02 Ogos 2010

Sinopsis Buku



SINOPSIS BUKU KELUAR DARI TEMPURUNG
Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan

Tajuk         :        KELUAR DARI TEMPURUNG
          Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan
Pengarang         :        Ahmad Faizal Mohamed Yusup
Terbitan    :        Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd
Genre        :       Motivasi
Harga        :       RM14.00

Buku ini secara umumnya ditujukan kepada golongan remaja dan dari tajuknya Keluar Dari Tempurung ia menunjukkan yang pengarangnya mengajak kita keluar dari tempurung yang membelenggu diri kita tanpa kita sendiri sedari.

Menurut penulis buku ini, bangsa melayu datang dari China Barat lebih seribu tahun dahulu dan mendiami seluruh Kepulauan Melayu dan kemudian menjadi bangsa-bangsa yang kita kenali sekarang. Pedagang-pedagang India yang berdagang ke sinilah yang telah membawa agama Islam ke Tanah Melayu dipercayai dibawa ke tanah melayu seawal kurun ke 13.

Dia juga mempersoalkan sekiranya benar bangsa melayu berasal dari keturunan Cina sudah pastinya kita merupakan bangsa yang rajin atau mungkinkah kita merupakan bangsa Cina yang dibuang daerah kerana kemalasan?

Apa yang ingin diperkatakan ialah dimanakah bermulanya keturunan melayu yang pemalas yang tidak mempunyai daya saing. Kebanyakan kita mahukan kerja yang kurang dan ganjaran yang banyak. Kebanyakan kita hanya tahu untuk membuang masa, berkhayal, merasai cukup dengan apa yang ada, menyalahkan takdir dan sebagainya. Menurut kata lagenda Hang Tuah "tak melayu hilang di dunia" mungkin akan hilang kebenarannya kerana globalisasi atau dalam erti kata lain dunia tanpa sempadan akan mengalahkan kita kerana sikap kita sendiri. 

Kemudian beliau menekankan, walaupun 93 peratus daripada rakyat di negara ini boleh membaca namun tidak ramai yang menggunakan ilmu yang ada ini ke tahap yang membanggakan. Wang yang diketepikan untuk ilmu pengetahuan tidak sampaipun 5% daripada pendapatan. Itupun digunakan untuk membeli akhbar harian. Ada pula yang sibuk mencari pengetahuan-pengetahuan sama ada dalam bidang keagamaan, kewangan, sosial dan banyak lagi. Buku-buku yang dibeli kebanyakannya berdasarkan bagaimana untuk mencari kebahagiaan hidup, menjadi cemerlang, ketenteraman jiwa, menjadi kaya dan sebagainya. Ini dilakukan dengan harapan dengan ilmu itu kita akan dapat mengubah cara hidup kita kepada yang lebih baik. Memang tidak dinafikan.

Namun sebenarnya buku ini lebih menekankan kepada ilmu yang paling asas adalah kesedaran diri kita tentang segala kurnia yang ada pada diri kita sendiri yang seakan tersembunyi. Katanya, kita sering terperangkap memikirkan apa yang ada di luar sana yang boleh membawa kebaikan pada kita. Jarang kita memikirkan tentang kebaikan / kurnia yang diberikan Tuhan kepada setiap seorang daripada kita. Kurniaan yang dimaksudkan ini ialah kurniaan masa, tenaga, akal fikiran, pancaindera dan anggota.

Buku ini menghuraikan hal kurniaan tersebut, saranan akan cara penggunaannya ke tahap yang optima dengan lebih jelas menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami.

Sebagai contoh dalam bab masa, beliau menekankan yang kita tak perlu mengikut  saranan saintis Barat untuk tidur selama 8 jam setiap malam kerana baginya ia satu pembaziran dan saranan beliau ialah untuk tidur selama 4 jam semalam sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Daud A.S. dengan itu menjimatkan 4 jam masa tidur sehari dengan masa sedaryang boleh digunakan untuk tujuan produktiviti.

Kesimpulannya buku ini sesuai untuk memberikan pengisian dan kesedaran yang mana sekiranya digunapakai boleh membawa kepada perubahan sikap ke arah kehidupan yang lebih baik.


SINOPSIS KELUAR DARI TEMPURUNG 2
Pendekatan Praktikal Menangani Masalah

Tajuk         :        KELUAR DARI TEMPURUNG 2
          Pendekatan Praktikal Menangani Masalah
Pengarang         :        Ahmad Faizal Mohamed Yusup
Terbitan    :        Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd
Genre        :       Motivasi
Harga        :       RM16.00

Kecemerlangan insan akan dapat dikecapi bila kita mempunyai sikap yang positif dan dapat menangani semua masalah yang mendatang dalam kehidupan dengan mudah dan tenang sejajar dengan objektif buku ini. Masalah sebenarnya merupakan bebanan atau halangan bagi kita mencapai kecemerlangan kehidupan jadi kita perlu mempersiapkan diri dengan ilmu yang kukuh bagi mengatasinya dengan cekap dan cepat.


Kebanyakan buku motivasi yang ada ditulis oleh Pakar Motivasi Barat yang melihat isu motivasi ini samaada dari sudut Sosiologi ataupun Psikologi. Pakar Motivasi tempatan pula ada yang mencakup ilmu dari bidang yang sama sambil menerapkan nilai-nilai murni Islam di dalamnya. Buku-buku motivasi yang ada juga secara asasnya mendedahkan kaedah menangani masalah yang diasaskan oleh sarjana-sarjana Barat yang tidak berapa sesuai perlaksanaannya di negara ini. Pada masa yang sama ada juga yang menggunakan kaedah penyampaian dengan pengisian generasi terdahulu yang tak berapa sesuai untuk generasi kini kerana perubahan budaya yang telah berlaku.


Kalau penanaman pokok dahulunya dianalisa dari sudut saintifik, baru-baru ini satu kaedah baru telah dibentuk yang dinamakan bioteknologi yang menganalisa tumbuh-tumbuhan dari sudut kejuruteraan. Begitu jugalah dalam bidang motivasi. Buku di Luar Tempurung, menangani masalah ini berbeza dari buku motivasi yang lain kerana pengarang menganalisa bidang motivasi dari sudut pelaburan dan bukannya sudut saintifik dengan itu menambah kepelbagaian dalam bidang ini untuk dimanfaatkan bersama.

Buku ini mempunyai pelbagai pengisian dan sesuai untuk pembacaan umum juga remaja kerana pengarang menyajikan konsep-konsep mudah dalam isu menangani masalah seperti Konsep Puting Beliung, Konsep Perigi, Konsep Zon dan yang lainnya yang mudah difahami dan diaplikasi bersesuaian dengan keadaan dan kehendak semasa. Disamping itu juga ia padat dengan pengisian berbentuk inovasi pengembangan ilmu yang mampu mengasah minda pembaca untuk berfikir dari luar tempurung kebiasaan.



SINOPSIS BUKU ANDA YANG BARU
Minda Kental Hati Cekal

Tajuk         :        ANDA YANG BARU
          Minda Kental Hati Cekal
Pengarang         :        Ahmad Faizal Mohamed Yusup
Terbitan    :        Alaf 21 Sdn Bhd
Genre        :       Motivasi
Harga        :       RM11.00

MEMUATKAN cetusan motivasi diri yang mengupas pelbagai aspek kehidupan seperti penerapan dan pembentukan nilai diri. Menerusinya, keperibadian seseorang itu terhasil mengikut acuan persekitaran.

Buku ini amat praktikal bagi anda yang sedang mencuba untuk menjadi seseorang yang lebih baik, bagus dan cemerlang dari yang sebelumnya. Dalam erti kata lain, anda yang sedang dalam proses untuk menjadi anda yang baru!

Antara kandungan menarik :

- Aduhai Dunia
- Rambut Sama Hitam...
- Ada Mata Pandang, Ada Telinga Dengar...
- Alam Memberi Kesan?
- Tahu Ke Tak Tahu
- Apa Mentaliti Anda?
- Kerja, Jangan Tak Kerja...
- Budi Bahasa Budaya Kita
- Mencari Matlamat
- Pembentukan Akhirat

Testimoni Buku Anda Yang Baru

Saban masa, pengalaman hidup berlalu tanpa catatan yang signifikan. Buku Anda Yang Baru merakamkan pemerhatian penulis terhadap fenomena insan sekeliling. Ditulis dalam bahasa Melayu yang tersusun kosa katanya serta perbendaharaan bahasa yang dipilih begitu rapi; buku ini mampu menyuluh jauh dalam diri pembacanya. Bacalah dengan minda yang terbuka dan hati yang akur dengan kelemahan diri; pasti karya ini memberikan manfaat bagi pembacanya.

Puan Zaidah Abu Bakar
Pensyarah
IPGM Kampus Gaya
Kota Kinabalu, Sabah

Buku motivasi ini pada pendapat saya memberi persepsi motivasi yang bersahaja dengan gaya bahasa yang santai dan mudah difahami oleh semua golongan. Oleh kerana Saudara Faizal adalah "orang baru" dalam dunia penulisan ini, saya cuba membandingkan karya beliau dengan karya pakar motivasi yang terkenal dan berpengalaman. Ternyata penulisannya membuat saya "terdiam" dan berfikir seketika. Cuba memahami lebih mendalam dan cuba mencari fakta-fakta untuk menyanggah namun tidak berjumpa!

SYABAS saudara Faizal! Tidak rugi membaca buku ini! Saya percaya sesuatu akan berlaku selepas membaca buku ini. Cumanya, kesan jangka panjang atau pendek kenalah yang empunya diri/pembaca fikir sendiri! Secara asasnya, buku ini mengajar kita supaya bersedia menerima perubahan. Belajar bagaimana mengadaptasikan pelbagai input dan pengisian yang diterima dengan cara yang betul bagi membentuk keperibadian diri yang hebat dan cemerlang.

Dan antara proses penerapan sesuatu nilai itu adalah melalui pengisian, pengulangan, pengukuhan dan penerapan sebelum ia dapat menyerap dan menjadi prinsip diri. Saya ingin meminjam kata-kata dari seorang pakar motivasi yang terkenal; "Berubah itu mungkin mudah tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah!"

Apapun TAHNIAH di atas kelahiran buku motivasi ANDA YANG BARU ini. Semoga saudara Faizal dapat meningkatkan lagi mutu penulisan dan semoga berjaya di dalam segala bidang serta dapat mencapai apa yang dirancangkan. Moga ALLAH merestui dan merahmati segala apa yang dilaksanakan. Bagi sesiapa yang masih tercari-cari akan matlamat hidup dan cuba menjadi DIRI SENDIRI, jawapannya ada di buku ini.

Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah.

Rohaidah Haron

INGIN MEMBELI BUKU?

Sekiranya anda berminat untuk membeli buku-buku hasil karya Faizal Yusup siap dengan autografnya sekali begini caranya ;

1. Depositkan duit ke akaun Maybank Azila binti Ismail,
1141 7939 5635.

2. Hantarkan notis bayaran ke emel greng70@yahoo.com, facebook atau faxkan kepada 03-76259060 untuk perhatian Faizal Yusup.

3. Hantarkan nama dan alamat penuh ke emel greng70@yahoo.com atau di inbox facebook atau sms kepada no hp 012 654 0130.

4. Tambahan bayaran pos adalah seperti berikut ;
RM5.00 untuk Semenanjung Malaysia
RM10.00 untuk Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei.

Oleh itu harganya adalah seperti berikut bagi semenanjung Malaysia ;

Tajuk Buku
Harga (RM)
Pos
Jumlah
KDT 1
14.00
5.00
19.00
KDT 2
16.00
5.00
21.00
Anda Yang Baru
11.00
5.00
16.00

Dan bagi Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei pula ;

Tajuk Buku
Harga (RM)
Pos
Jumlah
KDT 1
14.00
10.00
24.00
KDT 2
16.00
10.00
26.00
Anda Yang Baru
11.00
10.00
21.00

Pihak kami juga memberikan harga pakej sekiranya anda membeli ketiga-tiganya sekali dengan diskaun sebanyak 15%.


Jumlah Harga
Diskaun 15%
Semenanjung
RM56.00
RM47.60
Sabah dll
RM71.00
RM60.35

Pihak kami akan menghantarnya seberapa segera. Sekiranya dalam tempoh 2 minggu anda masih tidak mendapat buku tersebut, sila laporkan kepada pihak kami.
 
Terima kasih.

Apa tunggu lagi. Dapat buku-buku hebat ini terus dari Faizal Yusup!

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.