20 Mac 2013

Cara memohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement

Assalamualaikum...



Ramai juga yang bertanya kepada FY mengenai perbezaan antara Public IPO, IPO MITI, Private Placement dan sebagainya. Jadi di sini dalam artikel ini FY akan terangkan dengan cara yang ringkas dengan harapan ia membawa kefahaman kepada semua.



Seperti yang pernah FY terangkan Syarikat Sendirian Berhad yang ingin menyenaraikan saham syarikat mereka di Bursa Malaysia akan memperuntukan saham terbitan awam atau lebih dikenali sebagai IPO kepada 4 pihak selalunya iaitu dalam bentuk ;



1.   Pink Form

2.   Private Placement

3.   Peruntukan Saham Khas Bumiputera di MITI

4.   IPO Awam



PINK FORM



Pink Form diperuntukkan hanya kepada Pengarah, kakitangan dan mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam membangunkan syarikat tersebut.



Prosedur permohonannya ;



·         Buka Akaun CDS

·         Isi borang peruntukan bewarna pink

·         Sertakan salinan Kad Pengenalan

·         Sediakan pembiayaan baik sendiri mahupun dengan pinjaman bank.

·         Hantarkan kepada Registrar Syarikat

·         Saham akan dimasukkan ke dalam akaun CDS anda kelak.



Bagi yang membiaya sendiri maka anda boleh membuka akaun CDS dengan FY di Kenanga investment Bank malah sekiranya anda inginkan pembiayaan pihak kami juga ada menyediakannya.



Dalam hal ini jumlah saham yang diperuntukkan bergantung kepada jawatan dan tempoh perkhidmatan seseorang kakitangan itu.



PRIVATE PLACEMENT





Selalunya ia ditawarkan secara blok RM250,000 atau blok sejuta unit saham kepada Institusi atau High Networth Clients. Ini dijalankan sebelum prospektus syarikat tersebut diterbitkan kepada umum.



Kepada High Networth Clients yang berminat untuk mendapatkan saham-saham IPO dalam bentuk blok begini juga boleh menghubungi FY dan FY akan cuba carikan buat anda dan jangan lupa buka akaun CDS dengan FY.



Prosedur permohonannya ;



·         Buka akaun CDS

·         Dapatkan surat tawaran daripada Bank Penasihat

·         Isi borang biodata

·         Sertakan bersama salinan Kad Pengenalan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah

·         Buat pembayaran baik melalui TT mahupun bank draft.

·         Saham akan dimasukkan ke dalam akaun CDS anda kelak.





Dalam peruntukan saham cara Private Placement ini selalunya ada caj-caj yang tertentu yang bakal dikenakan oleh broker saham tersebut.



Sekiranya anda ingin membeli saham IPO ini dalam jumlah yang sedikit maka FY sarankan anda memohonnya melalui peruntukan saham IPO awam ataupun di MITI.



IPO DI MITI



Peruntukan saham IPO ini hanya dikhaskan kepada Bumiputera untuk memenuhi kuota Bumiputera dalam satu-satu penyenaraian sekiranya perlu. Proses pemilihan dijalankan secara pemilihan oleh panel pemilihan di MITI. Jadi dokumen mesti lengkap. Pelabur boleh memohon saham minima sebanyak 1000 units.



Prosedur permohonannya ;


Satu ketika dahulu ia dijalankan secara online namun dewasa ini atas sebab website tersebut sedang diselenggarakan maka ia perlu dilakukan secara manual. Begini prosedurnya ;



·         Buka akaun CDS

·         Tulis surat cover letter

·         Isikan borang permohonan MITI

·         Sertakan salinan Kad Pengenalan

·         Sertakan salinan akaun CDS

·         Lampirkan bukti kewangan

·         Hantarkan semua ini kepada Pihak MITI.

·         Tunggu keputusan

·         Surat tawaran peruntukan saham dikeluarkan

·         Kepada yang berjaya buat pembayaran kepada pihak bank penasihat

·         Saham akan dimasukkan ke dalam akaun CDS anda kelak.



Hubungi FY di emel greng70@yahoo.com bagi mendapatkan contoh dokumen bagi permohonan di MITI. Sebelum itu bukalah akaun CDS dengan FY terlebih dahulu.



IPO AWAM



Pabila prospektus syarikat yang akan disenaraikan itu keluar maka ia boleh dipohon oleh pelabur awam baik individu mahupun syarikat. Proses pemilihan dijalankan melalui undian. Pelabur boleh memohon saham minima sebanyak 100 units sahaja.



Prosedur permohonannya ada 3 cara ;



1.   Permohonan melalui borang peruntukan saham bewarna putih

2.   Melalui ATM

3.   Melalui Internet Banking.



Akaun CDS perlu disediakan terlebih dahulu. Hubungi FY untuk membuka akaun CDS tersebut.



Dalam hal ini FY sarankan pelabur memohon melalui permohonan secara online kerana ia lebih baik.



FY harap penerangan ringkas ini memberikan kefahaman mengenai perbezaan permohonan IPO ini.



' style='padding: 0; border: none;'/>

19 Mac 2013

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN REMISIER MALAYSIA 2013

Kepada Ahli-Ahli Persatuan Remisier Bumiputera yang dihormati sekalian,



NOTIS MESYUARAT AGUNG KE-18

PERSATUAN REMISIER BUMIPUTERA MALAYSIA

(PRIBUMI)



Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia ke -18 akan diadakan seperti berikut :-



Tarikh : 30 Mac 2012 (Sabtu)

Masa : 2 petang 4 petang

Tempat : Hotel Flamingo,

No 5 Tasik Ampang, Jalan Hulu Klang,

68000 Ampang.

Tel: 03-42563288



AGENDA



2.00 Pendaftaran Ahli

2.30 Bacaan Doa

1) Ucapan Aluan oleh Pengerusi/Presiden

2) Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-17

3) Pembentangan Laporan Tahun 2012

4) Pembentangan Penyata Kira-Kira Tahun Berakhir 2012

5) Membahaskan Usul-Usul yang telah diterima

6) Hal-hal lain

7) Ucapan Penangguhan

8) Jamuan Ringan



Semua usul-usul ahli yang hendak dibentangkan semasa Mesyuarat Agung ini hendaklah sampai

kepada pegawai persatuan melalui email/faks/pos kepada alamat seperti tertera di bawah

sebelum 29 Mac 2013.



ALAMAT: PERSATUAN REMISIER BUMIPUTERA MALAYSIA

D/A RHB INVESTMENT BANK BERHAD

BILIK 26, TINGKAT 5, TOWER SATU,

RHB CENTRE, JALAN TUN RAZAK

50400 KUALA LUMPUR

TELEFON : 03-9281-5195 FAKS : 03-9281-5087

EMEL: pribumi95@gmail.com



Sekian, Harap Maklum.



Faizal Yusup

Naib Presiden

b/p Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


' style='padding: 0; border: none;'/>

PERTANDINGAN BOWLING PRIBUMI 2013



JEMPUTAN KE PERTANDINGAN BOWLING TAHUNAN PERSATUAN REMISIER BUMIPUTRA MALAYSIA (PRIBUMI)

TARIKH: 30 MAC 2013 (SABTU) 4:30 HINGGA 6:30 PETANG ( Selepas AGM)

TEMPAT: AMPANG SUPERBOWL, HOTEL FLAMINGO, AMPANG

Assalamualaikum ahli-ahli PRIBUMI yang dikasihi sekalian,

Sukacita dimaklumkan PRIBUMI akan mengadakan pertandingan bowling tahunan seperti di atas.

Penyertaan terbuka kepada ahli-ahli Persatuan dan anda boleh menjemput ahli keluarga dan sahabat untuk turut serta dalam pertandingan ini. Penyertaan terhad kepada 10 pasukan, setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 4 orang pemain sahaja ( boleh campur) dan berdasarkan pembayaran yuran pendaftaran ' first come first serve basis'. Dengan syarat-syarat berikut:-




PASUKAN
4 orang pemain (boleh campur-campur). Harap dapat beri nama pada pasukan anda.
CARA PENDAFTARAN
Sila daftar  nama penuh, syarikat broker serta no telefon anda dan nama pasukan anda kepada.

Telefon /SMS; atau
PN AIMI YAHAYA 012-9688318

Telefon; atau
CIK NURFADHILA di 03-92815195

Faks; atau
03-92815087

Emel
YURAN PENDAFTARAN
RM15 seorang
Ahli atau isteri/suami/anak kepada ahli

RM20 seorang
Bukan ahli
BAYARAN KEPADA
PERSATUAN REMISIER BUMIPUTRA MALAYSIA
NO AKAUN RHB ISLAMIC BANK
264124-00008815
CARA PEMBAYARAN
Tunai/cek/online
Sila email atau faks kepada slip pembayaran kepada kami
PENGESAHAN
Pengesahan penyertaan anda hanya sah setelah bayaran dibuat

Jika anda ingin membuat booking untuk satu pasukan, tetapi belum tahu team members anda, sila nyatakan dan buat bayaran untuk 4 orang untuk menempah tempat.

Hadiah-hadiah menarik disediakan. Jamuan ringan turut disediakan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Aimi atau Nurfadhila. 

Jangan lepaskan peluang, daftarlah sekarang !

Minda Cerdas, Fizikal Cergas, Kerja Pantas.

Sekian, terima kasih.

FY
Naib Presiden PRIBUMI.

' style='padding: 0; border: none;'/>

16 Mac 2013

IPO CLIQ ENERGY

Assalamualaikum...
FY dalam program Penerangan Mega IPO 2013 bersama Dr Nazri Khan di Seri Pacific siang tadi. Mendapat penerangan mengenai SPAC yang kedua iaitu Cliq Energy yang bakal disenaraikan tak lama lagi. High Networth Clients yang berminat untuk membeli blok saham Cliq Energy, bolehlah menghubungi FY.
FY bersama Dr Nazri Khan

FY bersama Haji Zainal, MD/CEO Cliq Energy En Ahmad Ziyad bin Elias dan En Shahrom MTEM.

 

Gambar kenangan...




  Sekian dulu.
FY
www.faizalyusup.net 

' style='padding: 0; border: none;'/>

13 Mac 2013

SAHAM PERUNTUKAN KHAS BUMIPUTERA DI MITI - MATRIX CONCEPT HOLDINGS BERHAD


IPO MITI MATRIX CONCEPTS HOLDINGS BERHAD

a) Jumlah Saham Khas : 32,500,000 unit

b) Harga Par : RM 1.00 seunit

c) Harga Tawaran : Akan dimaklumkan kemudian

d) Aktiviti Utama Syarikat :

- Matrix Concepts Holdings Berhad is principally an investment holding company, while our subsidiary companies are mainly involved in property development, sales of land, investment holding, project management and procurement of building materials and administrative services.

e) Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran Utama

f)  Bank Penasihat : Hong Leong Investment Bank Berhad

g ) Tarikh Tutup Pendaftaran Minat Untuk Melanggan :

Penghantaran Borang Pendaftaran Minat Untuk Melanggan Saham bagi Individu, Syarikat, Koperasi & Yayasan bersama dengan dokumen-dokumen berkaitan pada 19 Mac 2013 (Selasa) jam 1.00 petang.

Sekali lagi disebabkan permohonan saham ini tidak dijalankan secara online, sebaliknya dengan kaedah manual maka anda boleh meminta contoh cover letter dan borang permohonannya dari FY di alamat emel – greng70@yahoo.com.

Sekian.

FY

PS – Kepada yang ingin belajar memohon saham IPO di MITI ini tetapi tak tahu bagaimana, anda samaada boleh membeli Ebook Panduan Memohon Saham IPO MITI karya FY,

Atau


Menyertai Seminar Saham Super Investor yang FY jalankan dari masa ke semasa. Yang terkini adalah pada 27 April ini di Bangunan Getah Asli, Kuala Lumpur. Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendaftar.


' style='padding: 0; border: none;'/>

Tip Saham Setiap Hari Oleh Faizal Yusup

Assalamualaikum...

Sejak 2 minggu yang lalu FY telah mengambil keputusan untuk memberikan tip saham harian atau Daily Stock Highlights yang terdiri dari satu atau dua saham harian yang FY rasakan boleh naik dalam jangkamasa yang terdekat. Ia sesuai untuk pelabur-pelabur yang bersifat trader dan juga pelabur jangkamasa pendek di Bursa Malaysia.

FY menggunakan satu sistem yang dibangunkan oleh seorang kawan sejak 6 tahun dulu yang mana ia memberikan saranan-saranan yang sangat baik. Setelah membuat analisis dengan sistem-sistem yang ada di pasaran FY dapat membuat kesimpulan yang sistem yang dibangunkan oleh kawan FY ini merupakan antara yang terbaik.

Tip-tip dan saranan saham ini bukanlah saranan untuk membeli, menjual atau menyimpan saham, anda perlu membuat penyelidikan lanjut dari broker, analyst mahupun remisier anda sendiri bagi mendapat khidmat nasihat tan terbaik.

Ada risiko dalam pelaburan saham jadi usaha untuk menjadi pelabur yang berpengetahuan dan bijaksana adalah amat penting bagi memaksimakan keuntungan dan meminimakan kerugian.

Daily Stock Highlights ini boleh didapati dengan add FY di Facebook di alamat ini - http://www.facebook.com/faizal.yusupii atau di twitter pada alamat ini - https://twitter.com/afaizalyusup

Inn Shaa Allah FY akan cuba untuk membuat analisis yang terbaik sebelum menyarankan stock highlights tersebut kepada anda.

Semoga usaha ini mendapat keberkatan Allah Taala dansedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pelaburan dan menjana keuntungan dalam Bursa Malaysia.

Sekiranya ada berminat untuk mencuba Sistem Stock Signal yang dibangunkan oleh kawan FY secara PERCUMA selama sebulan, apa yang perlu anda lakukan ialah hanya dengan add FY di sini - http://www.facebook.com/faizal.yusupii dan hantarkan mesej / PM kepada FY kepada anda yang ingin mencubanya.

Sekian dulu.

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

12 Mac 2013

Sesi Personal Coaching Pelaburan Saham


Assalamualaikum...

Kepada para pelabur yang ingin mendalami ilmu Teknikal Analisis. Anda dijemput menyertai Program Personal Coaching Financial Technical Analysis bersama Sifu Zuhri Zain MSTA dan Sifu Nabil Fikri MSTA pada hari Sabtu 16 Mac 2013 di Shah Alam.


Yuran penyertaan ialah RM700.00 seorang. Sekiranya berminat yuran penyertaan hendaklah didepositkan ke Akaun Maybank Advance Forward Training and Consultant 5051 0340 5396. Hantarkan bukti pembayaran kepada Zuhri Zain at 012 6290407. Kemudian berikan nama dan alamat emel. Hantarkan kepada greng70@yahoo.om. 

Sifu Zuhri Zain MSTA

Sifu Nabil Fikri MSTA

Jangan lepaskan peluang untuk belajar ilmu-ilmu saham kaedah Analisa Teknikal ini dari Sifu-Sifu yang berkelayakan ini. Terbuka hanya kepada 5 orang peserta sahaja.

Sekian.

FY


' style='padding: 0; border: none;'/>

07 Mac 2013

MATRIX CONCEPT HOLDING BERHAD PLACEMENT


New Private Placement: 


MATRIX CONCEPTS HOLDING BERHAD
INDIKATIF PRICE: RM2.20.
PRIVATE PLACEMENT: 48,000,000
PUBLIC IPO: 10 MILLION

Permohonan minima: RM250,000.00

Berminat! sila hubungi FY...


FY
012 654 0130 

' style='padding: 0; border: none;'/>

Dividen dan Bonus Pelaburan ASB 1990 -2013


SEJARAH DIVIDEN DAN BONUS ASB

Berikut adalah sejarah dividen dan bonus ASB sejak dilancarkan pada tahun 1990 hingga 2013. Skim ASB telah dilancarkan pada 2 Januari 1990.
Kadar pulangan sejak 10 tahun lepas agak lebih rendah purata 8% berbanding pada tahun 90an yang purata 9% – 12% setahun.

TAHUN
DIVIDEN + BONUS
2013
7.75 + 1.15
2012
7.70 + 1.25
2011
7.65 + 1.25
2010
7.50 + 1.25
2009
7.30 + 1.25
2008
7.00 + 1.75
2007
8.00 + 1.00
2006
7.30 + 1.25
2005
7.25 + 1.75
2004
7.25 + 2.00
2003
7.25 + 2.00
2002
7.00 + 2.00
2001
7.00 + 3.00
2000
9.75 + 2.00
1999
8.50 + 1.50 + 2.0 (2sen adalah bonus istimewa)
1998
8.00 + 2.50
1997
10.25 + 1.25
1996
10.25 + 3.00
1995
10.0 + 3.00
1994
9.50 + 4.50
1993
9.00 + 4.50
1992
7.50 + 5.00
1991
8.50 + 4.00
1990
8.00 + 6.00

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Link perkhidmatan kami ;
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

' style='padding: 0; border: none;'/>