31 Ogos 2010

Sikap Orang Melayu



Bersambung dari artikel semalam...


Kemudian saya berbual pula dengan seorang pekerja kilang yang bercerita tentang masalah orang melayu di kilang. Profilnya mudah. Dia pernah bekerja di kilang milik Syarikat Luar Negara sebelum bekerja dengan Kilang Tempatan. Dalam kes ini dia bekerja dengan Kilang milik orang Korea Selatan. Penerapan nilai dalam kedua-dua kilang ini amat berbeza. Penerapan nilai di kilang yang dimiliki oleh orang luar negara sungguh canggih, cekap dan berkesan sedangkan di sini ia tidak begitu. Budaya yang terterap dalam dirinya menjadikan dia memiliki nilai orang asing dan apa terjadi ialah bila bekerja dengan kilang tempatan maka begitu banyak kelemahan yang dapat dilihatnya. Terutamanya kepada sikap orang melayu.

Antara sikap yang dianalisanya di kalangan pekerja kilang berbangsa melayu ini ialah ;

·         Sikap malas
·         Tak mahu bersaing
·         Tak mahu mencari ilmu
·         Berada di zon selesa
·         Mementingkan ganjaran tapi tidak mementingkan produktiviti
·         Perasaan Hasad Dengki
·         Dan lain-lain lagi.

Bila dia membuat perbandingan pekerja melayu akan melepak di waktu makan tengahari walaupun ada mesin yang rosak dan perlu dibaiki sedangkan orang Korea akan terus bekerja untuk membaikinya bagi memastikan pengeljuaran kilag itu tidak terjejas.

Kemudian, orang melayu tak mahu bersaing untuk membaiki dirinya ke tahap yang lebih baik, tak mahu mencari ilmu teknikal untuk menjadikan diri lebih pandai, lebih berpengalaman dan lebih bernilai bila dibuat perbandingan. Mereka lebih suka berada di zon selesa dan ini menjadikan diri mereka statik di satu tempat dan tak dapat bergerak kerana tiada apa yang baru yang dipelajari sepanjang masa yang dihabiskan di kilang tersebut. Pada masa yang sama orang Korea itu telah meningkat dari satu tahap ke satu tahap yang lain yang lebih tinggi.


Kemudian ada diantara mereka yang dengan pengalaman yang sedikit itu cuba mencari kerja lain yang lebih tinggi pangkat dan gajinya. Mereka mementingkan ganjaran tetapi tidak mementingkan ilmu yang jauh lebih bernilai. Orang melayu juga masih memegang kepada prinsip “biar papa asal bergaya” yang mana walaupun mereka tak punya duit tetapi mereka mesti punya kereta dan rumah yang besar. Mereka mementingkan kulit luaran dan bukannya kecantikan dan kekuatan dalaman. Kemudian kalau ada yang dapat naik pangkat kerana produtiviti kerja mereka yang baik maka perasaan hasad dengki mula menguasai dengan mengatakan si dia itu kaki ampu, kali bodek dan sebagainya walhal diri sendiri merupakan seorang yang malas dan suka melepak.


Sebenarnya kalau dilihat ini bukan hanya di kilang, sikap kebanyakan orang melayu memang begitu, mereka lebih suka melepak dan bersantai sepertimana sejak zaman datuk nenek moyang melepak di kedai kopi hinggalah ke zaman anak-anak muda melepak di kompleks membeli belah hinggalah ke zaman ini dimana remaja melepak di cybercafe dan begitulah seterusnya. Dewasa ini di kebanyakan pejabat budaya lepak itu kelihatan bila mereka menghabiskan masa di laman-laman sembang dan laman-laman sosial seperti Facebook, My space dan yang lainnya pada waktu pejabat. Tak kurang juga yang bermain game komputer berjam-jam di pejabat. Bukankah semua ini merupakan pembaziran yang nyata dan sia-sia.

Tamadun melayu yang muda dan mentah samalah umpama seorang kanak-kanak yang belum cukup umur, yang belum matang. Mereka tidak menghargai masa, mereka tak tahu apakah kepentingan pengeluaran dan produktiviti dalam aktiviti seharian. Apapun janganlah salahkan penjajah yang kononnya menyumbang kepada kelemahan orang melayu. Janganlah salah ibu bapa yang kononnya salah mendidik, janglanlah salahkan kilang kerana kononnya tak bagi ganjaran yang setimpal, janganlah salahkan itu dan ini. Salahkanlah DIRI SENDIRI yang pemalas, suka melepak, tidur dan membuang masa.

Seperi yang sering saya ungkapkan. Lakukanlah quantum leap dengan melakukan perubahan dalam diri dan menjadikan diri setanding dengan orang lain. Ini boleh dilakukan dengan berpaut kepada Tamadun Barat namun demikian tamadun Barat ini hanya mementingkan KEDUNIAAN jadi lebih baik lagi kita berpaut kepada tamadun Islam yang mendidik kita bukan hanya dari sudut jasmani dan akal sahaja malah dari sudut rohani sekali. Ia merupakan satu PENGISIAN DIRI YANG LENGKAP.

Saya sering menghuraikan akan aspek penerapan nilai diri ini (klik di sini) dan artikelnya boleh ditemui di dalam blog ini. Terapkanlah nilai positif dalam diri secara objektif baik sekiranya anda mahu menjadi seorang yang rajin, gigih, menghargai masa dan sebagainya. Ini semua merupakan satu proses yang boleh dipelajari dan dengan izin Allah ia akan menjadi budaya diri.

Sedarilah mereka yang sedar akan semua ini pastinya akan dapat menyumbang dan membawa manfaat bukan hanya kepada dirinya malah kepada orang di sekelilingnya walau dimana mereka berada.

Oleh itu berubahlah, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan besok lebih baik dari hari ini sepertimana yang disarankan Rasullullah SAW. Bekerjalah sepertimana kita akan hidup selam-lamanya dan beribadatlah sepertimana kita akan mati esok hari. Janganlah jadikan diri orang yang berada dalam zon selesa yang sataik kaku tidak bergerak. Cabarlah diri untuk menjadi orang yang lebih baik!

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,
                    
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

SALAM KEMERDEKAAN


Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 53..

Sesungguhnya kemerdekaan juga merupakan satu nikmat kurniaan Allah Taala yang harus kita hargai...

' style='padding: 0; border: none;'/>

Bicara Politik




Baru–baru ini saya bertemu dengan kawan-kawan lama seramai 24 orang setelah sekian lama tidak bertemu, ada yang menjangkaui jangkamasa 23 tahun lamanya iaitu semenjak tahun 1987 ketika kami meninggalkan sekolah dahulu. Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. Dari sini ada yang menyambung pelajarannya ke peringkat Universiti hingga ke PHD ada juga yang tidak dan mereka pula bekerja dalam pelbagai bidang. 

Apapun dalam pertemuan yang singkat itu pelbagai perkara yang dapat saya perhatikan. Selain bercerita tentang memori lama, ada juga yang sibuk bercerita tentang politik, tentang perniagaan, tentang kerja dan sebagainya berdasarkan pengalaman yang mereka lalui selama ini. Ada juga yang Islamik dan ada juga yang tidak.

Apapun dalam artikel kali ini ada dua elemen yang ingin saya utarakan. Seorang yang bercerita tentang ketidakpuasan hatinya dalam hal politik negara dan seorang lagi yang bercerita tentang masalah sikap orang melayu di kilang tempat dia bekerja.

Mula-mula kisah politik. Politik di negara ini mengalami pelbagai gegaran permasalahan dalam negara dewasa ini dan yang menyedihkan saya ialah ialah ia membawa kepada perpecahan yang lebih mendalam dalam rangkuman kaum melayu di negara ini. Di negara ini, dewasa ini begitu ramai yang bercerita tentang kisah-kisah politik ini, kisah rasuah, kisah ditindas dan menindas, kisah masalah perilaku ahli politik negara ini, kisah pecah amanah, kisah maksiat, kisah konspirasi dan sebagainya. Maka ramailah orang yang masuk ke dalam band wagon politik ini dan mahu bercerita tentang semua kisah ini.

Pada saya kisah politik ini merupakan satu kisah yang menimbulkan banyak konflik. Konflik bermakna ia lebih banyak membawa kepada kemudaratan dan perpecahan daripada kesatuan. Kemudian kisah ini juga tak dapat nak dipastikan akan kebenarannya. Kalau apa yang disampaikan itu benar maka ia taklah menjadi masalah tetapi kalau apa yang disampaikan itu fitnah, menipu dan dari sumber yang tak betul maka kita juga yang akan menanggung dosanya. Kita bersalahan sesama manusia dengan tuduhan yang tak betul kepada manusia yang masih hidup maka ia akan menjadi sukar untuk kita meminta maaf dan membetulkannya.

Terus terang bukankah lebih baik kita memilih pengisian yang berbentuk meningkatkan iman dari pengisian yang bersifat makruh ke haram sebegini? Bukankah sebagai seorang yang beragama Islam menyampaikan dakwah. Menyebarkan syiar Islam dan menyampaikan yang benar dari Allah Taala itu merupakan pengisian yang paling tinggi nilainya. Dan ganjaran kebaikannya akan menjadi amalan yang bakal kita bawa mati kelak? Bukankah Nabi SAW mengatakan yang orang yang paling bijak ialah mereka yang mengingati mati dan membuat persediaan menuju kematian?

Ah... bercerita tentang pemimpin di negara ini. Mana ada ahli politik yang yang sebenarnya menjadi ahli politik untuk berbakti kepada rakyat dengan gaji mereka yang rendah itu? Mereka kena menyumbang di sana dan di sini di luar kemampuan mereka jadi dari mana mereka mendapat sumber kewangan itu? Lainlah kalau ahli politik di Australian atau di Singapura yang mana gaji mereka begitu tinggi dan dalam keadaan ini dapat mengelakkan rasuah. Kemudian bila melihat kepada rangkuman ahli politik di Malaysia tak ramai daripada mereka yang terdiri dari ahli-ahli profesional. Kebanyakannya dari golongan yang kurang berpelajaran baik dari kepimpinan hinggalah jauh ke akar umbinya.

Namun demikian siapalah saya untuk mengatakan itu ini. Pada saya sesiapa sahaja yang diamanahkan berada di tempat itu atas susunan Allah Taala maka sebarang kesalahan yang mereka lakukan maka pastinya mereka tak akan dapat lari dari hukuman. Kalaupun mereka lepas di dunia yang pastinya mereka tak akan dapat lepas hukuman Allah Taala di akhirat kelak. Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat!

Terus terang pada saya pemimpin yang terbaik ialah pemimpin yang menjunjung Al Quran dan Sunnah Rasullullah SAW. Inilah pemimpin yang saya cari dan akan saya sokong.

Pada mereka sibuk dengan perihal politik ini pula, sudahkan kita betulkan diri kita, keluarga kita, masyarakat di sekeliling kita? Macamana kita nak menjadi juara di luar sana kalau dalam diri kita masih berkeladak? Rokok pun kita tak boleh berhenti. Syak wasangka buruk pula masih menguasai diri? Ketahuilah orang yang beriman kepada Allah Taala pasti akan dapat menguasai semua ini. Mereka membuat keputusan berdasarkan akal dan bukannya nafsu. Mereka sentiasa tenang dan redha dengan ketentuan Allah Taala. Mereka punya akhlah yang mulia, hatinya dipenuhi dengan sifat mahmudah dan terpuji dan bukannya sifat mazmumah yang terkeji.

Fikir-fikirkanlah.

Bersambung...

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,
                    
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

30 Ogos 2010

KENAPA YAHUDI BIJAK

 

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!


Pameran seni di Sepanyol dgn berani menzahirkan penghinaan sbg bukti Islam semakin lemah. Tak kira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bawahan.

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Pharaoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Dialih bahasa oleh : Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of Sciences UIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

' style='padding: 0; border: none;'/>

27 Ogos 2010

Photo Sesi Motivasi di Rumah Anak Yatim di Darul Izzah


Sesi sejam ini adalah atas jemputan Keicarmania dan Kenarianz. Dua kelab kereta kompak yang menjalankan aktiviti melawat anak-anak yatim di bulan Ramdhan.




' style='padding: 0; border: none;'/>