28 September 2011

Kebaikan IPO MITI


Alhamdulillah.. semalam FY sudah hantarkan surat-surat permohonan para pelabur Gas Malaysia di MITI bagi mereka yang memohon melalui Persatuan Remisier Bumiputera atau PRIBUMI yang berjumlah seribu lebih semuanya.

Nampaknya kali ini lebih ramai yang tahu  dan sedar akan pelaburan melalui IPO MITI dan ini bagi FY adalah satu perkembangan yang memberansangkan bagi tujuan meningkatkan ekuiti Bumiputera. Ini kerana buat pertama kalinya FY nampak ramai yang datang dan menghantar permohonan mereka di sana. 

Terus terang ramai pelabur IPO MITI ini yang mendapat manfaat keuntungan darinya semenjak penghujung tahun lalu. FY berkata demikian kerana FY melihat sendiri pelabur-pelabur pelanggan FY yang untung beribu hingga beratus ringgit melalui pelaburan dalam IPO MITI ini. Harapan FY semoga mereka menggunakan duit keuntungan ini dengan penuh berhemah dan untuk tujuan yang baik. InsyaAllah.

Kalau terdapat lebih 5000 permohonan untuk Bumi Armada namun kali ini FY rasakan mungkin lebih 7000 permohonan yang mereka terima. Ia jelas menunjukkan yang Gas Malaysia ini merupakan satu syarikat yang kukuh dan meyakinkan. Setakat ini sambutan satu lagi syarikat SIRIJAYA Holdings masih perlahan. Dalam hal ini kita kenalah tahu membuat penilaian akan kaunter mana yang baik dan mana yang tidak. Itu amat penting.

Cuma FY kasihan pada pihak MITI khususnya Seksyen Pembangunan Bumiputera yang terpaksa memproses permohonan yang sebanyak itu sedangkan mereka cuma ada jumlah kakitangan yang terhad. Tabik FY buat mereka. Ini kerana mereka bukanlah Malaysian Issuing House mahupun MIDF yang mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk tujuan pengagihan saham-saham ini. FY yakin banyak ganjaran dari Allah Taala buat kakitangan MITI atas ibadah mereka membantu dalam pembangunan ekonomi ummah ini.

Sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang memberi manfaat kepada yang ramai. Itu FY pasti. Ganjarannya pula tak semestinya berbentuk kewangan namun ia boleh datang dari banyak segi. Taufik dan hidayah, keimanan, ketenangan, kebahagiaan, anak yang soleh dan sebagainya juga termasuk dalam ganjaran dari Allah Taala ini.


Berbeza dengan permohonan-permohonan yang lalu kali ini pihak MITI meminta salinan kad pengenalan, akaun CDS dan penyata bank 3 bulan yang disahkan. Oleh itu FY sarankan para pelabur IPO MITI ini menyediakan salinan kad pengenalan banyak-banyak juga membuka akaun CDS terlebih dahulu sebagai persediaan awal untuk memohon IPO-IPO yang akan datang.

Apapun surat tawaran MITI akan keluar antara 2 hingga 3 minggu lagi. Sebelum ini tawaran saham tidak diberikan secara pro rata berdasarkan jumlah permohonan tetapi secara pukul rata. Mungkin dapatlah seorang sedikit bagi permohonan yang berjaya walaupun kepada mereka memohon dengan banyak. 

Jadi kepada sesiapa yang memohon, semoga anda berjaya mendapatkannya dan satu lagi doalah agar pasaran baik bila ia disenaraikan kelak. Amin.

Sekian dulu.

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

16 September 2011

Soal Jawab Mengenai IPO MITI


1.       Bagaimana nak memohon IPO dari MITI?
Bagi Alamat emel kepada FY, FY akan hantar dokumen yang diperlukan. Lengkapkan dan hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan yang diperlukan.

2.       Untuk permohonan individu, borang individu tidak mempunyai ruang untuk memilih IPO, jadi macam mana Miti nak tahu IPO yang kita ingin melabur?
Kita perlu hantarkan cover letter yang mengatakan berapa banyak yang ingin dipohon dan saham mana yang dipohon.

3.       Adakah borang permohonan yang di download diakui terima oleh MITI?
Borang permohonan yang di download mahupun di photocopy juga diakui dan boleh diterima.

4.       Di peringkat mana yang akan diberitahu berjaya atau tidak oleh MITI?
Dalam masa 2 atau 3 minggu selepas mereka akan proses dan akan memberitahu melalui email, fax dan kepada pihak PRIBUMI akan permohonan yang berjaya.

5.       Kalau dah buat permohonan individu MITI, masihkah boleh buat permohonan melalui form biasa / IPO Public?
Boleh. Itu tak menjadi masalah.

6.       Bagaimanakah MITI membuat pengagihan saham, adakah melalui balloting?
Tidak. Ia berdasarkan kedudukan kewangan dan beberapa kriteria lain yang mereka tetapkan. Selalunya andaikata pemohon punya kedudukan kewangan yang kukuh kebarangkalian untuk berjaya amat tinggi.

7.       Adakah permohonan melalui MITI ni sama macam mohon melalui bank lain seperti Maybank, Ambank etc?
Tidak. Itu untuk IPO Public. Kita perlu hantar surat permohonan untuk dipertimbangkan oleh pihak MITI.

8.       Untuk bukti penyata, dapatkah saya guna statement ASB wife saya?
Kalau guna penyata Isteri, kenalah apply pakai nama dia.

9.       Perlukah saya register dengan MITI untuk apply IPO nie?
Tak perlu.

10.   Bagaimana prospek saham ni sewaktu hari pertama penyenaraian, adakah sama seperti Armada dan MSM?
Menurut OSK harga sasarannya ialah 3.58 dan FY ada juga dengar Maybank menyasarkan RM3.20. Apapun FY yakin ada premium walaupun dalam pasaran yang lembab dewasa ini memandangkan Gas Malaysia adalah satu syarikat yang kukuh.

11.   Saya ada CDS account dari CIMB, boleh ke apply menggunakan CDS ni dan monitor online?
Boleh. Tapi kalau boleh bukalah akaun dengan FY di Kenanga. Kenanga pun ada online facilities. Lagipun FY boleh ajarkan kaedah bagaimana mendapat keuntungan melabur di pasaran terbuka nanti.

12.   Bagaimana dengan loan?
Sebenarnya pihak MITI tidak menggalakkanya kerana ia akan menggagalkan motif meningkatkan ekuiti Bumiputera namun ia boleh dilakukan selepas surat tawaran diterima. Pihak PRIBUMI juga boleh membantu dalam hal ini. Loan selalunya antara 70 hingga 85%.

13.   Bagaimanakah PRIBUMI membantu?
PRIBUMI akan membantu dari proses mula dokumentasi hingga akhir iaitu sampai ke tahap pembayaran saham tersebut kepada pihak Bank Penasihat mahupun penjualannya nanti.

14.   Macam dalam blog saudara, kalau saya pakai PRIBUMI punya broker. Adakah saya dapat buat transaksi/monitor online?
PRIBUMI adalah satu persatuan tuan. FY attached dengan Kenanga Investment Bank Berhad. Kenanga ada online facilities.

15.   Betul ke caj yang dikenakan PRIBUMI hanya 1 sen seunit? Saya dengar ada yang mengenakan 3 sen, 6 sen malah 10 sen seunit. Ada caj lain selain dari itu dan bilakah saya perlu membayarnya?
Itu betul. 1 sen seunit bersih tertakluk kepada minima RM100.00. Pembayaran perlu dibuat semasa surat tawaran MITI diterima pihak tuan.

Sekian dulu.
FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

13 September 2011

Berita Terkini Gas Malaysia


Gas Malaysia bakal bayar dividen besar
Oleh Ahmad Farizal Hajat

2011/09/12

MMC Corp jamin pelabur nikmati 75 peratus keuntungan tahun kedua penyenaraian

PEMEGANG saham Gas Malaysia Bhd bakal menikmati pulangan lumayan kerana pengedar dan peruncit gas asli terbesar Malaysia itu bakal mengagihkan 100 peratus keuntungan bersihnya sebagai dividen pada tahun pertama penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia yang dijadualkan Disember ini.

Syarikat induknya, MMC Corp Bhd, turut memberi jaminan bahawa pada tahun kedua pula, dividen yang bakal diagihkan GAS Malaysia kepada pemegang sahamnya ialah 75 peratus daripada keuntungan bersihnya.
Pengarah Urusan MMC Corp, Datuk Hasni Harun, berkata penetapan kadar dividen dalam tempoh dua tahun itu bertujuan memberi ganjaran terhadap kesetiaan pemegang saham syarikat itu.
Penetapan kadar dividen untuk tempoh dua tahun pertama itu adalah bagi memberikan ganjaran pemegang saham yang setia selama bertahun-tahun dengan Gas Malaysia.

Insya-Allah, ia akan diteruskan selepas tahun berikutnya (bergantung kepada prestasi syarikat), katanya kepada Berita Harian dan Business Times dalam temu bual bersempena dengan 100 tahun penubuhan MMC Corp di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MMC Corp Bhd, syarikat yang dikuasai usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pada 16 Ogos lalu, mengumumkan penyenaraian Gas Malaysia itu bakal membabitkan tawaran awal permulaan (IPO) 333.84 juta saham atau 26 peratus daripada modal saham berbayar dan terbitannya.

Daripada 333.84 juta saham itu, 303.498 juta akan diperuntukkan untuk langganan pelabur institusi, dengan 147.678 juta untuk institusi terpilih Bumiputera dan pelabur terpilih yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); dan 155.820 juta untuk pelabur institusi terpilih tempatan.
Sebanyak 30.342 juta saham pula akan ditawarkan kepada pelabur runcit, dengan 12.84 juta adalah untuk langganan awam Bumiputera, manakala 12.84 juta lagi untuk bukan Bumiputera.

Baki 4.662 juta lagi dikhususkan untuk langganan kakitangan dan pengarah syarikat itu yang layak.

Berikutan Gas Malaysia tidak akan menerbitkan saham baru bagi IPO itu, MMC dan rakan kongsinya dalam syarikat itu akan menawarkan saham dalam beberapa bahagian bersandarkan kepada jumlah kepentingan masing-masing.

Ketika ini, MMC menguasai 41.8 peratus kepentingan dalam Gas Malaysia dengan bakinya dipegang Petronas Gas Bhd (20 peratus), Tokyo Gas-Mitsui & Co (25 peratus) dan selebihnya oleh Shapadu Holdings.

Mengenai kemajuan penyenaraian Gas Malaysia, Hasni berkata, kumpulan itu sudah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Sekuriti bagi cadangan IPO itu, dan ia sedang menunggu kelulusan.

Gas Malaysia kini berada dalam landasan untuk disenaraikan dan jika tiada masalah, ia akan dilakukan Disember ini.

Penyenaraiannya adalah sebagai sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan lagi nilai, selain membantu mengurangkan paras hutang kumpulan.

Bersandarkan kepada kedudukan kewangan yang kukuh serta dengan kadar hutang sifar, selain prospek peningkatan penggunaan komoditi itu di kalangan pelbagai peringkat pengguna, khususnya pelanggan industri, MMC yakin IPO Gas Malaysia kelak akan mendapat sambutan baik, katanya.

Difahamkan, Gas Malaysia, kini mempunyai 400 pelanggan industri baru dalam senarai menunggu untuk mengguna produknya.

Penganalisis ketika dihubungi yakin, apabila disenaraikan kelak, saham Gas Malaysia mudah menarik minat pelabur institusi tempatan dan asing bersandarkan prospek kestabilan perniagaan syarikat itu, selain turut memiliki aliran tunai positif dan margin kukuh sentiasa terpelihara.

"Boleh disifatkan permintaan terhadap gas tidak terjejas walaupun dalam persekitaran ekonomi tidak menentu atau kemelesetan," katanya.


BERITA HARIAN ONLINE

' style='padding: 0; border: none;'/>

10 September 2011

LANGKAH-LANGKAH MEMOHON IPO MITI

Salam Sejahtera.

Disebabkan ramai yang bertanya pelbagai soalan jadi FY mengambil keputusan untuk menulis maklumat-maklumat penting berdasarkan soalan-soalan lazim yang ditanya kepada FY itu.

Apakah Langkah-Langkah Permohonan Peruntukan Saham Khas Bumiputera di MITI.


Saham IPO yang ditawarkan di MITI diperuntukkan khas buat para pelabur bumiputera baik individu mahupun institusi.

Pertama anda perlu mendaftar sebagai pelabur di MITI. Anda cuma perlu layari laman web - www.sahamonline.miti.gov.my

Isikan semua biodata yang diperlukan termasuklah no akaun CDS anda.

Setelah siap apabila ada tawaran saham IPO di MITI maka bolehlah anda memohonnya secara online dalam laman web yang sama.

Setelah memohon anda perlu mencetak borang permohonan tersebut dan menyediakan segala dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, salinan bukti kewangan yang disahkan dan sebagainya. Setelah siap anda perlu menghantarnya ke pejabat MITI.

Selalunya pihak MITI akan memaparkan dua tarikh penting.

  • Tarikh akhir permohonan secara online adalah tarikh untuk anda memohon saham IPO tersebut secara online.
  • Tarikh akhir penghantaran dokumen adalah tarikh untuk anda menyiap dan menghantar segala dokumen permohonan ke MITI.
Pihak MITI akan menjalankan saringan bagi menentukan siapa yang berjaya dan siapa yang gagal. Proses ini akan mengambil masa antara seminggu hingga ke sebulan.

Setelah siap, keputusan akan dikeluarkan pihak MITI dan anda boleh melayari laman web yang sama untuk melihat samaada anda berjaya atau tidak.

Lebih lanjut jemputlah ke kelas atau seminar saham FZTH bersama FY.

Sekian dulu.

FY Al Haj
0166667430

JADUAL TERKINI FY

KELAS LIVE TRADING PERSONAL COACHING

KELAS LIVE TRADING PC diadakan di The Curve, Mutiara Damansara dari jam 9 pagi hingga 5:30 petang pada hari bekerja.

Berminat hubungi Ramzie 0173730513 untuk menempah tempat dan tarikh yang bersesuaian dengan anda.

SEMINAR SAHAM FROM ZERO TO HERO

2 hari seminar yang mana anda akan belajar semua sekali berkenaan pelaburan di Bursa Malaysia jadi tak perlu ke kelas dan seminar tambahan lagi.

Seminar FZTH seterusnya :

SEMINAR SAHAM FROM ZERO TO HERO (FZTH)

*OKTOBER*

*FZTH BANGI*
TARIKH : 26 & 27 OKTOBER 2019
di DEWAN DATO MOHD FADZILAH KAMSAH (DIFKA)
SEKSYEN 7, BANGI

MASA : 9 pagi - 6 ptg
Yuran masih RM1490 untuk seminar lengkap 2 hari.

Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk tujuan pendaftaran.

Atau hubungi kami via Wasap!

http://personalcoachingsaham.wasap.my/
http://ebooksaham.wasap.my/
http://seminarsaham.wasap.my/
http://videosaham.wasap.my/

PERIHAL SEMINAR FROM ZERO TO HERO
Seminar From Zero to Hero ini adalah seminar 2 hari dengan pengisian saham yang lengkap yang mana anda boleh menjadi Investor yang berhemah dan Trader yang bijak bila pulang dari seminar tersebut.

Ia sesuai untuk pelabur zero mahupun yang berpengalaman.

Memggabung 3 segmen
⁃ Basic - Seminar Basic Super Investors
⁃ Intermediate - Woksyop Technical Analysis
⁃ Advance - Personal Coaching

Anda akan belajar dengan FY @ Faizal Yusup satu satunya remisier yang menjadi speaker Suruhanjaya Sekuriti bersama
Zuhri Zain MSTA bagi pengisian Analisa Teknikal.

Sila bawa lap top dan kalau boleh bawa broadband sekali kerana dikhuatiri wifi hotel perlahan.

Jumlah peserta terhad kepada 50 orang sahaja.

Anda juga akan mendapat ;
secara percuma
⁃ Kit program
⁃ Khidmat nasihat FY seumur hidup
⁃ Group WhatsApp Ekslusif SuperTrader
⁃ Tip tip pelaburan saham
⁃ Pembukaan akaun CDS, Trading dan Online percuma. Anda perlu membawa ic dan penyata bank bagi tujuan ini.
⁃ 3 Ebook percuma.

Semua ini dengan harga promosi RM1490.00 sahaja. Seminar FZTH dua hari ini sudah memadai untuk menjadikan anda hero dalam pasaran saham Bursa Malaysia.

Jangan tunggu lagi daftar secepat mungkin kerana ditakuti tempat duduk penuh.

Bayar yuran anda ke akaun Maybank
ADVANCE FORWARD TRAINING AND CONSULTANTS

*505103405396*

WhatsAppkan bukti pembayaran kepada Puan Azila 0166641755 bagi menempah tempat duduk anda kerana tempat adalah terhad!

Atau

Hubungi terus Puan Azila Ismail 0166641755 untuk mendaftar.

#################

Apa lagi? Kosongkan jadual anda dan ajak keluarga, kawan-kawan, saudara mara semua datang!

WhatsApp 0166667430 kalau nak masuk group saham FY!

  • ·         Surat Tawaran MITI akan keluar dalam 2 hingga 3 minggu.
  • ·         Di dalamnya terdiri daripada – Surat Tawaran, Surat Akuterima, Borang Alottee dan Maklumat Pembayaran.
  • ·         Lengkapkan borang-borang tersebut, masukkan no CDS ( Kalau belum ada CDS boleh buka dengan FY), buat bank draf atau TT pembayaran kepada Bank penasihat tersebut. FY boleh membantu dalam hal ini.
  • ·         Sehari sebelum syarikat itu disenaraikan saham akan dimasukkan ke dalam CDS.
  • ·         Saham disenaraikan dan boleh dijual.

FY akan bantu semua langkah ini hingga saham itu dijual kelak.

Tandakan untuk diambil oleh wakil dalam borang tersebut.


Bagi pegawai kerajaan - Satu surat kebenaran daripada ketua jabatan diperlukan.


Kalau borang itu sudah siap diisi nanti hantarkan kembali pada FY di alamat di bawah kalau mahu membelinya melalui FY / Pribumi pada atau sebelum 26 September 2011.

Minima permohonan ialah 1000 unit dan berdasarkan gandaan 1000 units tersebut. Dalam hal Gas Malaysia 1000 unit ialah RM2,200.00. Namun demikian anda tetap kena bayar caj minima RM100.00 kepada pihak PRIBUMI.

Pembayaran saham dibuat samaada melalui Bank Draf atau TT kepada Bank Penasihat dan bukannya kepada pihak MITI.

2.      Bagaimanakah saham itu ditawarkan oleh pihak MITI
·         Permohonan akan ditimbang dan diluluskan oleh panel committee di MITI. ( Bukan melalui undian.)
·         Tawaran pihak MITI ini akan bergantung kepada kedudukan kewangan pemohon. Oleh itu tunjukkanlah bukti kewangan yang kukuh baik dalam akaun Bank, ASB, tabung Haji dan sebagainya. Oleh itu pohonlah jumlah saham di dalam lingkungan kemampuan kewangan anda.
·         Banyak mana tawaran juga bergantung kepada pihak MITI sebagai contoh ;
Maksima 17300 unit saham  ditawarkan kepada Inidividu bagi saham MSM, 90,000 unit saham untuk Bumi Armada. Ia akan bergantung kepada peruntukan yang ada dan diberikan sama rata tak kiralah walaupun individu itu memohon 5 juta saham sekalipun.

Oleh itu pastikan dokumen lengkap dan disahkan benar, Borang profil diisi dengan betul, bukti kewangan mencukupi dan disahkan agar tiada sebab permohonan anda ditolak.


  1. 3.      Kalau nak apply loan bagaimana?

  • ·         Walaupun ia tidak digalakkan oleh pihak MITI kerana ia akan mengagalkan objektif meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam Pasaran saham namun ia boleh dilakukan. Kita kena appy loan selepas tawaran MITI diberikan dan bukannya sebelum.
  • ·         Kenanga mahupun broker lain memberikan Loan antara 70 hingga 85% berdasarkan analisa terhadap saham tersebut. Interest yang dikenakan sekitar 9% setahun.
·         Ini juga FY boleh bantu.


  1. 4.      Saya dah ada akaun CDS, bolehkah saya buka akaun CDS lagi dengan FY?

  • ·         Kita sebenarnya boleh buka seberapa banyak akaun CDS asalkan dengan broker yang berbeza.


  1. 5.      Apa kelebihan buka akaun dengan FY.

  • ·         FY boleh kemaskini info terkini mengenai saham MITI dan sebagainya.
  • ·         FY boleh bagi tip saham yang baik untuk tujuan pelaburan di pasaran terbuka.
  • ·         FY boleh bagi tutoring untuk anda menjadi pelabur yang bijak.
  • ·         FY mudah dihubungi di alam maya baik melalui Facebook, Blog, Twitter, Carigold Forum dan sebagainya andai ada sebarang soalan mengenai pelaburan.
  • ·         FY juga ada menjalankan seminar saham yang boleh diikuti.
  • ·         Dan lain-lain lagi.
Terus terang melabur saham tanpa ilmu akan hanya merugikan anda. Percayalah.

6.      Cara untuk membuka akaun CDS,
·         Kita perlukan salinan kad pengenalan (Muka depan dan belakang.)
·         Kita perlukan RM10.00 untuk membuka akaun CDS ( Central Depository System ) dengan Bursa Malaysia.
·         Buka akaun trading dengan syarikat broker / remisier yang terlibat.
·         Salinan muka depan buku akaun bank.

Berikan nama penuh, alamat dan no HP, FY akan hantarkan dokumennya melalui courier atau datang sendiri ke pejabat FY seperti alamat di bawah.

Sekiranya anda blacklist dengan bank tetapi bukan defaulter dengan Bursa Malaysia maka akaun CDS masih boleh dibuka.

7.      Pasaran global tak baik sekarang, adakah saham IPO MITI ini akan menguntungkan?
·     Ia akan bergantung kepada saham IPO tersebut. Saham yang baik seperti Gas Malaysia FY yakin akan menguntungkan. Ini kerana permintaannya yang lebih banyak daripada apa yang ditawarkan malah OSK Research House mensasarkan RM3.58 untuk saham tersebut.

Sekian dulu buat kali ini.

Ikhlas,

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Smart Invest Roadshow anjuran Securities Commission

PS – Seminar Saham Super Investors yang seterusnya akan diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada hari Sabtu 26 Mac 2016 ini. Keterangan lanjut di www.seminarsaham.com.my

PSS – InsyaAllah FY akan ke menjalankan seminar lengkap basic dan advance di Kota Bahru, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Pulau Pinang dalam tahun 2016 ini supaya pelabur di luar sana tak perlu datang belajar personal coaching bersama FY di Kuala Lumpur.

PERKHIDMATAN KAMI

Buka Akaun CDS, CDS Islamic dan Trading
Sediakan photocopy IC dan Penyata Bank boleh datang ke pejabat atau melalui pos. Berikan nama penuh, alamat dan no hp ke talian 019 3346570 untuk urusan melalui pos.

Khidmat Nasihat Pelaburan Saham
Remisier dan dealer dalam team FY sentiasa berada di pejabat setiap hari bersedia untuk membantu anda baik untuk menjalankan urusniaga pelaburan mahupun bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat pelaburan saham.

Personal Coaching Pelaburan Saham
Personal Coaching live bersama FY, kelas FY dibuka SETIAP HARI waktu bekerja di The Curve, Mutiara Damansara. Dalam seminar ini pemilihan saham kaedah terkini IMANTAP serta TIMING yang betul akan dikongsikan. Inilah satu-satunya kelas personal coaching saham yang dibuka setiap hari waktu bekerja di negara ini.

Selepas kelas ini kami JAMIN anda akan boleh menjalankan urusniaga jual beli saham dengan penuh keyakinan tanpa keraguan lagi. Kalau anda masih buta dan tak yakin melabur walaupun telah membaca 1001 buku saham atau telah menyertai 1001 seminar saham maka datanglah ke kelas personal coaching ini. Percayalah mata ada akan celik dan keyakinan melabur akan menjadi milik anda selepas kelas ini nanti! Itu FY janji!

Anda cuma perlu menghubungi pihak kami bagi menempah slot anda.

Sesi Personal Coaching bersama FY diadakan pada ;


SETIAP HARI WAKTU BEKERJA
Jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang

di Pejabat kami ;
Kenanga Investment Bank Berhad
240 Tingkat 2, The Curve
Mutiara Damansara

Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang 
berpengalaman.
Lunch disediakan.
Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.
Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

Jemputlah datang! Ia pasti berbaloi dan bakal menjadikan anda seorang pelaburyang bijak dan berhemah.


Group FY di FB dan WhatsApp

Pelabur yang membuka akaun dengan FY di Kenanga Investment Bank akan dapat menjadi ahli Group FY di WhatsApp dimana forum pelaburan dijalankan setiap hari.

Woksyop Analisa Teknikal
Seminar untuk Trader jangkamasa pendek yang ingin buat duit setiap hari di Bursa Malaysia dengan kaedah Analisa Teknikal. Meramal pergerakan harga saham dengan menganalisa carta pergerakan harga menggunakan indikator-indikator pasaran. Diadakan dari masa ke semasa. Nantikan pengumuman tarikhnya dalam blog ini.


Seminar Saham Super Investors
Seminar basic overview pelaburan saham yang lengkap. Dari pelaburan Primary Market kepada Secondary Market. Dengan pelbagai pencerahan, analisa, startegi, rahsia-rahsia dan banyak lagi bagi membuka horizon memulakan portfolio pelaburan di Bursa Malaysia.

Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendapatkan kandungan seminar mahupun keterangan lanjut.



Ebook Investlah Percuma
Dapatkan ebook Investlah bernilai RM100.00 setebal 134 ms secara percuma bila anda menghubungi pihak kami.


Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO Awam
Harga Promosi cuma RM60.00 sahaja.



Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO di MITI
Harga Promosi cuma RM50.00 sahaja.


HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan Mengenai Seminar Saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham 
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham 
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader
    FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
    ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
    SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.



    ' style='padding: 0; border: none;'/>