26 April 2022
PERHATIAN - 2 LAGI IPO BAKAL DITAWARKAN KEPADA PELABUR AWAM!
22 April 2022
BAGAIMANA TARGET PRICE ATAU FAIR VALUE SESUATU IPO DIKIRA?
BAGAIMANA TARGET PRICE ATAU FAIR VALUE SESUATU IPO DIKIRA?
Inilah persoalan yang sering ditanya pelabur newbie kepada FY.
Jawapan FY : Bila prospektus sesuatu IPO keluar maka para analyst dari Research House akan membuat penilaian dan penyelidikan berdasarkan fakta-fakta yang terdapat dalam prospektus tersebut.
Para researcher ini adalah mereka mereka yang hebat dan punya kelayakan tinggi dalam bidang kewangan. Punya Diploma, Degree Kewangan dan Akauntansi, ACCA, CFA dan sebagainya.
Ada researcher yang optimistik dan ada juga yang persimistik berdasarkan penilaian mereka. Pada yang optimis maka mereka akan memberikan nilai TP atau FV yang lebih tinggi kalau dibandingkan dengan mereka yang persimis.
Kemudian BUKAN semua research house yang akan buat research bagi setiap IPO itu. Kenanga pun sekali sekala ada buat research write up terhadap IPO ini.
Kebiasaannya researcher bagi bank penasihat IPO tersebut yang akan membuat penilaian dan memberikan TP IPO yang mereka usahakan itu. Mereka akan melihat apa aktiviti syt, siapa pengarah, siapa pesaing, mengira jumlah aset, liabiliti, hutang, future earnings, growth, goodwill dan sebagainya secara menyeluruh bagi mendapatkan nilai intrinsik atau nilai sebenar syt IPO tersebut tatkala ia disenaraikan.
TP ini diterbitkan sebagai saranan beli kepada pelanggan Investment Bank tersebut khususnya dan kepada semua pelabur amnya.
Sebagai contoh IPO MN Holdings Berhad. Harga tawarannya ialah 21 sen dan TP nya ialah antara 28-31 sen. Kalau TP nya 21 sen jugak pasti tiada siapa yang berminat untuk memohon IPO ini. Dengan TP 28-31 sen ini kita dapati permohonan IPOnya terlebih langganan sebanyak 118 kali!
TP ini juga boleh didapati dengan bertanyakan En Google beberapa hari setelah Prospektus IPO itu keluar. Harus diingat selagi Porspektus belum keluar maka Fair Value atau TP ini belum boleh dikira.
Faham tak ni? Simpan nota ini dan kalau ada orang yang bertanya. Paparkan sahaja catatan FY ini okay!
Satu rahsia. Selalunya suratkhabar Cina ada bagi Fair Value bagi setiap saham IPO yang bakal disenaraikan dan lazimnya saham IPO itu tak naik melebihi apa yang disarankan suratkhabar mereka itu kerana semua pelabur Cina tahu mengenainya. Suratkhabar melayu cerita gossip nenek tua 74 tahun dinoda adalah... hawhawhaw...
Andai anda ingin memulakan portfolio pelaburan saham ini jemputlah ke seminar yang FY jalankan.
Like dan share catatan FY ini andai anda mendapat kefahaman dan manfaat darinya. Like sebagai tanda sokongan anda kepada usaha FY ini okay!
Jadikan FY sebagai see first dalam fesbuk anda untuk mendapatkan banyak lagi ilmu-ilmu menjana keuntungan dalam pasaran saham ini.
Sekian.
FY Al Haj
PS - Status syariah juga selalu diberikan pihak ketiga setelah prospektus IPO itu keluar. Status sebenar hanya akan diketahui setelah Committee Syariah SC bersidang pada bulan Mei dan Nov nanti.
Download ebook Investlah karya FY setebal 134 ms secara percuma di www.faizalyusup.my
BURSA MALAYSIA MENGIKTIRAF SEMINAR FZTH!
21 April 2022
SEMAKAN IPO CNERGENZ di MITI TELAH DIBUKA
NEW IPO Shariah / Non Shariah Compliant Status
NEW IPO Shariah / Non Shariah Compliant Status
1. Orgabio Holdings - Shariah
2. YX Precious Metals - Non compliant ❌
3. Cnergenz - Shariah
4. Yew Lee Pacific - Shariah
5. Unitrade Industries - Non compliant ❌
6. SFP Tech Holdings - Shariah
7. LGMS - Shariah
8. Seng Fong Holdings - Shariah
9. Ecoscience International - Shariah
OVERSUBSCRIBE? APA MAKNANYA?
OVERSUBSCRIBE? APA MAKNANYA?
Saham IPO MN Holdings contohnya oversubscribe lebih 118 kali. Maknanya setiap 1000 unit saham yang ditawarkan ada 118000 lagi yang memohon tapi tak dapat saham tu. Ia juga bermakna yang saham ini kebarangkalian besar akan naik pada hari penyenaraiannya. IPO Cengild contohnya terlebih langganan sebanyak 44.58 kali dan ia naik melebihi 50% pada hari penyenaraiannya!
Dewasa ini permintaan untuk saham-saham IPO ini begitu tinggi dibandingkan dengan penawarannya yang sedikit.
Apapun pelabur bukan Bumiputera dah lama faham akan keuntungan yang bakal mereka jana memohon dan membeli saham-saham IPO ini malangnya apa kata orang kita?
- FY boleh ke beli saham ni?
- Boleh ke untung?
- Berapa untung boleh dapat?
- Nanti nak jual ada ke buyer?
- Macamana saham tu boleh naik?
- Alah! susahlah nak dapat harapan tipis! Saya dah cuba 3 kali tapi masih gagal.
- Apa makna par value?
- Macamana nak kira FV?
- Remisier saya kata jangan apply sbb tak tahu prestasi syarikat.
- Ada netizen kata saham ni nak cuci duit!
- Itu ini begitu begini.
Jawab FY nak apply! apply! tak nak sudah! Kalau tak apply memang tak dapat! Hawhawhaw…
Kalau kaum Bukan Bumi makin kaya jangan jeles dan jangan sakit hati! Kalau mereka menjangka yang saham itu akan rugi takkanlah mereka beramai ramai memohonnya hingga terlebih langganan sampai 118 kali??? Yang kita pulak banyak soal!!! Adoiyaiiii...
Walhal FY dah kata yang 85% dari saham IPO ini menguntungkan pada hari pertama penyenaraiannya sejak bertahun lamanya FY dalam stock market ini.
Kalau saham tu tak bagus FY akan bagitahu anda. Tapi kalau FY sarankan balun tu balun jer jangan banyak soal. Lupakan segala kepayahan kerana dipenghujungnya kita akan dapat meningkatkan ekonomi kita! Itu yang penting!
Ok tu jer buat kali ini.
Jangan lupa like dan share catatan FY di WA dan FB sebagai menyokong perjuangan FY untuk mengkayakan anda semua! InsyaAllah.
FY Al Haj
0166667430
Kalau ada kawan yang nak masuk grp whatsapp FY nie...
18 April 2022
DAPAT DUIT RAYA DARI SAHAM CENGILD?
PERHATIAN
IPO Cengild yang disenaraikan hari ini menguntungkan pelabur yang berjaya dapat saham IPO tersebut. Ramai client FY yang dapat duit raya dari saham Cengild ni. Alhamdulillah.
Hari ni peruntukkan saham khas Bumiputera di MITI saham IPO Ecoscience akan ditutup permohonannya. Balun jer!
Kemudian result undian atau ballot saham IPO Awam MN Holdings InshaAllah akan diketahui hari ini. All the best!!!
Tapi kalau kita tak buat apa-apa, apa pun tak jadi…
Nak belajar pasal IPO? Cari FY jer…
FY Al Haj
Pemenang 5 Anugerah
Bursa Malaysia
Usaha meningkatkan ekonomi ummah diteruskan!
MACAMANA NAK BELI SAHAM? PART 1
MACAMANA NAK BELI SAHAM? PART 1
Banyak saham-saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Untuk membelinya kita kena ada akaun CDS iaitu akaun untuk menyimpan saham-saham tersebut.
1. Jadi anda kenalah buka akaun CDS dan trading di Broker saham. eg Kenanga Investment Bank Berhad dengan menghubungi Cik Ana 011 2139 5718 pada waktu bekerja. Dia akan bantu atau anda boleh samaada datang ke pejabat FY di Kenanga Investment Bank Berhad, The Curve Mutiara Damansara, Petaling Jaya mahupun melakukannya melalui pos sekiranya anda tinggal jauh. Bagi nama dan alamat penuh anda kepada Cik Ana. Dokumen yang diperlukan ialah RM10, Salinan kad pengenalan dan salinan penyata bank.
2. Bila akaun CDS dah siap, pihak kami akan PM anda, anda juga akan mendapat email dari pihak Bursa Malaysia yang mengatakan no CDS anda dan anda juga akan menerima surat dari pihak Kenanga Investment Bank mengatakan yang akaun trading anda telah dibuka. Client Code akan diberikan bersama surat ini. FY pula akan secara automatik menjadi remisier anda. Paling awal ia akan mengambil masa seminggu untuk siap.
3. Kalau anda ingin membeli menggunakan platform online sila daftar platform online Kentrade milik Kenanga. Anda perlu meletakkan user id dan password pilihan anda sendiri. Bila anda di depan komputer hubungi En Ramzie 0173730513 dia akan bantu. Websitenya ialah www.kentrade.com.my
Atau
Anda boleh menghubungi FY untuk membeli saham tersebut kerana FY adalah remisier anda.
Tapi sebelum itu,
Anda kenalah masukkan modal pelaburan.
CARA BUKA AKAUN CDS DENGAN FY DI KENANGA INVESTMENT BANK BHD
MACAM MANA NAK BUKA AKAUN CDS DENGAN FY DI KENANGA INVESTMENT BANK BHD
Akaun CDS adalah akaun di mana saham-saham disimpan. Akaun Trading pula ada akaun dimana transaksi penjualan dan pembelian saham dijalankan baik melalui remisier mahupun secara online.
Modal pelaburan yang anda depositkan akan disimpan dalam akaun Trading ini.
Untuk membuka akaun CDS dan Trading bersama FY di Kenanga sila hubungi staff FY, Cik Ana 01121395718. Beliau akan membantu anda.
Anda boleh membuka banyak akaun CDS asalkan dengan syarikat Broker saham yang berlainan. Apapun bukalah satu dengan FY di Kenanga supaya anda boleh mendapatkan khidmat nasihat saham percuma secara berterusan.
Anda boleh samaada datang ke pejabat FY di Kenanga Investment Bank Berhad, Tingkat 2, The Curve Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Hubungi Ramzie 0173730513 bagi mendapatkan lokasi pejabat kami.
atau
Melakukannya melalui pos sekiranya anda tinggal jauh. Untuk pengetahuan anda pelanggan FY datang dari Perlis hingga ke Sabah. Jadi wasap nama dan alamat penuh anda kepada Cik Ana agar kami boleh poskan borang CDS tersebut. Dokumen yang diperlukan ialah RM10, salinan kad pengenalan dan salinan penyata bank.
atau
Melalui Emel
Sekarang anda juga boleh mendapatkan borang akaun CDS melalui emel. WhatsApp alamat emel anda kepada Cik Ana di talian 011 2139 5718. Cik Ana akan hantarkan borang CDS beserta garispanduan kepada anda melalui emel. Anda pula perlu mengisi borang tersebut, sediakan lampiran dokumen, beserta RM10 dan hantar kembali kepada Cik Ana melalui pos.
Tonton video di link berikut ini untuk memahami garispanduan membuka akaun CDS ;
Akaun Online Platform Kentrade pula membolehkan anda menjual pembelian dan penjualan saham secara online walau dimana anda berada.
Untuk membuka akaun online platform Kentrade ini anda boleh hubungi En Ramzie 0173730513. Beliau akan membantu anda. Pastikan anda berada di depan komputer siap dengan Wifi sebelum menelefon beliau.
Tonton video dalam youtube berikut ini untuk mendapatkan langkah-langkah membuka akaun Trading Platform Kentrade.
Siap semua ini anda sudah bersedia untuk melabur saham di Bursa Malaysia. Apa yang tinggal ialah untuk memasukkan modal dan menimba ilmu pelaburan saham yang betul.
Jom ke kelas atau seminar FY untuk mempelajari semua sekali perkara yang perlu anda tahu mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia...
Sekian dulu...
FY Al Haj...
15 April 2022
IPO ECOSCIENCE DIBUKA UNTUK PERMOHONAN DI MITI
PERHATIAN - IPO ECOSCIENCE DIBUKA UNTUK PERMOHONAN DI MITI… BALUNN!!! Harga tawaran 30 sen seunit.