31 Januari 2025

APA ITU SAHAM IPO?

PERIHAL SAHAM IPO

Initial Public Offering atau Saham Terbitan Awam adalah saham yang pertama kali dijual kepada pelabur umum oleh sebuah syarikat sebelum disenaraikan di Bursa Malaysia. IPO merupakan proses di mana syarikat swasta "menjadi awam" dengan menawarkan sebahagian kepemilikannya kepada pelabur melalui pasaran modal.

APA ITU IPO?

1. *Definisi*:  
   - Tahap di mana syarikat mengumpul dana dengan menjual saham terbitan baru kepada pelabur runcit dan institusi.  
   - Saham ini kemudiannya akan mula didagangkan di bursa saham.
2. *Tujuan IPO*:  
   - *Mengumpul modal* untuk pengembangan syarikat, membayar hutang, sebagai modal kerja atau membiayai projek baru.  
   - *Meningkatkan profil syarikat* di pasaran (publicity).  
   - Memberi peluang kepada pelabur awal (seperti pemegang saham private) untuk "exit" dengan menjual saham mereka.  

PROSES IPO

1. Pra-Penyenaraian:
   - Syarikat bekerjasama dengan penaja jamin (underwriter) seperti bank pelaburan (contoh: Maybank Investment, CIMB) untuk menetapkan harga saham dan jumlah saham yang akan ditawarkan.  
   - *Prospektus* dikeluarkan untuk menerangkan tentang maklumat syarikat (prestasi kewangan, risiko, dan penggunaan dana IPO).  

2. Kaedah Permohonan :
   - Pelabur boleh memohon saham IPO melalui:  
     - *Bank* (contoh: Maybank2u, RHB).  
     - *Platform broker* (contoh: MPlus, CGS-CIMB).  
     - *MITI* (untuk pelabur Bumiputera melalui website MITI).  

3. *Penentuan Harga & Penyenaraian*:  
   - Harga IPO akan dinilai dan ditetapkan oleh Bank Penasihat (contoh: RM0.50–RM1.00 sesaham).  
   - Setelah proses permohonan IPO selesai saham mula didagangkan di bursa pada *hari penyenaraian* (listing day).  

CIRI-CIRI SAHAM IPO

1. *Potensi Keuntungan*:  
   - Harga saham mungkin naik mendadak pada hari pertama penyenaraian (contoh: KOPI ORIENTAL naik melebihi 100% pada hari penyenaraiannya).  
2. *Risiko*:  
   - Harga juga boleh jatuh atas pelbagai sebab. (contoh: Carlo Rino merosot selepas disenaraikan).  
   - Permintaan berlebihan boleh menyebabkan *saham sukar diperoleh* (kadar allotment rendah).  
Pada tahun 2024, Dalam 52 IPO disenaraikan, hanya 1 sahaja yang dibuka rendah iaitu saham Carlo Rino.

CONTOH IPO TERKENAL DI MALAYSIA

- *CTOS Digital Berhad* (2021): IPO pada RM1.10, naik ke RM1.78 pada hari pertama.  

- *KOPI ORIENTAL* (2025): IPO pada RM0.44, popular dalam kalangan pelabur runcit dan Institusi. Kini didagangkan pada harga RM0.86

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN IPO

Kelebihan

- Peluang membeli saham pada harga rendah. 
- Potensi kenaikan harga jangka pendek.
- Risiko kerugian yang rendah.
- Akses kepada syarikat "baru" di pasaran.

Kekurangan

- Risiko harga turun selepas penyenaraian.
- Maklumat kewangan terhad untuk dinilai.
- Kebarangkalian permohonan tidak berjaya (balloting).

TIPS MELABUR SAHAM IPO

1. Baca Prospektus: Fahami model perniagaan, hutang dan penggunaan dana IPO.  
2. Analisis Nisbah Kewangan: Contoh: ROE > 15%, Debt-to-Equity < 1.  
3. Elak FOMO (Fear of Missing Out): Jangan ikut hype tanpa kajian.  

Saham IPO boleh menjadi peluang menarik, tetapi ia memerlukan penelitian mendalam. Dapatkan ilmunya sebelum melabur! 📊




Sekiranya anda ingin menimba ilmu pelaburan saham dan menjana keuntungan darinya jemputlah sertai Seminar Saham From Zero To Hero!

Tahun 2025 ini ia dijalankan secara Hybrid (Online dan Bersemuka)*

Berikut merupakan tarikh-tarikh terkini Seminar FZTH untuk bulan Februari 2025

FZTH NILAI - FEBRUARI 2025

Tarikh : 3 & 4 Feb 2025
              (Isnin & Selasa)
Lokasi: Dewan Seminar 
              AF Training, Nilai dan Zoom
Masa : 9:00 pg - 5:30 ptg

***********

Tarikh : 22 & 23 Feb 2025
              (Sabtu & Ahad)
Lokasi: Dewan Seminar 
              AF Training, Nilai dan Zoom
Masa : 9.00am - 5.30pm

Yuran promosi masih lagi RM900 untuk seminar 2 hari

Hubungi Hajah Azila di talian 0166641755 untuk keterangan lanjut atau layari 

www.seminarsaham.my untuk pendaftaran.

Jom! 

' style='padding: 0; border: none;'/>

SAHAM IPO ES SUNLOGY AKAN DISENARAI DI BURSA MALAYSIA

 SAHAM IPO ES SUNLOGY










Syarikat ini perniagaannya ialah kejuruteraan elektrik serta perkhidmatan dan bersangkutan dengannya. 

Public issue dan offer for sale 210 juta.
IPO untuk pelabur awam 35 juta.
IPO di MITI 87 juta.
Patuh Syariah.
Ace Market.

Harga tawarannya RM0.30

Tarikh tutup 05 Feb 2025

Keuntungan selepas cukai melebihi RM13 juta bagi tahun berakhir 2024.

' style='padding: 0; border: none;'/>

SAHAM IPO CUCKOO DAN ECO-SHOP DIBUKA UNTUK PERMOHONAN DI MITI

 


SAHAM IPO CUCKOO DAN ECO-SHOP DIBUKA UNTUK PERMOHONAN DI MITI.

Buat masa ini harga tawaran bagi kedua-dua saham IPO ini masih belum ditetapkan.

Permohonan peruntukan saham Khas Bumiputera bagi IPO Cuckoo International dibuka mulai 27 Jan 2025 sehingga 2 Feb 2025 ini.

Permohonan peruntukan saham Khas Bumiputera IPO Eco shop pula akan dibuka mulai 6 Feb 2025 sehingga 13 Feb 2025. 

Layari www.sahamonline.miti.gov.my untuk keterangan lanjut.

Sekiranya and ingin belajar bagaimana melabur saham IPO di MITI dan menjana keuntungan darinya, jemputlah sertai seminar saham From Zero to Hero bersama FY. Ia dijalankan secara bersemiuka dan juga secara online. Anda cuma perlu layari www.seminarsaham.my untuk menyertainya.



' style='padding: 0; border: none;'/>

GARISPANDUAN MEMOHON SAHAM IPO DI MITI

 MACAMANA NAK BELI SAHAM IPO DI MITI


Saham IPO yang ditawarkan di MITI diperuntukkan khas buat para pelabur bumiputera baik individu mahupun institusi.

Pada fasa ini anda TAK BOLEH BELI KAT MAYBANK2U dll kerana ia BELUM lagi ditawarkan kepada pelabur awam!

Caranya, pertama anda perlu mendaftar sebagai pelabur di MITI. Anda cuma perlu layari laman web -www.sahamonline.miti.gov.my

Bagi yang kali pertama dan belum mendaftar, isikan semua biodata yang diperlukan termasuklah no akaun CDS anda dan memuatnaik salinan Kad Pengenalan secara online.

Setelah siap anda akan ada username dan password untuk masuk ke dalam laman sahamonline MITI tersebut. 

Apabila ada tawaran saham IPO di MITI maka bolehlah anda memohonnya secara online dalam laman web yang sama.

Semasa memohon anda perlu memuatnaik segala dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan bukti kewangan dan sebagainya.

Pihak MITI akan menjalankan saringan bagi menentukan siapa yang berjaya dan siapa yang gagal. Proses ini akan mengambil masa minima 3 minggu dari tarikh tutup permohonan.

Setelah itu keputusan akan dikeluarkan pihak MITI dan anda boleh melayari laman web yang sama untuk menentukan samaada anda berjaya atau tidak. 

Adakalanya harga tawaran saham tidak disertakan kerana ia belum finalise lagi namun anda boleh sahaja memohon saham tersebut berapa yang anda mahu. Pihak MITI akan menilai dan membuat keputusan samaada anda berjaya atau tidak nanti berdasarkan bukti kewangan yang anda sertakan.

Lebih lanjut jemputlah ke kelas atau seminar saham FZTH bersama FY kerana garispanduan ini disampaikan oleh FY remisier di Kenanga dan bukan remisier anda di broker yang lain... Hawhawhaw...

Sekian dulu.

FY Al Haj
0166667430
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad 

PS - Saham IPO Cookoo dan Eco sedang ditawarkan di MITI pada ketika artikel ini ditulis.

Jom join seminar From Zero to Hero secara bersemuka atau online untuk belajar semua ini secara komprehensif…

Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau tempah slot anda dengan menekan link di bawah ini ;

' style='padding: 0; border: none;'/>