah satu caranya ialah dengan memulakan portfolio pelaburan saham. Pasif Income - Duit buat duit. Kepada yang berminat jangan tunggu lagi. Hubungi FY bagi membantu anda memulakan portfolio pelaburan saham anda. InsyaAllah FY akan bimbing anda hingga menjadi pelabur atau trader saham yang baik.

Pada masa yang sama kita juga kena berhati-hati dengan the 10 year cycle yang boleh membawa kepada kemuruduman harga-harga saham. Jadi persiapan haruslah dilakukan menjelang tahun 2016,17 dan 18 nanti.

Sekian dulu nukilan untuk malam ini. Semoga tahun 2014 yang mendatang ini membawa kesejahteraan dan keharmonian kepada anda semua. Bagi tahun 2014 ini FY juga nampaknya ada tugas, amanah dan tanggungjawab yang lebih besar dalam membantu meningkatkan ekonomi ummah ini. Doakan FY berjaya ok. Seperkara lagi InsyaAllah FY akan lebih kerap menulis dalam ruang ini di masa-masa yang mendatang. Itu azam FY.

Ikhlas,

FY

PS - Jangan lupa Seminar Saham Super Investor 18 Januari ini bersama FY di Bangunan Lembaga Getah Asli berdepan dengan KLCC. 

' style='padding: 0; border: none;'/>

27 Disember 2013

Seminar Super Investor di Sabah, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan

Assalamualaikum...

Kita bertemu lagi.

Selepas beberapa tahun mengendalikan seminar Super Investor di Kuala Lumpur dan Shah Alam, Ramai juga pelabur dari seluruh pelusuk tanah air yang meminta FY menjalankan seminar di tempat mereka.
 
Jadi bagi tahun 2014 ini FY mengambil keputusan untuk memenuhi permintaan Seminar Saham Super Investor di lokasi yang lain selain dari Kuala Lumpur. InsyaAllah untuk tahun akan datang ini, FY akan menjalankan seminar Di Kota Bharu, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Seperti biasa ia akan diadakan pada hujung minggu memandangkan FY begitu sibuk menjalankan urusniaga saham pada hari-hari bekerja.

Apapun ia akan bergantung kepada keadaan yang mengizinkan. Kalau ada rezeki pasti FY akan kesana nanti.

Jadi pelabur yang berada di tempat-tempat ini dan berhasrat untuk menghadiri Seminar Saham Super Investor bersama FY bolehlah sms nama, lokasi dan alamat emel kepada Puan Azila Ismail di talian 012 2511755 untuk pihak kami hubungi bila kami ke sana nanti.

Seminar yang pertama bagi tahn 2014 ialah pada 18 Januari ini di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur.

Anda boleh mendaftar di www.seminarsaham.com.my

Jangan lupa war-warkan tentang seminar ini kepada kawan-kawan yang berminat untu memulakan portfolio peaburan saham di Bursa Malaysia.



Sekian dulu.

Wassalam.

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

Seminar Pelaburan Saham Super Investor 2014

Assalamulaikum... Salam ceria, salam sejahtera buat semua...

InsyaAllah FY akan mengadakan Seminar Saham Super Investor seminar pembuka tahun bagi tahun 2014 pada 18 Januari nanti di Bangunan Lembaga Getah Asli, berhadapan KLCC. Yurannya masih sama iaitu RM490.00. Antara seminar saham yang termurah di pasaran tetapi dengan kandungan seminar yang mahal dan penuh pengisian.

Seminar ini menceritakan perjalanan bagaimana sesebuah syarikat itu bermula sehingga bagaimana ia disenaraikan di Bursa Malaysia. Peruntukan saham IPO, Pink Form, Blue Form, IPO di MITI, Private Placement mahupun kepada pelabur awam. Kemudian bagaimana menganalisa saham-saham dalam Bursa Malaysia bagi menjana keuntungan darinya. Ini ditambah pula dengan pengenalan kepada Software Super Investor yang memberikan tip harian untuk seorang trader. Perbezaan antara Investor dan Trader, kategori saham-saham dan perbezaannya serta banyak lagi akan dikongsikan.

Seminar ini sesuai bukan hanya untuk newbie malah untuk pelabur yang telah lama berada dalam pasaran saham. Ini kerana ada banyak perubahan dan pembaharuan dalam pasaran yang perlu diketahui bagi menjadi seorang pelabur yang bijak!

RM490.00 anda pasti berbaloi!

Untuk mendaftar hubungi Puan Azila Ismail di talian 012 2511755

atau 


Cepat! Tempat adalah terhad!



Sekian dulu. Kita jumpa di sana...

Faizal Yusup
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Follow FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
Add FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

' style='padding: 0; border: none;'/>

28 November 2013

Perihal Saham IPO Titijaya Land Berhad

Assalamualaikum serta salam sejahtera.

Hari ini merupakan hari yang baik buat para pelabur IPO memandangkan saham IPO Titijaya Land yang disenaraikan membawa keuntungan yang baik buat pelaburnya.

Saham Titijaya Land Berhad merupakan syarikat Property Development. Ditawarkan pada harga RM1.50 ia dibuka pada harga RM1.80, naik ke peringkat tertinggi sehingga ke paras RM1.92 sebelum ditutup pada harga RM1.67.

Nampaknya kebelakangan ini harga saham-saham IPO terbang melepasi harga sasaran atau Fair Value dan ia pada FY ia sesuatu yang agak pelik. Ini kerana selalunya saham IPO yang naik begitu tinggi pasti ada sindiket saham dibelakangnya. Iaitu mereka-mereka yang memanipulasi harga saham-saham tersebut untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Selepas FY membuat kajian dan analisis FY rasa FY tahu apa yang terjadi. Kemungkinan besar sebabnya ialah kehadiran pelabur-pelabur baru dalam pasaran. Pelabur runcit yang baru dalam pasaran memang dialu-alukan namun demikian kalau melabur tanpa ilmu maka kerugianlah yang bakal diperolehi.

Biar FY bagi contoh kenapa dan mengapa.

Mereka yang membeli IPO Berjaya Auto pada harga tertinggi penyenaraiannya iaitu pada harga RM2.20 pasti mengalami kerugian kerana ia sekadar ditutup pada harga RM1.55 iaitu pada harga sasarannya atau harga Fair Valuenya. Harga tawarannya pula cuma RM0.70.

Mereka yang membeli IPO Titijaya pada harga RM1.92 siang tadi juga akan mengalami kerugian kerana ia ditutup pada harga RM1.67 juga sekitar harga sasarannya iaitu antara RM1.65 hingga RM1.75. Harga tawarannya pula cuma RM1.50.

Analoginya begini. Sebuah kereta Mercedes terpakai mempunyai harga purata pasaran RM155,000.00 sedangkan ada yang sanggup membelinya pada harga RM220,000.00. Bukankah itu satu keputusan yang kurang bijak? Lainlah kalau kita dapat membelinya pada harga pada harga RM140,000.00 atau lebih rendah dari itu.

Harga sasaran adalah harga yang telah disasarkan oleh penganalisis saham profesional dan jarang sekali mereka akan membeli ada harga yang lebih tinggi dari itu. Harga sasaran setiap saham IPO ini juga selalunya dipaparkan dalam suratkhabar Cina pada hari penyenaraiannya jadi jarang sekali pelabur Cina yang terjebak untuk membeli saham-saham IPO ini pada harga yang lebih tinggi dari itu. Ini telah dibuktikan dalam banyak penyenaraian saham-saham IPO sebelum ini.

Selain dari itu pelabur yang bijak dan tahu nilai sesuatu saham itu juga tak akan membeli pada harga over value atau terlebih nilai. Ia umpama membayar harga kereta Mercedes tetapi sekadar mendapat kereta Kancil.

Seterusnya pelabur Institusi juga takkan membeli pada harga terlebih nilai kerana mereka lagilah tahu akan harga sasaran setiap IPO sebelum ia disenaraikan.

Jadi yang tinggal hanyalah sindiket saham dan pelabur baru yang tidak tahu, tidak membaca suratkhabar Cina atau membaca blog FY ini.

Bagi sindiket saham, selalunya saham yang dimanipulasikan itu kecil sahaja Modal Pasarannya dan ia selalunya dijalankan oleh broker-broker yang tertentu yang diketahui merupakan tempat beroperasinya sindiket-sindiket saham ini. Jadi kalau bukan mereka siapa lagi?

FY cukup yakin ia merupakan kerja pelabur runcit yang kurang ilmu pasaran saham. Jadi ituah sebabnya kenapa dalam artikel FY semalam FY sudah menjangkakan yang keadaan ini akan berlaku. Harga saham IPO naik melepasi harga sasarannya dan kemudiannya ditutup dalam rangkuman harga sasaran.

Apapun pelabur-pelabur pelanggan FY bergembira hari ini kerana dapat menjual saham-saham IPO Titijaya tersebut pada harga yang tinggi. Lebih tinggi dari nilai sebenarnya dan kalau ia jatuh pada harga yang baik di bawah harga sasarannya mungkin kami akan membelinya kembali.

Apapun jemputlah datang ke Seminar Super Investor FY dimana FY terangkan semua ini dengan lebih menyeluruh dan terperinci. Ini kerana kebelakangan ini FY Nampak banyak seminar yang tumbuh bagai cendawan serta mengenakan yuran penyertaan yang begitu tinggi namun adakah ia berbaloi dengan pengisian yang disampaikan? Adakah pesertanya mendapat keuntungan dari pelaburan yang mereka buat selepas seminar tersebut?

Fikir-fikirkanlah. Duit susah cari dan janganlah ia dibuang dengan sia-sia begitu sahaja.

Sekian dulu buat kali ini.

Ikhlas,

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Smart Invest Roadshow anjuran Securities Commission

PS – Seminar Saham Super Investors yang seterusnya akan diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada hari Sabtu 26 Mac 2016 ini. Keterangan lanjut di www.seminarsaham.com.my

PSS – InsyaAllah FY akan ke menjalankan seminar lengkap basic dan advance di Kota Bahru, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Pulau Pinang dalam tahun 2016 ini supaya pelabur di luar sana tak perlu datang belajar personal coaching bersama FY di Kuala Lumpur.

PERKHIDMATAN KAMI

Buka Akaun CDS, CDS Islamic dan Trading
Sediakan photocopy IC dan Penyata Bank boleh datang ke pejabat atau melalui pos. Berikan nama penuh, alamat dan no hp ke talian 019 3346570 untuk urusan melalui pos.

Khidmat Nasihat Pelaburan Saham
Remisier dan dealer dalam team FY sentiasa berada di pejabat setiap hari bersedia untuk membantu anda baik untuk menjalankan urusniaga pelaburan mahupun bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat pelaburan saham.

Personal Coaching Pelaburan Saham
Personal Coaching live bersama FY, kelas FY dibuka SETIAP HARI waktu bekerja di The Curve, Mutiara Damansara. Dalam seminar ini pemilihan saham kaedah terkini IMANTAP serta TIMING yang betul akan dikongsikan. Inilah satu-satunya kelas personal coaching saham yang dibuka setiap hari waktu bekerja di negara ini.

Selepas kelas ini kami JAMIN anda akan boleh menjalankan urusniaga jual beli saham dengan penuh keyakinan tanpa keraguan lagi. Kalau anda masih buta dan tak yakin melabur walaupun telah membaca 1001 buku saham atau telah menyertai 1001 seminar saham maka datanglah ke kelas personal coaching ini. Percayalah mata ada akan celik dan keyakinan melabur akan menjadi milik anda selepas kelas ini nanti! Itu FY janji!

Anda cuma perlu menghubungi pihak kami bagi menempah slot anda.

Sesi Personal Coaching bersama FY diadakan pada ;


SETIAP HARI WAKTU BEKERJA
Jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang

di Pejabat kami ;
Kenanga Investment Bank Berhad
240 Tingkat 2, The Curve
Mutiara Damansara

Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang 
berpengalaman.
Lunch disediakan.
Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.
Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

Jemputlah datang! Ia pasti berbaloi dan bakal menjadikan anda seorang pelaburyang bijak dan berhemah.

Group FY di FB dan WhatsApp

Pelabur yang membuka akaun dengan FY di Kenanga Investment Bank akan dapat menjadi ahli Group FY di WhatsApp dimana forum pelaburan dijalankan setiap hari.

Woksyop Analisa Teknikal
Seminar untuk Trader jangkamasa pendek yang ingin buat duit setiap hari di Bursa Malaysia dengan kaedah Analisa Teknikal. Meramal pergerakan harga saham dengan menganalisa carta pergerakan harga menggunakan indikator-indikator pasaran. Diadakan dari masa ke semasa. Nantikan pengumuman tarikhnya dalam blog ini.


Seminar Saham Super Investors
Seminar basic overview pelaburan saham yang lengkap. Dari pelaburan Primary Market kepada Secondary Market. Dengan pelbagai pencerahan, analisa, startegi, rahsia-rahsia dan banyak lagi bagi membuka horizon memulakan portfolio pelaburan di Bursa Malaysia.

Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendapatkan kandungan seminar mahupun keterangan lanjut.



Ebook Investlah Percuma
Dapatkan ebook Investlah bernilai RM100.00 setebal 134 ms secara percuma bila anda menghubungi pihak kami.


Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO Awam
Harga Promosi cuma RM60.00 sahaja.



Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO di MITI
Harga Promosi cuma RM50.00 sahaja.


HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan Mengenai Seminar Saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham 
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham 
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader
    FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
    ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
    SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.



    ' style='padding: 0; border: none;'/>

    26 November 2013

    Harga Sasaran IPO Titijaya Land Berhad

    Assalamualaikum...

    Titijaya Berhad sebuah syarikat Property Development akan disenaraikan besok iaitu Rabu 27 November 2013.

    Harga Tawaran : RM1.50

    Harga Sasaran yang diberikan oleh pihak Research House ialah ;

    Kenanga RM1.75
    RHB RM1.75
    JP Apex RM1.68

    Walaupun kebelakangan ini tema untuk Industri Property dalam Bursa nampaknya kurang memberansangkan disebabkan impak daripada Bujet tempohari namun demikian FY tetap optimistik yang akan ada premium untuk IPO ini berdasarkan trend pasaran IPO kebelakangan ini.

    Karex, Caring, Berjaya Auto naik melepasi harga sasaran yang diberikan pihak penganalisis pasaran. FY yakin ini disebabkan oleh selera besar pelabur-pelabur baru dalam pasaran IPO dewasa ini.

    Apapun kita tunggu besok dan InsyaAllah keuntungan akan berpihak kepada anda yang berjaya mendapat saham IPO ini baik dari MITI, Placement, IPO Awam mahupun dalam bentuk Pink Form. Hari ini semua saham IPO ini telahpun dikreditkan ke akaun CDS para pelabur yang diperuntukan saham tersebut.

    Sekian dulu.

    FY

    ' style='padding: 0; border: none;'/>

    14 November 2013

    Seminar Saham Kaedah Analisa Teknikal dan Mini Seminar Super Investor

    SEMINAR SUPERTECH INVESTOR


    Teknik Analisa Teknikal serta aplikasinya kepada pasaran Ekuiti Bursa Malaysia.

    Kursus ini menyediakan satu lagi  kaedah untuk berdagang atau melabur dalam pasaran ekuiti Bursa Malaysia.

    Ia menggunakan carta sebagai satu alat penting untuk membuat keputusan pelaburan. Kami bukan hanya mengajar konsep tetapi juga aplikasi kepada pasaran ekuiti Malaysia. Kami telah mempermudahkan teknik dagangan menggunakan analisis teknikal untuk anda bagi mengurangkan risiko serta memaksimakan keuntungan.

    Teori sahaja tidak memadai, oleh itu kita akan berkongsi langkah demi langkah dengan menggunakan perisian carta profesional. Dengan mempelajari teknik ini anda akan dapat menjadi 'stock trader' yang baik dan berpeluang untuk menjana pendapatan pasif daripasaran saham. Anda juga dapat mengurangkan risiko kerugian yang besar apabila berlaku tekanan jualan yang kuat apabila berlaku kitaran ekonomi yang tidak sihat.

    Tarikh       : Sabtu, 23 November 2013

    Masa          : 9:30 - 5:30 petang

    Tempat      : Pusat Latihan ThotBox, Unit 212, 2nd Floor, Angkat Lobby 3, Blok A, Damansara Intan Park E-Commerce, No 1 Jalan SS 20/27, 47400 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan

    Keperluan :

    1.  Laptop
    2. Perisian carta (akan dimaklumkan mengenai cara untuk memasang) atau boleh menggunakan carta di Kentrade.com.my apabila menjadi pelanggan kami di Kenanga Investment Bank  ataupun mana-mana Online Trading Platform Broker berdaftar dengan Bursa Malaysia.

    Perhatian: Untuk memasuki kelas ini perisian carta adalah perlu. Peserta yang berminat digalakkan mendaftar awal sekurang-kurangnya 5 hari awal supaya saya boleh membantu mengisi perisian carta di laptop.

    Hubungi kami jika ingin trial charting professional Bursa Station untuk 2 minggu.

    Yuran         : RM 700.00 setiap peserta,

    Sila buat pembayaran ke salah satu akaun berikut ;

    Advance Forward Training and Consultants
    Maybank acc No: 5051 0340 5396

    Muhammad Zuhri Mohd Zain,
    CIMB acc no: 12710009404521

    *Sila sms ke no 012-6290407 (Zuhri Zain) atau 012 2511755 (Pn Azila Ismail) selepas membuat pembayaran.

    Tempat duduk adalah terhad.

    MINI SEMINAR SUPER INVESTOR
    BERSAMA FY


    Merungkai Rahsia Menjana Keuntungan Dalam Pasaran Saham

    Ketahui pelbagai cara menjana keuntungan dalam pasaran saham melalui pelaburan IPO, IPO di MITI, Private Placements, Strategi Pelaburan, Melabur dalam Pasaran Terbuka, Sistem pemilihan saham yang berkesan dan banyak lagi. Ia merupakan seminar wajib bagi semua pelabur yang ingin menceburkan diri dalam pasaran saham atau bagi yang ingin memulakan portfolio pelaburan saham sebagai salah satu cabang pelaburan yang menguntungkan.

    Seminar ini disampaikan oleh Faizal Yusup DIIA, BBS Investment yang punya 17 tahun pengalaman dalam bidang saham.

    Tarikh       : Ahad, 24 November 2013

    Masa          : 9:00 pagi - 5:30 petang

    Tempat      : Pusat Latihan ThotBox, Unit 212, 2nd Floor, Angkat Lobby 3, Blok A, Damansara Intan Park E-Commerce, No 1 Jalan SS 20/27, 47400 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan

    Yuran         : RM 490.00 setiap peserta,

    Sila buat pembayaran ke salah satu akaun berikut ;

    Advance Forward Training and Consultants
    Maybank acc No: 5051 0340 5396

    Muhammad Zuhri Mohd Zain,
    CIMB acc no: 12710009404521

    *Sila sms ke no 012-6290407 (Zuhri Zain) atau 012 2511755 (Pn Azila Ismail) selepas membuat pembayaran.

    Tempat duduk adalah terhad.

    *Nota – Harga Pakej untuk kedua-dua seminar ialah RM1100.00.

    Terima kasih.

    FY

    www.faizalyusup.net

    ' style='padding: 0; border: none;'/>