31 Disember 2013

Berakhir 2013...

Assalamualaikum serta Salam Sejahtera...

Siang tadi FY bertemu dengan seorang Internet Marketeer dan banyak juga tip-tip yang dapat FY cakup darinya dalam aspek promosi di Internet ini. Jadi dengan penuh semangat FY pun balik dan mencuba apa yang FY pelajari darinya tadi. Dan jeng...jeng.. jeng... Inilah hasil ujikaji pertama FY. 


Okay tak? Tak okay pun kata okay jugak! Okay? Kalau suka nanti tolong share dan like page www.facebook.com/SeminarSuperInvestor. Lagi ramai like lagi bagus tanda sokongan atas usaha-usaha FY memandaikan bangsa dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia ini. Boleh? Apapun FY dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada anda yang baik hati itu.

Maaflah sebab lama juga dan menulis dalam ruang ini. Sebabnya komputer yang biasa FY pakai tu rosak. Dah sebulan baru hari ini dia balik setelah diperbaiki. FY dah beli komputer baru tapi yang lama jugak yang sentimental dan sedap digunakan. Apapun la ni semuanya kembali normal dan FY boleh kembali menulis dengan hati yang tenang dan gembira.

Dini hari ini FY nak bercerita sedikit. Nampaknya tahun 2013 hampir tiba ke penghujungnya dan 2014 bakal menjelang tiba tak lama lagi. 2013 sebenarnya merupakan tahun yang baik bagi pelabur saham kerana selepas pilihanraya pasaran saham naik dengan begitu baik dan menguntungkan ramai pelabur termasuklah FY dan pelanggan-pelanggan FY. Tak kesahlah baik mereka membeli saham di pasaran terbuka Bursa Malaysia, Saham IPO Awam, Saham IPO di MITI mahupun melalui kaedah Private Placement. Semuanya tersenyum tatkala menuju ke Bank. Alhamdulillah. 

Kalau anda melabur dan mengalami kerugian maka adalah yang tak kena dalam pemilihan saham yang anda lakukan itu. Jadi FY sarankan anda datang ke seminar yang FY jalankan dan cari ilmunya. InsyaAllah anda akan lebih faham nanti. Untuk keterangan lanjut laman webnya ialah di www.seminarsaham.com.my. Pelabur saham Super mestilah melabur bukan hanya dalam pasaran terbuka tetapi dalam semua ruang dan peluang yang disediakan di Bursa Malaysia ini. It spreads the risk atau dalam Bahasa Melayunya kita membahagi-bahagikan risiko pelaburan kita agar ia tidak terlalu tinggi.

InsyaAllah FY yakin dalam masa setahun dua ini pasaran saham tempatan masih baik dan masih memberikan peluang yang luas untuk kita menjana keuntungan darinya. FY juga yakin kenaikan harga barang dan inflasi akan menyebabkan ramai yang mencari pendapatan sampingan bagi mengatasi masalah kenaikan itu. Jadi salah satu caranya ialah dengan memulakan portfolio pelaburan saham. Pasif Income - Duit buat duit. Kepada yang berminat jangan tunggu lagi. Hubungi FY bagi membantu anda memulakan portfolio pelaburan saham anda. InsyaAllah FY akan bimbing anda hingga menjadi pelabur atau trader saham yang baik.

Pada masa yang sama kita juga kena berhati-hati dengan the 10 year cycle yang boleh membawa kepada kemuruduman harga-harga saham. Jadi persiapan haruslah dilakukan menjelang tahun 2016,17 dan 18 nanti.

Sekian dulu nukilan untuk malam ini. Semoga tahun 2014 yang mendatang ini membawa kesejahteraan dan keharmonian kepada anda semua. Bagi tahun 2014 ini FY juga nampaknya ada tugas, amanah dan tanggungjawab yang lebih besar dalam membantu meningkatkan ekonomi ummah ini. Doakan FY berjaya ok. Seperkara lagi InsyaAllah FY akan lebih kerap menulis dalam ruang ini di masa-masa yang mendatang. Itu azam FY.

Ikhlas,

FY

PS - Jangan lupa Seminar Saham Super Investor 18 Januari ini bersama FY di Bangunan Lembaga Getah Asli berdepan dengan KLCC. 

' style='padding: 0; border: none;'/>

27 Disember 2013

Seminar Super Investor di Sabah, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan

Assalamualaikum...

Kita bertemu lagi.

Selepas beberapa tahun mengendalikan seminar Super Investor di Kuala Lumpur dan Shah Alam, Ramai juga pelabur dari seluruh pelusuk tanah air yang meminta FY menjalankan seminar di tempat mereka.
 
Jadi bagi tahun 2014 ini FY mengambil keputusan untuk memenuhi permintaan Seminar Saham Super Investor di lokasi yang lain selain dari Kuala Lumpur. InsyaAllah untuk tahun akan datang ini, FY akan menjalankan seminar Di Kota Bharu, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Seperti biasa ia akan diadakan pada hujung minggu memandangkan FY begitu sibuk menjalankan urusniaga saham pada hari-hari bekerja.

Apapun ia akan bergantung kepada keadaan yang mengizinkan. Kalau ada rezeki pasti FY akan kesana nanti.

Jadi pelabur yang berada di tempat-tempat ini dan berhasrat untuk menghadiri Seminar Saham Super Investor bersama FY bolehlah sms nama, lokasi dan alamat emel kepada Puan Azila Ismail di talian 012 2511755 untuk pihak kami hubungi bila kami ke sana nanti.

Seminar yang pertama bagi tahn 2014 ialah pada 18 Januari ini di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur.

Anda boleh mendaftar di www.seminarsaham.com.my

Jangan lupa war-warkan tentang seminar ini kepada kawan-kawan yang berminat untu memulakan portfolio peaburan saham di Bursa Malaysia.



Sekian dulu.

Wassalam.

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

Seminar Pelaburan Saham Super Investor 2014

Assalamulaikum... Salam ceria, salam sejahtera buat semua...

InsyaAllah FY akan mengadakan Seminar Saham Super Investor seminar pembuka tahun bagi tahun 2014 pada 18 Januari nanti di Bangunan Lembaga Getah Asli, berhadapan KLCC. Yurannya masih sama iaitu RM490.00. Antara seminar saham yang termurah di pasaran tetapi dengan kandungan seminar yang mahal dan penuh pengisian.

Seminar ini menceritakan perjalanan bagaimana sesebuah syarikat itu bermula sehingga bagaimana ia disenaraikan di Bursa Malaysia. Peruntukan saham IPO, Pink Form, Blue Form, IPO di MITI, Private Placement mahupun kepada pelabur awam. Kemudian bagaimana menganalisa saham-saham dalam Bursa Malaysia bagi menjana keuntungan darinya. Ini ditambah pula dengan pengenalan kepada Software Super Investor yang memberikan tip harian untuk seorang trader. Perbezaan antara Investor dan Trader, kategori saham-saham dan perbezaannya serta banyak lagi akan dikongsikan.

Seminar ini sesuai bukan hanya untuk newbie malah untuk pelabur yang telah lama berada dalam pasaran saham. Ini kerana ada banyak perubahan dan pembaharuan dalam pasaran yang perlu diketahui bagi menjadi seorang pelabur yang bijak!

RM490.00 anda pasti berbaloi!

Untuk mendaftar hubungi Puan Azila Ismail di talian 012 2511755

atau 


Cepat! Tempat adalah terhad!



Sekian dulu. Kita jumpa di sana...

Faizal Yusup
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Follow FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
Add FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

' style='padding: 0; border: none;'/>