20 Ogos 2010

Konflik Cinta - Bab 3 Bahagian 4


Setiap insan ada rahsianya. Apa rahsia anda?
NOVEL BERSIRI - KONFLIK CINTA
Bab 3 Bahagian 4


“ Astaghfirullah!!! ” Berderau darahku bila aku membuka mata dan aku tak percaya dengan apa yang aku lihat dengan kedua bebola mata ini. Wati berada dalam keadaan yang amat mengaibkan. Seluar jeans biru dan baju T-shirtnya berwarna merah jambu tadi telah dilucutkan...

“ Inilah hadiah Wati istimewa buat Man. Seluruhnya. Buatlah apa yang Man suka. Wati rela. ” Ujarnya seraya mendekati aku mendepangkan tangannya seakan cuba merangkulku.

“ Ish! Kau ni biar betul Wati. You should not do this...” Aku bingkas bangun mengelak cuba lari membuka pintu hadapan tetapi tanpa aku sedari ia telah dikunci. Mungkin semasa aku menutupkan mataku tadi. Aku bagaikan dikejar hantu, bila dia bergerak ke kiri aku ke kanan, bila dia ke kanan aku ke kiri. Keadaan aku menjadi tak tentu arah tapi pada masa yang sama aku cuba menenangkan keadaan.

“ Wati cuma nak Man tahu yang Wati sayang pada Man, terus terang Wati cukup bahagia sekiranya Man berada dekat dengan Wati. Bau minyak wangi Man pun cukup untuk mengghairahkan Wati tetapi sekarang semenjak Zila datang Man ketepikan Wati. Man selalu menjauhkan diri. Wati menderita Man. Zila merampas Man dari Wati. ”

“ Wati tak tahu kenapa Man sukakan Zila kalau dibandingkan dengan Wati sedangkan Wati jumpa Man dulu. ”

“ Apa yang Wati tahu, Wati akan kalah kalau Wati menggunakan akal untuk memenangi hati Man sebab Wati rasa Man cukup berpengalaman dan Wati juga tahu yang Wati akan kalah dalam hal agama kerana Man lebih mengetahui jadi setelah Wati memikirkan sedalam-dalamnya Wati rasa Wati boleh menang dengan cara sebegini.

“ Setakat ini belum ada buaya yang tak makan bangkai, belum ada kucing yang tak makan ikan Man.. ”

“ Astaghfirullah... ”

“ Alah! Rilekslah Man, kat US ni bukannya ada JAWI ke JAIS ke, bebudak rumah pun balik lambat lagi... Kalau kita duduk sebilikpun tak siapa tahu... Kita berseronoklah dulu.. ”

“ Tapi Allah tahu Wati... ” Apa kata Wati pakai baju dulu lepas tu duduk kita cerita macam orang dewasa. Lagipun Man tak suka cara macam ni... Nanti buat Man lagi tak suka pada Wati...” Helahku untuk mencuri masa.

Entah apa yang masuk ke dalam benaknya, dia bersetuju. Dia masuk ke dalam bilik dan keluar semula memakai seluar pendek dengan t-shirt merah jambu tadi. Mataku memandang pintu balkoni. Apartmen ni berada di tingkat 4. Kalau aku lompat mahu patah kakiku nanti dengus hatiku.

Wati kemudiannya duduk di sofa dan aku mengambil tempat di sofa betul-betul di depannya. Matanya mula berkaca-kaca... Mungkin dia sedih kerana aku mentah-mentah menolak pelawaannya.

“ Kau tahu Man, aku tak pernah ceritakan perkara ni kepada sesiapapun tetapi aku nak ceritakan pada kau. Ia merupakan satu rahsia yang aku pendam selama ini. ”

“ Sebenarnya semenjak umur Wati 6 tahun, Wati dah mula terdedah kepada kelucahan. Abang Wati suka tengok gambar-gambar porno. Dia sorokkan kat bawah tilamnya, mula-mula Wati tengok Wati tak faham dan rasa jijik tapi bila Wati akil baligh pada umur 9 tahun Wati mula menyukainya. Lama kelamaan Wati menjadi ketagih maka majalah, buku, video dan apa jua bahan-bahan ni menjadi makanan ruji bagi Wati setiap hari. Kalau sehari Wati tak dapat, Wati jadi tak keruan dan gelisah. ”

“ Bila Wati menontonnya Wati akan teruja dan setiap kali Wati akan melempiaskan nafsu melaluinya. Orangtua Wati langsung tak tahu pasal aktiviti Wati ni sebab diorang terlalu sibuk mencari duit menguruskan syarikat. Bagi mereka duit itu segalanya. Masalahnya lama-kelamaan nafsu Wati jadi kuat Man. Masa sekolah menengah dalam tingkatan tiga Wati mula benarkan budak-budak lelaki meraba Wati tetapi dengan harga yang tertentu berdasarkan tempat yang diraba. Wati rasa seronok sebab rasa sedap dan pada masa yang sama Wati dapat duit. Wati mula merasai kemewahan untuk membeli apa yang Wati idamkan. ”

“ Selepas SPM keadaan Wati semakin teruk dan Wati sudah mula berjinak-jinak dengan seks sebab dengan hanya menonton dan melepaskan nafsu sendirian sudah tidak mencukupi. Semenjak itu Wati sudah ada pelanggan tetap dan pada masa yang sama Wati hidup mewah. Jauh lebih mewah dari pelajar yang lain. Mereka semua tak tahu apa yang Wati lakukan kerana semua pelanggan Wati merupakan orang luar dan di kampus mereka semua menyangkakan yang Wati ni anak orang kaya yang baik. ”

“ Samaada Man percaya atau tidak dalam keadaan inipun pelajaran Wati tetap tidak pernah terjejas hinggalah Wati sampai ke sini. Wati harap bila Wati tinggalkan Malaysia ke sini Wati akan dapat melupakan semua kisah silam itu. Kehadiran Man dalam hidup Wati seakan memberikan pengharapan itu. Mungkin Man tak sedar tetapi setiap kali Man berhujah, tempiasnya akan kena pada Wati dan bila Wati balik fikirkan ia ada kebenarannya. Wati percaya apa yang Wati percaya tetapi Man banyak mengubah kepercayaan yang Wati pegang selama ni. ”

Wati terus bercerita akan pelbagai pengalaman gelap yang telah dilalui dan aku hanya mendengar, sesekali mengangguk dan menyahut tanda aku faham. Istigfar dalam hatiku berterusan selari dengan setiap nafasku. Surah Kursi kubaca berkali-kali di sepanjang penceritaannya itu.



Aku akhirnya diselamatkan oleh loceng apartment yang berbunyi. Wati terdiam, aku terpaku. Aku seorang lelaki berada dalam rumah perempuan, Wati memakai seluar pendek dengan T-shirt tanpa baju dalam. Tanpa aku sedari jam dah menunjukkan pukul 11:37 minit malam. Pintu pula berkunci. Nampaknya keadaan ini boleh menimbulkan keraguan detik hatiku. Untunglah aku berpakaian lengkap.

Loceng dibunyikan sekali lagi. Wati mengesat airmatanya bangun masuk ke bilik mengambil kunci lantas membuka pintu. Matanya masih kemerah-merahan. Dia kelihatan berserabut. Aku masih duduk di sofa dalam keadaan bingung. Pintu dibuka dan tiga orang gadis masuk. Azzura, Sarimah dan Norli housemates Wati. Di tangan mereka penuh dengan barang-barang yang dibeli dari pasaraya Supersavers.

“ Eh! Man ! Apa kau buat sini ? ” Azzura menegurku. Norli dan Sarimah, dua gadis bertudung itu kelihatan terpinga-pinga seakan kelu tak tahu apa yang hendak dilafazkan melihatkan Wati dalam keadaan demikian.

“ Wati ajak datang tadi. Ada discussion sikit ”, helahku walhal tak ada buku pun di atas meja malah kami bukan dalam jurusan yang sama.

“ Man minta diri dulu, dah lewat sangat ni. ” Aku bingkas bangun lalu melangkah menuju ke arah pintu.

“ Assalamualaikum...”

“ Waalaikumussalam... ” Sahut Azzura.

Wati hanya diam langsung tak bersuara sejak dari tadi.

Dalam perjalanan pulang fikiranku tak berhenti-henti berputar memikirkan peristiwa tadi. Perutku yang berbunyi menggerakkan aku untuk singgah di Valentino’s Pizza. Aku pesan Plain Cheese Pizza kecil dengan Air Pepsi untuk dibawa pulang.

Setelah siap aku hanya duduk di dalam kereta berseorangan di tempat parking Restoran itu sambil menjamah pizza tersebut untuk meredakan kelaparanku. Salji masih lagi turun di tengah malam yang semakin larut.

Fikiranku kembali menyorot peristiwa tadi...

Nampaknya sekali lagi aku diduga dengan dugaan yang sebegini besar. Dugaan kepada manusia ini ada dimana-mana dan kita tak akan dapat lari darinya. Lagipun dugaan Allah ini pada hakikatnya hanyalah bertujuan untuk menguji keimanan makhlukNya. Kali ini aku diduga dengan makhluk bernama perempuan. Ramai kenalanku yang kecundang bila berhadapan dengan dugaan ini. Malah ada yang kecundang itu merupakan mereka-mereka yang selalu ke masjid. Mungkin pada pandanganku mereka jarang berhadapan dengan makhluk perempuan ini.

Mungkin juga pengalaman laluku banyak membantu menangani keadaan yang sebegini atau mungkin juga pengisian keislaman selama hari ini merupakan penghalang tetapi bagi aku apa yang pasti keimanan seseorang atas rasa takutnya pada Allah merupakan pertahanan yang paling jitu.

Makhluk bernama manusia sebenarnya hanyalah mamalia yang diberi akal fikiran untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk, Andai Allah tak berikan manusia akal maka kita akan hidup bagai binatang yang hanya mengikut naluri.

Aku bersimpati dan terasa bersalah pada Wati atas apa yang berlaku. Aku bukanlah seorang yang boleh membaca hati manusia, aku tak tahu apa yang dia fikirkan. Pada aku perhubungan aku dengannya hanya sebagai kawan. Tak lebih dari itu. Meskipun Zila dan Wati mempunyai rupa yang sama sekalipun ia merupakan satu misteri alam kenapa hati aku tertarik kepada Zila tetapi tidak kepada Wati. Orang putih memanggil misteri ini “chemical bond”. Sukar untuk aku jelaskan pada Wati tadi kerana aku takut ia akan mengundang masalah yang lebih dalam.

Mungkin rupa yang elok Allah kurniakan padaku ini juga merupakan satu dugaan yang besar. Walaupun ia baik kerana memudahkan aku dalam berhubungan dan membentuk kemesraan pada kadar yang cepat tetapi ia ada kelemahannya yang tersendiri. Masalahnya ia mudah menarik minat ramai orang. Ada yang minat pada lesung pipitku, ada yang minat pada kulitku, ada yang minat pada mataku dan sebagainya walhal aku sama sahaja dengan orang yang lain kerana kemuliaan seseorang terletak pada ketakwaannya pada Allah dan bukan kepada rupanya, kulitnya, kekayaannya mahupun perkara-perkara yang lainnya.

Mungkin rupa inilah yang menyebabkan di awal semester baru lalu seorang gadis Chicano dari Mexico pelajar sekuliahku tanpa segan silu mengajak aku menjalin perhubungan intim dengannya.

“ Azman, I find you very attractive, would you like to come over to my place and let me do you ? I ‘ve never taste an Asian before.” Pintanya selamba.

Setiap kali aku akan menolak pelawaannya dengan baik dengan memberinya pelbagai alasan dan kali terakhir aku menolak dengan mengatakan yang aku merupakan seorang muslim yang tidak dibenarkan berbuat demikian. Akhirnya barulah dia mengalah.

Teringat pula kepada tazkirah guruku dulu, katanya;

Ingatlah, musuh sebenar kita adalah diri kita sendiri. Jika ada orang yang merasakan ada musuh yang lebih merbahaya selain dirinya sendiri, maka dia sebenarnya adalah orang yang belum kenal pada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak kenal akan dirinya sendiri, sesungguhnya dia belum kenal Allah. Sesiapa yang tidak kenal Allah, maka dia akan berbuat sesuka hati yang mana kelak akan menghancurkan dirinya sendiri.

Kerana itulah ada hadith yang menceritakan akan nasihat Nabi Muhammad S.A.W. kepada para sahabat R.A. ketika pulang dari medan perang menentang orang kafir ;

“ Ada perang yang lebih besar lagi. ”

Para sahabat terkejut kerana mereka baru pulang dari perang yang dahsyat. Lalu Nabi S.A.W. menjelaskan perang yang besar itu adalah peperangan menentang nafsu.. yang ada dalam diri kita sendiri.

Sebenarnya, peperangan menentang nafsu kita sendiri adalah jauh lebih merbahaya dan dahsyat daripada peperangan menentang musuh Islam yang lain. Kerana, jika kita berperang dengan orang kafir laknatullah, sekiranya kita kalah lalu dibunuh, dan anggota badan dikerat serta mata dicungkil misalnya, kita tetap beruntung sebab mati dalam keadaan syahid dan layak dapat masuk Syurga Allah tanpa hisab.

Kemudian, jika dalam peperangan tersebut kita menang, maka kita akan memperoleh harta rampasan perang pihak musuh.

Namun, dalam peperangan menentang nafsu kita sendiri, jika kita menang lawan nafsu kita hari ini, belum tentu masuk Syurga sebab mungkin kita masih hidup besok, esok datang ujian yang lain pula. Hari ini kita menang besok belum tentu..

Jadi perang menentang nafsu lebih bahaya kerana, menang belum tentu, kalah masuk Neraka, sedangkan peperangan menentang orang kafir, menang dapat harta ghanimah, kalah dapat masuk Syurga..

Tazkirah guruku yang penuh hikmah itu seakan terukir dalam benakku dan ia akan keluar bila ada keperluan yang memanggil sepertimana saat ini.

Apapun pada malam ini aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Taala kerana dengan izinNya aku berjaya memenangi peperangan malam ini. Pada saat ini aku rasakan bagai seorang gladiator yang telah menang mengalahkan musuh yang ramai mengangkat pedang berada di atas pentas di Colesseum.

Kadang-kadang aku rasa aku tak sesuai berada di negara ini. Negara Amerika ini sesuai untuk orang duniawi yang sukakan keseronokan dunia dan segala macam isinya. Masalahnya mungkin penampilanku ini tidak mencerminkan isihatiku yang sebenar, oleh itu aku sering disalah anggap.

Buat masa ini aku belum memikirkan apakah tindakan aku selanjutnya dalam menangani hal ini. Apapun aku rasa kejadian ini perlu aku rahsiakan kerana ia sesuatu yang mengaibkan. Sebagai seorang Islam aku yakin aku tak boleh membuka keaiban orang lain.



Pizza keju yang masih panas itu aku nikmati sendirian dalam kereta yang diletakkan di hadapan Restoran Valentino’s di musim bersalji ini dengan hati yang lapang...

Ikhlas dari,
                    
Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.