23 Ogos 2011

Konvensyen Memantapkan Ekonomi Bumiputera anjuran bersama GABEM dan UITM – Pandangan FY. Artikel 2.

Artikel 2.


Sebab Musabab kenapa Bumiputera ketinggalan dalam meningkatkan ekuiti bumiputera dalam pasaran saham / modal.

1.   TAMADUN MELAYU YANG MASIH MENTAH

Pertamanya tamadun melayu masih mentah. Kita baru sahaja merdeka pada tahun 1957 iaitu baru 44 tahun merdeka. Kalau dibandingkan dengan Tamadaun China dan Tamadun India, mereka telah bertamadun lebih 6000 tahun dahulu. Malah tamadun Islam juga masih baru sekitar 1500 tahun sahaja. Amerika juga telah merdeka semenjak 1776 iaitu 235 tahun dahulu!

Buku kaum India, Cina dan Barat ini lebih banyak kalau dibandingkan dengan buku melayu. Teknologi dan inovasi mereka nyata lebih maju daripada kita. Seperkara lagi populasi mereka juga lebih ramai jadi sampel manusia yang pandai dan berilmu mereka lebih banyak.

Apa yang cuba saya katakan ialah dalam setiap tamadun itu mereka juga mengalami apa yang kita alami ini dari semua aspek baik politik, ekonomi, pendidikan malah apapun juga. Mereka juga terpaksa berdepan dengan masalah rasuah, masalah sosio ekonomi, masalah dalam politik dan bebagai lagi sebelum ia menjadi lebih matang dan tenang. Kalau disini Cuma ada percaturan antara pembangkang dengan kerajaan di Amerika dahulu mereka berperang antara Utara dengan Selatan!

Ia umpama tumbesaran manusia yang dari bayi yang baru keluar dari perut ibunya hinggalah menjadi seorang yang dewasa. Persoalannya bagaimana kita nak bersaing dengan orang yang lebih dewasa sedangkan kita masih lagi umpama bayi yang merangkak. Dalam benang tamadun ini kita perlu melalui semua kesukaran ini sebelum kita menjadi matang dan dapat bersaing dan lebih baik lagi kalau kita boleh quantum leap melakukan loncatan dalam benang tamadun untuk mengejar mereka.

Baik dengan bangsa Cina, Bangsa India mahupun orang Barat kita ketinggalan. Tahu dengan siapa yang kita tak ketinggalan?

DENGAN ORANG ASLI!


Kenapa? Kerana tamadun mereka lebih muda dari kita. Agaknya mereka juga tak puas hati dengan kita.

Cuba lihat sistem pengangkutan mereka LRT, MRT, Keretapi laju dan sebagainya semua sudah lengkap dan ia tiba pada masa yang telah ditetapkan. Cuba lihat sistem pendidikan mereka yang jauh lebih maju, cuba lihat produk mereka yang dapat dijual ke seluruh dunia. Cuba lihat sistem pembankan mereka yang telah beratus tahun ditubuhkan.

Saya pernah menceritakan kelompongan-kelompongan yang ada ini dalam artikel yang terdahulu. Analoginya begini, kalau dahulu di kampung kita cuma lalu ada jalan tanah merah satu lorong, kemudian jalan tar, seterusnya ia berkembang menjadi dua hala, punya garisan, punya divider, punya lampu jalan hinggalah ia berkembang lagi punya pavement tepi jalan, longkang dan penutup longkang, punya pokok dan hiasan tepi jalan, arca dan sebagainya.

Semua jalan dah punya kelengkapan demikian?

Belum lagi.

Ini baru saya cerita pasal jalanraya.

Dari sudut Islam kita buat yang wajib dulu, ada jalan, barulah buat yang sunat harus dan makruh pabila kita meletakkan arca yang sebenarnya tak perlu di tepi jalan.

Kelompongan ini terjadi dan perlukan penambahbaikkan bukan hanya disini tetapi dalam semua segi. Sebut sahajalah, Ekonomi? Kita masih kekurangan kemahiran, ilmu pengetahuan, pekerja dan sebagainya.
Politik? Kita masih memerlukan pemimpin yang bersih, adil, bijaksana dan berkelayakan.
Pendidikan? Bukankah polisi kita sering sahaja berubah umpama tikus membaiki labu? Sekejap BM sekejap BI dan sebagainya.
Transportation yang sehingga kini masih lembab dan jem? Penggunaan Tanah yang masih banyak terbiar? Dan banyak lagi. Bukankah semua ini merupakan kelompongan dalam tamadun yang begitu muda.

Sabarlah lambat laun ia akan terisi bilamana tamadun ini berkembang. Janganlah cepat melatah. Cuba faham diri dan kenali dimana kita berdiri dalam benang tamadun ini. Ia akan mengambil masa.

Sebenarnya kita boleh belajar dari mereka, belajar dari apa yang betul mereka lakukan dan elakkan kesalahan yang mereka lakukan sepertimana yang mereka lakukan dalam bidang ekonomi contohnya.

Soalan saya apakah yang sedang anda lakukan? Apakah sumbangan anda bagi menutup mana-mana kelompongan ini? Cukupkah dengan hanya menyalak menyalahkan orang lain?

Kaedah untuk melakukan quantum leap ini ialah dengan penguasaan ilmu pengetahuan. Bagaimana anda ingin mencari ilmu pengetahuan kalau anda malas membaca tapi hanya sibuk dengan facebook dan bermain game komputer?

Bersambung...
FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

Testimoni Seminar Buat Duit di Pasaran Saham



Pada 23 Julai yang lalu FY telah menjalankan seminar Pelaburan Saham di Vistana Hotel dan ini adalah salah satu testimony yang diberikan oleh peserta seminar tersebut. Kepada yang berminat pihak kami akan menjalankan seminar seterusnya selepas Hari Raya nanti.

First and foremost many thanks to FY (and the team) for an excellent and enriching seminar. I was there with my 2 friends. I gain a lot in terms of knowledge and new
 info from the seminar. Being informal and straight-to-the-point delivering

 style, FY made the seminar truely lively and of course exciting.
It was fortunately for me to meet those who has made a fortune from FY's guidance (fortune means a LOT of money) and I took the opportunity the gain valuable experience from them. I have nothing else to say except it was more than worth attending the seminar. How I wish the seminar could be held for 2 straight days...some much to learn, so much to ask.
I would highly recommend FY seminar to those who want to get involve in Bursa Malaysia seriously. Let the expert talk and we learn from the expert, right? :)


Renza Razali

Hubungi FY melalui SMS, Email, Twitter, Blackberry mahupun di blog ini sekiranya anda berminat untuk menyertai seminar yang akan datang ini. Tempat adalah terhad.


FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

Konvensyen Memantapkan Ekonomi Bumiputera anjuran bersama GABEM dan UITM – Pandangan FY.


 

Sepertimana dalam mesyuarat bersama NGO-NGO Bumiputera ini maka akan kedengaran kekecewaan mereka akan bagaimana mereka dipinggirkan kerajaan mahupun oleh pihak bukan bumiputera dalam semua aspek perniagaan yang dijalankan. Mereka bercerita tentang ketirisan yang berlaku, tentang hak, tentang ketidakadilan, tentang diskriminasi dan sebagainya.

Kemudian usul dan resolusi dibentangkan meminta kerajaan itu ini, minta TERAJU, minta PEMANDU, minta GLC dan minta apa sahaja kepada sesiapa sahaja yang boleh diminta demi untuk kepentingan Bumiputera amnya dan kepentingan diri sendiri khususnya.

Salah ke?

FY taklah kata salah cumanya tanya diri sendiri adakah kita punya kemampuan, teknologi, kemahiran, modal dan sebagainya untuk bersaing, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum bukan bumiputera?

Bila kita dapat kontrak besar kita tak punya modal dan kemahiran maka kita makan atas angin dengan meng”Ali Baba”kan projek tersebut. Dalam hal ini sampai bilapun kita tak akan belajar. Kita mengambil jalan mudah dan ini MEMANG sifat dalam diri seorang melayu yang sukar dikikis hingga sekarang.

Dalam dunia moden yang mementingkan KPI dengan kerajaan yang cuba melakukan transformasi ekonomi dengan mencari rongga-rongga kelompongan dalam ekonomi untuk diisi maka mereka yang tak dapat bersaing pasti akan ketinggalan. Bagaimana kerajaan mahu memberikan projek kalau mereka tahu ia akan dialibabakan, terbengkalai, disiapkan dengan kualiti yang begitu rendah mahupun mengambil masa yang lama untuk disiapkan?

Patutlah kontrak-kontrak itu diberikan pada orang asing yang berkemampuan.

FY rasa perjalanan kita dalam hal ini masih jauh. Tapi kalau kita tak diberi peluang pastinya kita tak akan dapat meningkat dan memajukan diri ye tak?

Persoalannya kenapa ini berlaku? Dimana silapnya?

Ia berlaku semenjak zaman sebelum merdeka lagi bila pihak Inggeris melakukan konsep Segregate and Rule, Pisah dan Tadbir atas sebab tak mahu kaum ini bersatu menentang mereka mahupun atas sebab kekuatan prinsip yang ada dalam diri kaum-kaum ini. Cina di bandar dalam perniagaan, Melayu di kampung dan India di ladang-ladang. Lama kelamaan Cina menjadi pandai berniaga kerana kebanyakan projek kerjaan British pada masa itu diberikan kepada mereka, India pandai di ladang dan melayu masih lagi ketinggalan.

Pada masa kaum Cina sudah melabur saham, sudah punya Bank, orang kita masih belum melangkah. Pada masa orang Cina sudah punya kilang dan perniagaan yang besar orang kita sudah jauh ketinggalan. Sekarang daripada 1000 syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia tak sampai 30 syarikat adalah milik Bumiputera menurut definisi Kementerian Kewangan. Alangkah sedihnya.

Sebagai Exco PRIBUMI juga merupakan persatuan yang tergolong dalam NGO utama G7 atau Group of 7, NGO Bumiputera penting yang bertujuan untuk meningkatkan ekonomi Bumiputera dan disebabkan blog FY ini selalu sahaja berada di atas dalam carian Google maka FY terpanggil untuk menghuraikan akan perihal pemantapan ekonomi bumiputera ini dari pandangan FY sendiri. Dari apa yang FY lihat. Namun ia lebih kepada kisah pegangan ekuiti bumiputera dalam pegangan saham kerana inilah kepakaran FY.

Ini kerana terdapat lebih kurang 65% Bumiputera dalam negara ini namun mereka hanya memegang tak sampai 22% daripada pegangan ekuiti saham. Itupun kalau ditolak dengan pegangan institusi ia hanya berada sekitar 10% sahaja.

Sebab Musabab dan Cadangan FY dalam meningkatkan ekuiti bumiputera dalam pasaran saham / modal akan FY huraikan dalam artikel yang akan datang.

Sekian dulu buat kali ini.

FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

SEBUAH KISAH SEMPENA MENYAMBUT HARI RAYA


 

MANA MAK?

Jam 6.30 petang.

Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.  
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’  
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”  
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”  
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”  
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”  
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”  
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”  
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”  
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.  

DUA PULUH TAHUN KEMUDIAN  

Jam 6.30 petang  
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.  
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”  
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”  
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”  
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”  
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”  

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh  menjawab, “Entah.” Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.  

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”  
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.  

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.  
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"  

Tiba-tiba adik bongsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”  
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .  
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan susk Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.  
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”  
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kuih koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.  
Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.  
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , " Mana mak ?"

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan " Mana Mak? "  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa . Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya . Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Sempena Hari Raya yang bakal tiba ini pulanglah berhari raya bersama ibubapa dan keluarga tersayang. Pohon ampun dan maaf, peluk ciumlah ibubapa anda kerana esok kita belum tentu akan bertemu mereka lagi.

' style='padding: 0; border: none;'/>