08 April 2012

PERKHIDMATAN REMISIER SAHAM DI BURSA MALAYSIA


Salam Sejahtera....

Selain menyimpan di Bank dan melabur dalam simpanan amanah, rumah dan tanah, anda sebenarnya juga boleh melabur saham di Bursa Malaysia. Melabur dalam syarikat-syarikat kukuh dalam negara yang disenaraikan. Pertumbuhan dan kemajuan syarikat-syarikat ini pula akan memberikan pulangan yang baik kepada pelaburan anda.

Di negara ini masih ramai orang kita yang belum mempunyai akaun CDS iaitu akaun pelaburan saham. Akaun yang perlu dibuka di syarikat-syarikat broker saham bagi menjalankan urusniaga jual beli saham-saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Sebenarnya dalam 28 juta penduduk Malaysia hanya 300,000 sahaja akaun CDS yang aktif. Oleh itu anda mungkin salah seorang daripada rakyat Malaysia yang belum melabur saham dan belum punya akaun CDS ini.

Ada mungkin punya akaun bank, punya akaun amanah saham, punya Insuran dan punya kad kredit tapi belum tentu ada punya akaun CDS. Akaun saham yang boleh dibuka dengan yuran sebanyak RM10.00 sahaja.

Ia sebenarnya amat berguna bila anda ingin memohon saham IPO atau saham terbitan awam, peruntukan saham Blue Form, Pink Form atau ESOS yang diberikan kepada kakitangan syarikat, memohon saham di MITI dan sebagainya. Dalam semua hal ini anda perlukan akaun saham CDS.

Mungkin anda tak punya langsung pengalaman dan pengetahuan mengenai bidang saham ini tapi tak mengapa kerana dalam hal ini Remisier iaitu wakil peniaga saham yang berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission boleh membantu anda. Saya Faizal Yusup @ FY juga seorang remisier dan boleh memberikan perkhidmatan seperti ;

  • Membantu membuka akaun CDS, Trading, Margin, Online mahupun Global.
  • Membantu dalam peruntukan saham ESOS.
  • Membantu dalam peruntukan saham Blue Form dan Pink Form.
  • Membantu dalam permohonan peruntukan khas saham bumiputera di MITI.
  • Membantu mendapatkan pinjaman saham-saham dimana perlu.
  • Membantu anda memahami produk-produk dalam pasaran saham di Bursa Malaysia.
  • Membantu memahami selok belok pasaran saham di Bursa Malaysia
  • Memberikan tutorial mengenai pasaran saham baik dengan kaedah Fundamental, Financial, Technical, Kaedah-kaedah yang lain dan
  • Banyak perkhidmatan yang lain lagi.

Untuk mendapatkan semua perkhidmatan di atas maka anda disarankan membuka akaun CDS dan untuk membukanya anda boleh menghubungi FY di nombor talian 012-654 0130 atau datang sendiri ke pejabat FY di 

Kenanga Investment Bank Berhad, 
Lot 240, Second Floor, 
The CURVE, 
Mutiara Damansara 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan.

Memulakan pelaburan saham umpama bermain bungee jumping, ia menakutkan pada mulanya untuk terjun tetapi kalau kita dah terjun berkali-kali maka ia akan menjadi lebih mudah. Bagaimanapun FY akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda.

Apapun risiko pelaburan saham sama sahaja umpama risiko perniagaan, bukan semua pelaburan membawa keuntungan kerana adakalanya kerugian juga boleh berlaku.

Sekian dulu.

FY
No Lesen – CMSRL/A3951/2007
012-6540130

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.