28 Mei 2010

Lakonan Dunia...


 
Hentikanlah
Lakonan dunia penuh tipudaya
Bukalah topeng yang menutup muka
Jangan kau cuba untuk memperdaya
Dengan tutur kata manis bicara

Mungkin
Mereka tak dapat meneka
Betapa tega kau bersandiwara
Matanya celik hakikatnya buta
Hatinya gelap ditutup gerhana

Ketahuilah
Aku dapat merasa setiap gerak laku dan tipu daya
Saat kebenaran berbisik di penjuru kalbuku
Aku dapat menerjemahkan
Setiap dusta dan nistamu..

Sedarilah
Kelak kau akan derita
Kerna memilih jalan sengsara
Sungguh malang nasib mahligai cintamu
Hancur berderai menjadi debu
Dibawa pergi angin yang menderu..

Ikhlas,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

' style='padding: 0; border: none;'/>

24 Mei 2010

Understanding Islam



Sajer-sajer tak ada kerja..

Sorry, lama tak update blog sebab sedang in the zone menyiapkan buku novel remaja trilogi berjudul Man Rempit – Kisah Cinta luar biasa seorang mat rempit.

Actually Islam is a simple religion and its a religion of the heart.

There are rules and regulation that we have to follow and everything is stated in the Quran and Hadith.

And actually it’s not hard to follow. For instance there are so many halal stuffs than prohibited ones. You can’t consume alcohol bua there are thousands other drinks that you can consume.

Again there is so many thing that you can do than you can’t.

It’s a religion of love and peace. Every time when I surf the Internet on people converting to Islam. Comments made by the non muslims are harsh and full of hatred. For a true muslims they usually don’t counter such action as we are taught to be patient and to love. Sometimes I wonder are these religion taught them to hate? I surely don’t think so.

Come on, look at other beings in this world. All beings are beneficial to humans. Trees for instance, taking in carbon monoxide and change it oxygen. Taking in bad things while converting it into good things. How about us? We on the other hand tend to come out with bad things from our heart, mouth and actions. Just because we are blessed with a brain by God doesn’t mean that we can use it as we want to.

Nobody would like a person with bad hearts.

Well, at the end of the day everybody would die and the hatred would die with us.

Think about it!

Facebook: Faizal Yusup
New Revolutions for Self Excellence!

PS - You liked this blog? Please help me to promote it to all your friends and family or link it to your blog okay. There are many benefits for all. InsyaAllah.

Thank you ...

' style='padding: 0; border: none;'/>

19 Mei 2010

Konflik Cinta - Bab 3 Bah 2


Setiap insan ada rahsianya. Apa rahsia anda?
NOVEL BERSIRI - KONFLIK CINTA
Bab 3 Bahagian 2


“ SURPRISE!!! HAPPY BIRTHDAY MAN!!! ” Mulutku melopong tak terkata apa-apa. Dalam gembira hatiku hiba.

Zamri, Azizi, Haziq, Yasin, Khasrul, Firdaus, Fauziah, Sarimah, Danisya, Rashidah, Anis, Wati dan beberapa kawan lagi termasuklah kawan Mat Saleh Richard, Lee, Tan, Isaac dan Elaine semuanya berada di situ bagi meraikan harijadi yang belum pernah seumur hidup aku raikan sebelum ini.

Mereka mendendangkan lagu birthday hingga gamat satu restoran disusuli tepukan dari mereka juga pengunjung restoran yang lain. Azizi pula sibuk merakamkan peristiwa itu dengan handycamnya. Kemudian Zamri menyuruh aku meniup lilin yang terletak di atas Kek New York Cheese kegemaran aku itu tapi didajalnya aku dengan memegang kek itu jauh kira-kira satu meter dari aku. Puas aku meniupnya untuk memadamkan tiga batang lilin berwarna merah itu tapi tak berjaya hinggalah Zila membantu meniupkannya untuk aku. Mungkin dia tak sampai hati melihat mukaku merah dibuli rakan-rakan serumahku.

Kemudian mereka menyuruh aku berdiri di atas kerusi untuk memberikan ucapan.

“ Nak kata apa? Aku tak tau nak kata apa?

“ Bedal ajelah Labu!!...” Sahut Zamri disambut dengan gelak tawa mereka yang lain.

Mataku menjeling pada Zila geram sebab dia merahsiakan semua ini dari pengetahuanku.

“ Okay! Okay! Assalamulaikum and good evening to all”. Aku memulakan ucapan. Ucapan yang aku sendiri tak tahu mana arah tujunya.

Sebenarnya saya tak tahu apa nak cakap apa sebab seumur hidup, dah masuk 21 tahun, inilah pengalaman kali pertama saya menyambut harijadi. Kat US pulak tu. Saya cuma nak ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang berusaha menjayakan majlis ini dan percayalah akan saya kenang semua ini buat selama-lamanya. Itu je..” Ucapku ringkas bagi menyempurnakan permintaan mereka.

Empat bungkusan hadiah diberikan padaku. T-shirt merah UNL dari Zamri, Bola Rugby American Football dari rakan serumahku, Wati menghadiahkan sebiji mug yang tertera tulisan Happy 21 st Birthday, dalam gambar hati yang besar di tengah-tengahnya dan akhir sekali dari Zila dan rakan serumahnya menghadiahkan aku digital radio.  Lantas aku mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka semua.

Haziq yang dari tadi memerhatikan aku membuka bungkusan hadiah mengeluarkan bungkusan kecil dari poket jeans seluarnya dan menghulurkannya kepadaku.

        “ Yang ini hadiah khas dari aku..” Kata Haziq sambil tersengih.

Kertas pembalut bungkusan kecil itu aku siat.

“ Cinabeng punya Haziq!!! Ada ke bagi aku kondom!! ” Jeritku pada Haziq yang sudah tergelak berdekah-dekah kerana berjaya dalam misinya mengenakan aku. Semua yang berada di situ turut ketawa.

Suasana gembira penuh dengan gelak tawa itu berlanjutan hingga lewat malam. Restoran Denny’s dipenuhi dengan aura keseronokan sepanjang malam.

Setelah selesai barulah aku tahu dari Zamri yang semua ini dirancangkan oleh Zila malah dia juga yang mengeluarkan perbelanjaan malam itu. Aku yakin dia juga yang menempah kek tersebut kerana dia tahu kek itu kegemaranku.
       
Suasana meriah malam itu tak akan aku lupakan sepanjang hidupku.

Malam itu pukul 11.30 barulah semuanya berakhir. Dengan perut kenyang dan hati yang gembira kami semua memulakan langkah beredar dari Restoran itu. Wati mendekati aku dan mengajak aku pulang bersama tetapi aku menolaknya dengan mengatakan yang aku telah berjanji untuk pulang bersama Zila. Airmukanya kelihatan sugul ketika dia melangkah meninggalkan aku.

“ Zam, aku balik dengan Zila okay. ” kataku pada Zamri.

“ Aku tahu...” Jawabnya tersenyum sinis.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Zila mengeluarkan sebungkus hadiah berbunga biru bersama dengan sekeping kad bersampul pink dari drawer keretanya. Balutan hadiahnya kemas sekali menunjukkan orang yang membalutnya seorang yang sangat teliti seperti Zila. Orang yang bersifat teliti dan sangat prihatin.

“ Ni hadiah dari Zila. Malu nak bagi tadi. Tapi Man buka kat rumah nanti okay? ”

“ Okay... Zila, terima kasih for such a lovely day okay. Tak pernah Man rasa macam ni. ”

“ No prob.., What’s a friend for? ” Sahutnya memalingkan mukanya padaku tersenyum manja.

Setibanya di rumah dan mengucapkan selamat malam pada Zila aku terus naik ke bilik lalu meletakkan bungkusan hadiah dengan kad tersebut di atas meja tulisku. Aku mencapai tuala dan terus mandi. Zamri dengan rakan-rakan yang lain pula sedang menonton televisyen di bawah .

Selesai menunaikan solat Isyak, bungkusan hadiah itulah agenda pertamaku. Aku membuka balutannya dan di dalamnya ada sebuah kotak berwarna hitam. Penutupnya kubuka dan di dalamnya ada 21 ketul hati pewter kecil yang tersusun rapi membentuk sebuah hati yang besar.

“ Cantiknya tapi apa maknanya? ” Desis hatiku.

Kad Harijadi berwarna merah itu aku buka.



Dearest Azman,

Kehadiran Man dalam hidup Zila umpama cahaya yang menerangi diri ini. Terus terang Zila katakan Zila rasa seronok setiap kali berdampingan dengan Man. Bagi Zila, Man seorang yang baik, caring, pandai menasihati dan mengambil hati. Oleh itu Zila ingin membalas kebaikan Man itu dengan mengaturkan satu majlis khas bagi menyambut Hari Lahir yang tak pernah Man sambut seumur hidup. Zila harap semuanya okay nanti.

Zila sebenarnya tak tahu apa yang Zila nak bagi sebagai hadiah untuk harijadi Man. Zila terbayangkan sebuah hadiah yang tidak begitu mahal tetapi bermakna khas buat Man tetapi pada masa yang sama tidak terlalu “daring”. Puas Zila rayau satu Lincoln mencarinya dan inilah hadiah yang Zila rasakan yang paling baik buat Man.

Hope you liked it.

        By the way, Happy 21st Birthday.

Take good care,
With Love,

Zila.

PS - Setiap hati itu melambangkan setiap tahun yang Man tak meraikannya. Umpamakanlah 21 hati itu adalah sebagai hadiah dari Zila buat setiap tahun semenjak Man berumur setahun hinggalah sekarang.

       
Seronok rasanya diraikan dan diberi penghargaan  yang sedemikian rupa. Seumur hidup aku tak pernah merasakannya kerana menyambut harijadi bukanlah satu amalan dalam keluargaku. Apa yang dilakukan Zila malam ini benar-benar menyentuh hatiku. Hadiah kristal pemberiannya ini bagiku sungguh istimewa.

        Sedang aku hanyut dalam angan-angan tiba-tiba handphone yang terletak di atas katil berbunyi. Ada SMS masuk. Aku bangun mencapainya lantas melabuhkan diri berbaring di atas katil bujangku.

SMS dari Zila terpampang jelas pada muka panel handphone tersebut.

How’s ur day b’day boy? Soalnya.

Thanx for such a beautiful day.

No prob. Suka tak hadiah Zila?

Suka. Tapi kenapa beli hadiah mahal sangat? Tanyaku pula.

For a special person...
Aku terkesima... Butang-butang telefon itu kembali kupicit.

Special ke?

Buat tak faham pulak...

Anyway, Gud nite n take gud care. Mlm ni mimpi Zila k?

U2.. Jawabku lantas meletakkan telefon itu disisi katil sebelah kananku.

Malam itu bunga-bunga kemesraan antara aku dengan Zila terus mekar. Walaupun sifat luarannya nampak agak kasar namun hatinya halus, dia mempunyai hati yang sangat prihatin dan suka memenuhi hajat orang lain. Inilah yang aku nampak dalam dirinya. Mungkin persamaan inilah antara sebab kenapa hatiku tertarik padanya.

Apapun, padaku hadiah yang paling bermakna yang aku terima sempena harilahirku yang ke 21 ini ialah sebuah ketenteraman. Bagiku ini adalah hadiah dari Allah atas tindakan yang aku ambil semalam.  Hadiah sempena hari lahirku. Mungkin dengan kemaafan yang kita hadiahkan kepada orang lain Allah menghadiahkan ketenteraman hati. Inilah pelajaran yang aku pelajari dari pengalaman ini. Mulai hari ini lembaran baru akan aku buka dalam hidupku.


Tengah malam itu dengan hati yang tenteram itulah telefon aku dail, aku berbicara dengan bapaku yang jauh.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

14 Mei 2010

Lawak Corner



ANAK GADIS DAN TUHAN

Seorang gadis kecil setiap hari berjalan pergi dan balik dari sekolah. Walaupun cuaca yang pagi itu agak mendung dan awan yang mula membentuk, dia masih menyanyi dalam perjalanannya ke sekolah. Saat hari semakin gelap dan angin mula bertiup kencang, bersama-sama dengan guruh dan kilat. Ibu gadis kecil itu begitu bimbang akan keadaannya anaknya yang berjalan pulang dari sekolah dan dia sendiri bimbang hujan lebat dengan puting beliung mungkin akan membahayakan anaknya. Kilat sabung menyabung membelah langit seperti pedang berapi. Kerana bimbang, ibu tersebut masuk ke dalam kereta dan memecut di sepanjang laluan ke sekolah anaknya. Tak lama kemudian, dia ternampak anak gadisnya yang sedang berjalan tetapi pada setiap kilat, anak akan berhenti, melihat dan tersenyum. Lepas setiap kali kilat dan diikuti dengan yang lain, setiap kali itulah anak gadis kecil itu berhenti, melihat kilauan cahaya dan tersenyum. Akhirnya, ibu memanggilnya ke dalam kereta dan bertanya,

"Apa yang kamu lakukan?"

Anak itu menjawab,

"Tuhan asyik mengambil gambar saya."

GIRL AND GOD

A little girl walked daily to and from school. Though the weather one morning was questionable and clouds were forming, she made her daily track to the elementary school. As the day progressed, the winds whipped up, along with thunder and lightning. The mother of the little girl was worried that her daughter would be frightened as she walked home from school, and she herself feared that the electrical storm might harm her child. Following the roar of the thunder, lightning would cut through the sky like a flaming sword.  Being concerned, the mother got into her car and drove along the route to her child's school.  Soon she saw her daughter walking along, but at each flash of lightning, the child would stop, look and smile.  One followed another, each with the little girl stopping, looking at the streak of light and smiling. Finally, the mother called her over to the car and asked,

"What are you doing?" 

The child answered,

"God keeps taking pictures of me."

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…
 

' style='padding: 0; border: none;'/>