23 April 2012

Bukalah Akuan Saham CDS dengan FY

Salam Sejahtera...

Sebenarnya ramai yang bertanya pada FY tentang itu ini mengenai pasaran saham. Kekadang soalan yang ditanya itu pula sudah FY tulis dalam blog tapi ramai orang kita yang begitu malas untuk mencari apatah lagi membacanya. Oleh yang demikian acapkali soalan yang ditanya itu adalah soalan-soalan lazim yang terpaksa FY jelaskan berkali-kali.

Pada FY semua ini membuang masa dan tenaga yang jitu kerana banyak perkara lain yang boleh FY buat daripada menaip dan menerangkannya berkali-kali kepada orang yang berbeza. Kekadang ada yang menyangka FY tak mahu menolong tapi anda di tempat FY, FY rasa lambat laun anda juga akan jemu dan tertekan agaknya.

Memang hakikatnya FY ingin membantu meningkatkan ekonomi ummah tapi kalau sehari dekat 50 panggilan telefon, sms, email dan msg di Facebook yang perlu dijawab, penat juga rasanya. Kalau yang bertanya itu merupakan pelanggan FY tak mengapalah, persoalannya kekadang mereka yang bertanya itu sudah ada remiser di tempat lain. Persoalannya kenapa tak ditanya pada remisier mereka masing-masing? Semua ini sebenarnya termasuklah dalam perkhidmatan yang perlu remisier mereka jalankan. Kenapa buka akaun dengan remisier yang tak boleh jawab pelbagai soalan yang anda ingin ketahui itu.

Ada juga yang buka akaun secara online bertujuan untuk mengurangkan caj komisyen yang perlu dibayar dan siapa yang jadi mangsa persoalan mereka? FY jugak... Tanya itu ini tapi akaun di tempat lain.

Suruh buka akaun saham dengan FY yang cuma memakan belanja RM10 tu taknak pulak. Lepas tu marah FY pulak kata tak nak tolong dan itu ini. FY sepatutnya membantu kerana FY Naib Presiden PRIBUMI dan sebagainya. FY naib Presiden Remisier bang. FY tolong remisier bolehlah. Agak-agaknya ramai ke yang bertanya Dato' Dr Fadilah Kamsah dan mendapat perkhidmatan motivasi dan kaunselingnya secara percuma? Mungkin tidak kot. 

Oleh itu, apa kata tuan puan buka akaun saham dengan FY, bagilah FY sedikit business dan pastinya FY akan jawab semua soalan yang ingin anda tahu itu memandangkan anda adalah pelanggan FY.

Maaflah yer kalau FY adakalanya tak dapat jawab soalan anda. FY harap anda faham atau kekadang FY jawab dalam keadaan angin sebab dah penat agaknya lagipun FY cuma manusia biasa yang tak lari dari salah dan silap.

Sekian dulu.

FY
012 654 0130
www.faizalyusup.net




Sekiranya anda perlukan khidmat FY sebagai perunding portfolio pelaburan anda, perlukan khidmat nasihat saham dan sebagainya bukalah akaun saham dengan FY. Membuka akaun CDS cuma RM10 sahaja. Terus terang tip saham dan kemasukan ke dalam Kelab Pelaburan hanya FY berikan kepada pelanggan FY sahaja.

Hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 012 654 0130 atau Emel kepada greng70@yahoo.com. InsyaAllah FY sedia membantu.



PS – FY akan menjalankan SEMINAR SEHARI BIJAK MELABUR yang penuh dengan pengisian pelaburan. Ia akan dijalankan dalam bulan Jun nanti. Kepada yang berminat sila hubungi FY melalui emel atau no HP di atas. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.