Oleh Haji Faizal Yusup
Penentuan harga tawaran bagi sesuatu IPO bukanlah satu proses yang dibuat secara suka-suka sebaliknya ia melalui penelitian yang teliti, analisis mendalam serta pertimbangan strategik oleh pelbagai pihak seperti bank penasihat, penaja jamin (underwriter) dan pihak pengurusan syarikat itu sendiri. Harga ini perlu seimbang - tidak terlalu mahal hingga pelabur lari, dan tidak terlalu murah hingga syarikat “tinggalkan duit atas meja untuk diambil pelabur”.
Pertama sekali, asas utama dalam menentukan harga IPO ialah
nilai intrinsik syarikat. Penilaian ini dibuat melalui analisis kewangan seperti keuntungan bersih, pertumbuhan hasil, margin keuntungan, serta aliran tunai. Antara kaedah popular ialah Price-to-Earnings (P/E ratio) dan Discounted Cash Flow (DCF). Melalui kaedah ini, syarikat akan dibandingkan dengan syarikat lain dalam industri yang sama bagi mendapatkan julat harga yang munasabah.
Seterusnya, faktor prospek masa depan syarikat memainkan peranan besar. Syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi, model perniagaan yang kukuh serta berada dalam industri yang sedang berkembang lazimnya boleh meletakkan harga IPO yang lebih premium. Pelabur bukan hanya membeli prestasi masa lalu tetapi mereka membeli harapan masa depan.
Selain itu, keadaan
sentimen pasaran semasa juga sangat mempengaruhi harga IPO. Jika pasaran saham berada dalam keadaan bullish, keyakinan pelabur tinggi, maka syarikat boleh meletakkan harga yang lebih tinggi. Namun demikian, jika pasaran dalam keadaan tidak menentu atau bearish, harga IPO biasanya perlu lebih konservatif atau lebih murah bagi menarik minat pelabur.
Faktor seterusnya ialah permintaan pelabur institusi melalui proses yang dikenali sebagai
book building. Dalam proses ini, pelabur institusi seperti dana besar akan memberikan indikasi minat mereka pada julat harga tertentu. Jika permintaan sangat tinggi, harga IPO boleh ditetapkan pada paras lebih tinggi dalam julat tersebut. Jika sambutan kurang, harga mungkin perlu disemak semula.
Di samping itu, pihak penaja jamin juga akan mengambil kira risiko pasaran dan risiko syarikat. Mereka perlu memastikan IPO tersebut berjaya dijual kepada pelabur. Oleh itu, harga akan ditetapkan pada tahap yang mempunyai “
margin keselamatan” supaya saham tersebut berpotensi naik selepas penyenaraian sekaligus menjaga reputasi semua pihak yang terlibat.
Akhir sekali, strategi syarikat itu sendiri turut memainkan peranan. Ada syarikat sengaja menetapkan harga IPO lebih rendah sedikit untuk mencipta “pop” pada hari pertama dagangan bagi menarik perhatian pasaran. Strategi ini membantu membina momentum dan keyakinan pelabur untuk jangka panjang.
Kesimpulannya, harga IPO adalah hasil gabungan antara sains (analisis kewangan) dan seni (sentimen pasaran dan
psikologi pelabur). Bagi pelabur, memahami bagaimana harga ini ditentukan akan membantu kita membuat keputusan yang lebih bermatlamat, bukan sekadar ikut hype semata-mata.
Anda nak belajar semua ini? Jemputlah hadiri seminar FZTH atau
seminar AI Saham yang kami jalankan.
Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk maklumat lanjut.
Follow. Like. Subscribe dan Share andai bermanfaat.
Sekian dulu,
Terima kasih.
Ikhlas,
Haji Faizal Yusup @ FY
“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 8 Anugerah Bursa Malaysia.”
“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”
Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.
=================================
Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!
Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!
Tekan jer link bawah ni ;
Apapun FY boleh dihubungi terus di talian 0166667430.
#mindaakhirat
#faizalyusup