20 Mac 2013

Cara memohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement

Assalamualaikum...



Ramai juga yang bertanya kepada FY mengenai perbezaan antara Public IPO, IPO MITI, Private Placement dan sebagainya. Jadi di sini dalam artikel ini FY akan terangkan dengan cara yang ringkas dengan harapan ia membawa kefahaman kepada semua.



Seperti yang pernah FY terangkan Syarikat Sendirian Berhad yang ingin menyenaraikan saham syarikat mereka di Bursa Malaysia akan memperuntukan saham terbitan awam atau lebih dikenali sebagai IPO kepada 4 pihak selalunya iaitu dalam bentuk ;



1.   Pink Form

2.   Private Placement

3.   Peruntukan Saham Khas Bumiputera di MITI

4.   IPO Awam



PINK FORM



Pink Form diperuntukkan hanya kepada Pengarah, kakitangan dan mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam membangunkan syarikat tersebut.



Prosedur permohonannya ;



·         Buka Akaun CDS

·         Isi borang peruntukan bewarna pink

·         Sertakan salinan Kad Pengenalan

·         Sediakan pembiayaan baik sendiri mahupun dengan pinjaman bank.

·         Hantarkan kepada Registrar Syarikat

·         Saham akan dimasukkan ke dalam akaun CDS anda kelak.



Bagi yang membiaya sendiri maka anda boleh membuka akaun CDS dengan FY di Kenanga investment Bank malah sekiranya anda inginkan pembiayaan pihak kami juga ada menyediakannya.



Dalam hal ini jumlah saham yang diperuntukkan bergantung kepada jawatan dan tempoh perkhidmatan seseorang kakitangan itu.



PRIVATE PLACEMENT





Selalunya ia ditawarkan secara blok RM250,000 atau blok sejuta unit saham kepada Institusi atau High Networth Clients. Ini dijalankan sebelum prospektus syarikat tersebut diterbitkan kepada umum.



Kepada High Networth Clients yang berminat untuk mendapatkan saham-saham IPO dalam bentuk blok begini juga boleh menghubungi FY dan FY akan cuba carikan buat anda dan jangan lupa buka akaun CDS dengan FY.



Prosedur permohonannya ;



·         Buka akaun CDS

·         Dapatkan surat tawaran daripada Bank Penasihat

·         Isi borang biodata

·         Sertakan bersama salinan Kad Pengenalan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah

·         Buat pembayaran baik melalui TT mahupun bank draft.

·         Saham akan dimasukkan ke dalam akaun CDS anda kelak.





Dalam peruntukan saham cara Private Placement ini selalunya ada caj-caj yang tertentu yang bakal dikenakan oleh broker saham tersebut.



Sekiranya anda ingin membeli saham IPO ini dalam jumlah yang sedikit maka FY sarankan anda memohonnya melalui peruntukan saham IPO awam ataupun di MITI.



IPO DI MITI



Peruntukan saham IPO ini hanya dikhaskan kepada Bumiputera untuk memenuhi kuota Bumiputera dalam satu-satu penyenaraian sekiranya perlu. Proses pemilihan dijalankan secara pemilihan oleh panel pemilihan di MITI. Jadi dokumen mesti lengkap. Pelabur boleh memohon saham minima sebanyak 1000 units.



Prosedur permohonannya ;


Satu ketika dahulu ia dijalankan secara online namun dewasa ini atas sebab website tersebut sedang diselenggarakan maka ia perlu dilakukan secara manual. Begini prosedurnya ;



·         Buka akaun CDS

·         Tulis surat cover letter

·         Isikan borang permohonan MITI

·         Sertakan salinan Kad Pengenalan

·         Sertakan salinan akaun CDS

·         Lampirkan bukti kewangan

·         Hantarkan semua ini kepada Pihak MITI.

·         Tunggu keputusan

·         Surat tawaran peruntukan saham dikeluarkan

·         Kepada yang berjaya buat pembayaran kepada pihak bank penasihat

·         Saham akan dimasukkan ke dalam akaun CDS anda kelak.



Hubungi FY di emel greng70@yahoo.com bagi mendapatkan contoh dokumen bagi permohonan di MITI. Sebelum itu bukalah akaun CDS dengan FY terlebih dahulu.



IPO AWAM



Pabila prospektus syarikat yang akan disenaraikan itu keluar maka ia boleh dipohon oleh pelabur awam baik individu mahupun syarikat. Proses pemilihan dijalankan melalui undian. Pelabur boleh memohon saham minima sebanyak 100 units sahaja.



Prosedur permohonannya ada 3 cara ;



1.   Permohonan melalui borang peruntukan saham bewarna putih

2.   Melalui ATM

3.   Melalui Internet Banking.



Akaun CDS perlu disediakan terlebih dahulu. Hubungi FY untuk membuka akaun CDS tersebut.



Dalam hal ini FY sarankan pelabur memohon melalui permohonan secara online kerana ia lebih baik.



FY harap penerangan ringkas ini memberikan kefahaman mengenai perbezaan permohonan IPO ini.



' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.