26 November 2013

Harga Sasaran IPO Titijaya Land Berhad

Assalamualaikum...

Titijaya Berhad sebuah syarikat Property Development akan disenaraikan besok iaitu Rabu 27 November 2013.

Harga Tawaran : RM1.50

Harga Sasaran yang diberikan oleh pihak Research House ialah ;

Kenanga RM1.75
RHB RM1.75
JP Apex RM1.68

Walaupun kebelakangan ini tema untuk Industri Property dalam Bursa nampaknya kurang memberansangkan disebabkan impak daripada Bujet tempohari namun demikian FY tetap optimistik yang akan ada premium untuk IPO ini berdasarkan trend pasaran IPO kebelakangan ini.

Karex, Caring, Berjaya Auto naik melepasi harga sasaran yang diberikan pihak penganalisis pasaran. FY yakin ini disebabkan oleh selera besar pelabur-pelabur baru dalam pasaran IPO dewasa ini.

Apapun kita tunggu besok dan InsyaAllah keuntungan akan berpihak kepada anda yang berjaya mendapat saham IPO ini baik dari MITI, Placement, IPO Awam mahupun dalam bentuk Pink Form. Hari ini semua saham IPO ini telahpun dikreditkan ke akaun CDS para pelabur yang diperuntukan saham tersebut.

Sekian dulu.

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.