07 Ogos 2011

Apa itu IPO atau Saham Terbitan Awam?




Ramai yang langsung tak tahu pasal saham bertanya kepada FY berkenaan dengan IPO atau Saham Terbitan Awam. Mungkin dengan membaca tulisan-tulisan skema berkenaan dengannya memeningkan kepala jadi FY mengambil keputusan untuk menulisnya secara santai untuk memudahkan kefahaman.

Jadi, apa itu IPO?

IPO adalah singkatan dalam Bahasa Inggeris yang membawa maksud Initial Public Offer atau dalam Bahasa Malaysia ia dinamakan Saham Terbitan Awam.

Secara ringkasnya katalah FY dangan Azmi membuka satu syarikat Pembinaan bernama ABC Sdn Bhd. FY meletakkan modal RM10 Juta dan Azmi juga meletakkan RM10 Juta. Jadi pegangan saham kami ialah FY 50%: Azmi 50%.

Syarikat ABC Sdn Bhd ini membesar dan sekarang saham kami telah menjadi RM35 juta seorang. Kami mahu mengembangkan perniagaan tapi tak mahu meminjam bank. Kami memerlukan RM30 juta. Jadi kami boleh memilih untuk meminjam dari orang ramai dengan menerbitkan saham baru sebanyak RM30 juta untuk dibeli oleh orang awam.

Dalam hal ini nisbah pegangan saham itu telahpun berubah,
FY 35% : Azmi 35% : Awam 30%

Dalam hal ini FY dan Azmi sebagai pengarah syarikat masih mempunyai hakmilik syarikat ABC ini kerana pegangan saham yang melebihi 50 %.

Bila disenaraikan kelak syarikat kami tidaklah lagi berstatus Sdn Bhd tetapi berstatus BERHAD dan saham itu akan diapungkan untuk didagangkan di pasaran saham. Ini bermakna sekarang kita boleh membeli dan menjual saham syarikat ABC Berhad.

Kalau kami meminjam dari Bank jumlah RM30 juta itu maka kami perlu membayar kembali pinjaman tersebut ditambah dengan kadar faedah yang dikenakan tetapi bila kami menjual saham terbitan awam kami maka kami perlu memberinya dalam bentuk dividen bila syarikat kami menjana keuntungan.

Dalam ertikata lain kami meminjam modal dari orang ramai dan mereka menjadi sebahagian dari syarikat dengan saham yang mereka pegang dan pihak kami pula perlu memberikan dividen bila keuntungan dijana atas pelaburan yang mereka buat dalam syarkat kami itu. Seperkara lagi kami tak perlu membayar jumlah modal yang orang ramai laburkan itu kerana ia telah diapungkan dan kalau pelabur mahukan modal mereka kembali mereka boleh menjual saham syarikat ABC ini kepada pelabur yang lain. Secara dasarnya begitulah saham terbitan ini berfungsi.

Sekian dulu buat kali ini.

Semoga artikel ini membawa manfaat bagi anda. Nak tahu lebih lanjut hubungi FY.

Terima kasih…

FY
016 6667430
greng70@yahoo.com
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

www.seminarsaham.com.my

HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan mengenai memulakan portfolio saham dan membuka akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan mengenai seminar saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan mengenai online trading dan menjadi seorang trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan asas pelaburan saham ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS        
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader

    FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
    ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
    SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.



    ' style='padding: 0; border: none;'/>

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.