PERBEZAAN ANTARA TRADER DAN INVESTOR
Sebenarnya terdapat pelbagai strategi yang boleh digunakan untuk melabur dalam pasaran saham. Ia juga bergantung kepada banyak aspek. Salah satunya ialah jangkamasa pelaburan. Ada yang menggunakan kaedah “scalping” untuk menjana keuntungan dalam jangkamasa yang sangat pendek. Mereka ini merupakan day trader atau trader kontra yang menjalankan transaksi saham kontra dalam jangkamasa 3 hari. Namun ada juga trader yang jangkamasanya pelaburannya mungkin hingga 3 bulan dan ada juga pelabur atau investor yang jangkamasa pelaburannya ialah 3 bulan ke atas.
Namun dalam aspek ini juga ada yang tak tahu langsung apakah strategi yang mahu mereka gunapakai dalam menjalankan pelaburan mereka. Dalam ertikata lain main ikut kata hati atau melabur dalam keadaan buta. Tanpa ilmu, tanpa pengetahuan yang mana akhirnya membawa kepada kerugian. Duit susah untuk dicari namun kenapa begitu mudah ia dibuang begitu sahaja?
Oleh itu, dalam bab ini FY ingin menerangkan mengenai perbezaan antara Trader dan Investor ini secara ringkas.
Jangkamasa Pelaburan
Bagi seorang Trader jangkamasa pelaburan mereka pendek. Mereka hanya membeli saham untuk dijual mungkin pada hari yang sama mahupun dalam tempoh kontra iaitu 3 hari bekerja dengan harapan mereka dapat buat keuntungan atas angin. Pada FY paling lamapun mereka menyimpannya untuk jangkamasa sehingga 3 bulan.
Bagi seorang Investor pula jangkamasa pelaburan mereka lebih lama. Ia adalah 3 bulan ke atas. Ini kerana mereka selalunya menunggu sehingga penyata kewangan keluar iaitu setiap 3 bulan. Jadi dari penyata inilah mereka membuat keputusan samaada untuk terus menyimpan saham tersebut atau menjualnya. Kalau penyata kewangan itu menujukkan keuntungan yang baik maka ia menunjukkan yang syarikat itu bagus jadi mereka akan menyimpan saham-saham ini untuk satu jangkamasa yang lebih lama lagi.
Strategi Pelaburan
Bagi trader, strategi kebiasaannya ialah buy high sell even higher. Mereka membeli dengan menggunakan analisa teknikal menggunakan carta dan selalunya membeli pada masa harga saham itu menunjukkan yang ia akan “breakout.”
Bagi Investor pula setelah membuat analisa asas, analisa kewangan dan pelbagai analisa yang lain akan saham yang akan dibeli, mereka akan sabar menanti bilamana harga saham itu jatuh. Mereka menggunakan kaedah buy low, sell high. Mereka ini selalunya mengunakan kaedah membeli at “support” iaitu bilamana harga saham yang ingin dibeli itu berada dalam keadaan oversold atau terlebih jual. Kaedah ini sebenarnya jauh lebih selamat dan bakal membawa keuntungan dalam jangkamasa panjang.
Dari sudut risiko pula, risikonya adalah lebih tinggi bagi seorang yang menggunakan strategi trader kalau dibandingkan dengan mereka yang menggunakan strategi investor. High risk high return kata orang namun demikian high risk high loss juga perlu kita letakkan dalam fikiran.
Apapun tepuk dada tanya selera. Bagi kebanyakan kita sebagai manusia. Kita punya fitrah yang tak sabar. Jadi kita mahukan keuntungan yang cepat, keuntungan yang banyak dengan modal yang kecil dan sebagainya. Namun hakikatnya strategi ini lebih tinggi kebarangkaliannya untuk kita rugi daripada untung. FY telah berada dalam pasaran saham ini cukup lama untuk memahami apatah lagi menyampaikan pesanan sepatah dua kata kepada anda.
Andai anda ingin menjadi seorang trader, saranan FY carilah ilmunya, belajar dari mentor yang betul, dapatkan pengalaman, buat back testing beratus kali bagi mendapatkan setting yang betul untuk digunapakai kerana permainan ini buka untuk newbie, beginner mahupun amatur kerana ia merupakan mainan trader-trader yang expert.
Kemudian dewasa ini ada pula golongan PDT. Golongan Trader Intraday yang membeli dan menjual atau menjual dahulu dan membeli kemudian pada hari yang sama. Itu cerita lain.
Apapun ada lagi beberapa faktor yang membezakan antara Trader dan Investor ini contohnya bagaimanakah mereka memilih kaunter dan sebagainya tapi untuk mengetahuinya datanglah ke seminar Super Investor yang FY jalankan dari masa ke semasa. Layari www.seminarsaham.com.my bagi mengetahui tarikh seminar yang akan datang.
FY yakin kepada anda yang telah pergi seminar-seminar saham di luar sana, aspek ini juga tidak diterangkan kepada anda walhal ini merupakan salah satu aspek yang penting yang perlu anda tahu sebagai pelabur saham.
Keuntungan yang dijana oleh seorang Investor pelanggan FY. RM462K belum ditambah dengan dividen-dividen yang telah diterima. |
Sekian dulu buat kali ini.
Ikhlas,
FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Smart Invest Roadshow anjuran Securities Commission
PS – Seminar Saham Super Investors yang seterusnya akan diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada hari Sabtu 26 Mac 2016 ini. Keterangan lanjut di www.seminarsaham.com.my
PSS – InsyaAllah FY akan ke menjalankan seminar lengkap basic dan advance di Kota Bahru, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Pulau Pinang dalam tahun 2016 ini supaya pelabur di luar sana tak perlu datang belajar personal coaching bersama FY di Kuala Lumpur.
PERKHIDMATAN KAMI
Buka Akaun CDS, CDS Islamic dan Trading
Sediakan photocopy IC dan Penyata Bank boleh datang ke pejabat atau melalui pos. Berikan nama penuh, alamat dan no hp ke talian 019 3346570 untuk urusan melalui pos.
Khidmat Nasihat Pelaburan Saham
Remisier dan dealer dalam team FY sentiasa berada di pejabat setiap hari bersedia untuk membantu anda baik untuk menjalankan urusniaga pelaburan mahupun bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat pelaburan saham.
Personal Coaching Pelaburan Saham
Personal Coaching live bersama FY, kelas FY dibuka SETIAP HARI waktu bekerja di The Curve, Mutiara Damansara. Dalam seminar ini pemilihan saham kaedah terkini IMANTAP serta TIMING yang betul akan dikongsikan. Inilah satu-satunya kelas personal coaching saham yang dibuka setiap hari waktu bekerja di negara ini.
Selepas kelas ini kami JAMIN anda akan boleh menjalankan urusniaga jual beli saham dengan penuh keyakinan tanpa keraguan lagi. Kalau anda masih buta dan tak yakin melabur walaupun telah membaca 1001 buku saham atau telah menyertai 1001 seminar saham maka datanglah ke kelas personal coaching ini. Percayalah mata ada akan celik dan keyakinan melabur akan menjadi milik anda selepas kelas ini nanti! Itu FY janji!
Sesi Personal Coaching bersama FY diadakan pada ;
SETIAP HARI WAKTU BEKERJA
Jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang
di Pejabat kami ;
Kenanga Investment Bank Berhad
240 Tingkat 2, The Curve
Mutiara Damansara
Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang
berpengalaman.
Lunch disediakan.
Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.
Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com
Group FY di FB dan WhatsApp
Pelabur yang membuka akaun dengan FY di Kenanga Investment Bank akan dapat menjadi ahli Group FY di WhatsApp dimana forum pelaburan dijalankan setiap hari.
Ebook Investlah Percuma
Dapatkan ebook Investlah bernilai RM100.00 setebal 134 ms secara percuma bila anda menghubungi pihak kami.
Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO di MITI
Harga Promosi cuma RM50.00 sahaja.
Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com
Persoalan Mengenai Seminar Saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com
Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com
Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com
LINK PERKHIDMATAN KAMI ;
Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
LIKE Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.