20 April 2012

Peruntukan Saham Khas di MITI - Felda Global Ventures Berhad

BERITA PENTING - FY DENGAR DARI SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI PERUNTUKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA DI MITI BAGI FELDA GLOBAL VENTURES DAN GAS MALAYSIA AKAN KELUAR SERENTAK MINGGU DEPAN. HARAP ANDA DAPAT MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK MELANGGANINYA.

Bagi yang telah memohon saham Gas Malaysia dahulu mereka tak perlu memohonnya sekali lagi.

Berikut ini FY terakan kaedah terkini membeli saham peruntukan khas Bumiputera di MITI. Untuk pengetahuan anda buat masa ini borang permohonan tersebut perlu dilakukan secara online di Website MITI dan buat masa ini ia masih belum keluar lagi. Andai ia telah keluar maka inilah yang perlu anda lakukan ;

1. Pergi ke website MITI, isi borang permohonan untuk membeli saham tersebut. (Pastikan anda telah mempunyai akaun CDS)
2. Print borang tersebut.
3. Lampirkan bersama salinan IC yang disahkan.
4. Lampirkan salinan penyata kewangan samaada penyata Bank selama 3 bulan, salinan buku ASB atau Akaun Amanah Saham yang lain mahupun Akaun Tabung Haji.
5. Hantarkan terus ke MITI sebelum tarikh tutupnya.
atau
6. Hantarkan pada FY sekiranya ingin FY membantu memastikan semua dokumen lengkap dan menghantarnya ke MITI. (Kalau hantar pada FY kena caj 1 sen untuk Persatuan Remisier Bumiputera.)

UNTUK MEMBUKA AKAUN CDS


Untuk membeli dan menjual saham tak kiralah sekiranya anda mendapat saham tersebut melalui Blue Form, Pink Form, IPO, ESOS dan lain-lain anda perlu membuka akaun saham. Akaun saham ini dinamakan akaun CDS. Berikut adalah cara membukanya ;

Bagi warganegara Malaysia ;

1.   Kita perlukan salinan kad pengenalan
2.   Kita perlukan RM10.00 untuk membuka akaun CDS ( Central Depository System ) dengan MCD ( Malaysian Central Depository Sdn Bhd )(- bertujuan untuk menyimpan saham tersebut.)
3.   Buka akaun trading dengan broker / remisier yang terlibat.
4.   Salinan muka depan buku akaun bank bagi tujuan E Dividen.

PERKHIDMATAN MEMBUKA AKAUN CDS

Kami ada menyediakan perkhidmatan untuk membuka akaun CDS ini bagi warga Malaysia. Apa yang perlu anda lakukan ialah ;


1. Berikan nama dan alamat penuh berserta dengan nombor telefon untuk dihubungi.

2. Pihak kami akan menghantarkan borang-borang tersebut dengan pos laju.

3. Di dalamnya kami serta cara mengisi borang-borang tersebut.

4. Sertakan 6 salinan kad pengenalan dan 2 salinan muka depan buku bank atau penyata akaun semasa beserta RM20.00. RM10.00 yuran CDS dan RM10.00 lagi kos pos laju pihak kami. 

5. Kembalikan kepada alamat berikut ; 

Faizal Yusup
Kenanga Investment Bank Berhad, 
Lot 240, Second Floor, 
The CURVE, Mutiara Damansara 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan.

atau

Anda boleh datang sendiri ke alamat di atas. 

Pihak kami akan membuka akaun CDS itu dengan seberapa segera dan anda akan mendapat surat pengesahan dari Bursa Malaysia selepas itu.

Akaun Trading dan Akaun Trading Online akan diberikan juga secara PERCUMA.


Sekiranya anda perlukan khidmat FY sebagai perunding portfolio pelaburan anda, perlukan khidmat nasihat saham dan sebagainya bukalah akaun saham dengan FY. Membuka akaun CDS cuma RM10 sahaja. Terus terang tip saham dan kemasukan ke dalam Kelab Pelaburan hanya FY berikan kepada pelanggan FY sahaja.

Hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 012 654 0130 atau Emel kepada greng70@yahoo.com. InsyaAllah FY sedia membantu.

Kalau ada apa-apa yang kurang jelas hubungi FY ok.

Sekian harap maklum.

FY

012 654 0130
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
AJK Biro Penerangan
greng70@yahoo.com


www.faizalyusup.net 

PS – FY akan menjalankan SEMINAR SEHARI BIJAK MELABUR yang penuh dengan pengisian pelaburan. Ia akan dijalankan dalam bulan Jun nanti. Kepada yang berminat sila hubungi FY melalui emel atau no HP di atas. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.