Assalamualaikum,
Semalam FY bertemu dengan pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan di sini mereka memohon agar FY dan Persatuan Remisier Bumiputera mempromosikan beberapa program pendidikan yang mereka anjurkan khas untuk Bumiputera.
Program pertama ialah untuk golongan profesional yang ingin mendapatkan kelayakan CFA atau Certified Financial Analyst.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini anda boleh melayari laman sesawang ini –
PROGRAM CFA
Salah satu ciri yang unik program ini adalah bahawa pihak Yayasan mempunyai peranan mentor di mana pelajar akan mempunyai mentor mereka sendiri dan mentor akan bertindak sebagai agen motivasi kepada pelajar.
Program ini secara tak langsung boleh meningkatkan kerjaya yang lebih baik ke arah menjana pendapatan yang lebih tinggi.
Syarat-Syarat Permohonan :
· Pekerja profesional Bumiputera Malaysia
· Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan atau Kewangan atau yang berkaitan dengan CGPA sekurang-kurangnya 3.0
· Graduan baru atau individu yang berusia tidak lebih 40 tahun pada tarikh tutup permohonan.
· Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja, sebaik-baiknya dalam bidang Perakaunan, Kewangan atau yang berkaitan.
Calon-calon yang berminat boleh memohon secara online di –
Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 November 2013.
Sekian dulu bagi pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. FY akan mempromosikan program-program lain di bawah Yayasan ini selepas ini. Harap anda dapat mewar-warkan program-progam ini kepada calon-calon yang berminat.
Terima kasih.
FY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.