12 Ogos 2011

Soal Jawab IPO MITI Terkini - Gabungan AGRS


SOALAN.

Ramadhan Kareem En Faizal Yusup,

Saya ingin mendapatkan pandangan dan nasihat dari En.Faizal berkenaan IPO AQRS yang akan disenaraikan September ini.Saya sangat baru dalam bidang saham ini,tidak terlibat dalam pembelian saham di open market.Baru-baru ini,permohonan untuk saham Gabungan AQRS saya juga diluluskan dan mendapat tawaran sebanyak 50000 unit.

Oleh kerana keadaan pasaran saham yang merudum ketika ini,saya ingin mendapatkan pandangan En.Faizal mengenai AQRS ini.Apakah target price bagi saham tersebut.Adakah saya patut menerima tawaran tersebut dalam keadaan pasaran yang tidak menentu ini.

Jika saya mengambil keputusan untuk tidak menerimanya,adakah saya akan dikenakan apa-apa tindakan(contohnya di blacklist untuk permohonan IPO di masa hadapan).

Saya amat menghargai pandangan bernas pihak En.Faizal.

Sekian.Terima kasih.

JAWAPAN FY.

Salam Ramadhan kembali...

Terus terang ramai yang bertanya mengenai perihal saham AQRS ini kepada FY masalahnya FY bukanlah seorang yang punya kelayakan CFA yang boleh memberikan saranan.

Beginilah, pada pada pandangan FY pertamanya tak ramai yang memohon saham ini lalu menyebabkan pelanggan dapat banyak lot setiap seorang. Maksima 715 lots setiap seorang. Saham yang tak banyak permintaannya menunjukkan satu kelemahan.

Keduanya keadaan Pasaran yang tidak menentu mungkin akan menjejaskan harga saham itu bila disenaraikan kelak.

Ketiganya ia saham property development yang mana selalunya kurang diterima baik oleh para pelabur.

Keempat ia agak mahal kerana pada par 25 sen ia dijual dengan harga RM1.28 kepada pelabur.

Kelimanya Bank Penasihatnya Affin yang diketahui tidak berapa proaktif dalam pasaran.

Dengan huraian ini ia terpulanglah kepada pihak puan samaada untuk melanggannya atau tidak.

Kalau tak ambil pun FY rasa puan takkan di blacklist...

Sekian.

FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.