KEPENTINGAN CUT LOSS
Mkt tak naik dalam secara berterusan sesekali ia akan jatuh disebabkan sentimen semasa. Inilah antara risiko pasaran am yang perlu ditangani oleh mana-mana pelabur sekalipun.
Pun begitu kalau kita buat perbandingan dengan mana mana Bursa seluruh dunia maka anda akan dapat lihat yang Bursa Malaysia adalah antara yang terkukuh atau resilient. (tahan lasak) disebabkan oleh aktiviti ekonomi Malaysia yang pelbagai.
Sebagai trader mahupun Investors dalam pelaburan saham salah satu strategi yang terpenting ialah strategi cut loss!
Strategi pemilihan saham adalah satu perkara, strategi pembelian adalah satu strategi yang lain pula dan strategi timing juga lain kisahnya. Ah! pening!
Dah pilih saham atau dah dapat tip saham, dah beli saham, dah ambil position di garisan support mahupun selepas garisan breakout. Kalau saham naik tak jadi masalah boleh ambil untung tapi kalau harga saham jatuh maka strategi cut loss mesti digunapakai. Yakni bila harga saham jatuh melepasi garisan support atau bila berlaku major reversal kepada bullish trend pada carta pergerakan harga saham tersebut.
Melainkan anda Warren Buffett yang punya modal pelaburan berbilion dollar dengan strategi pelaburan nilai jangkamasa panjang siap dengan diversification, asset allocations dan sebagainya maka tak perlulah anda berbuat demikian.
Masalahnya itulah modal yang kita ada dan semuanya diletakkan dalam satu saham. Macamana? Kalau beli saham IMANTAP (sila datang PC FY untuk belajar) tak apa lagi sebab saham tu ada nilai tapi kalau beli saham tah apa-apa tah atau saham cap ayam macamana? Susut modal tu nanti. Saham 90 sen yang dibeli di cut loss pada 80 sen adalah jauh lebih baik dari memegangnya hinga ia jatuh ke tahap 10 sen! Terbenam modal pelaburan kita nanti. Dalam hal ini preservation of capital amat penting. Tanpa modal bagaimana kita nak jalankan trade yang seterusnya. Ye tak?
Ingat cash is king! Dengan 80 sen yang kita masih ada kita boleh ambil position yang lain pula! Apa yang penting ialah kalau kita punya ilmu pelaburan yang cukup maka bila kita trade, purata kita untung adalah lebih tinggi dari purata kita rugi maka penghujungnya kita akan untung!
Accept the loss and move forward! Kita boleh buat duit dalam banyak position yang lain nanti.
Kalau anda berada dalam group WhatsApp FY anda akan dapati kebarangkalian keuntungan adalah jauh lebih tinggi dari kebarangkalian kerugian jadi dengan mengamalkan dan melazimkan diri dengan cut loss ini maka anda akan untung!
Itu sahaja pesanan penaja hari ini.
FY Al Haj
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
www.faizalyusup.net
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Blog saham FY telah melebihi 3.5 juta pengunjung
FY Team
Hubungi Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155
Ingin buka platform online untuk trading Saham?
Download Ebook Investlah percuma di www.faizalyusup.my Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50 WhatsApp Puan Azila 0166641755.
Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya.