03 Mei 2010

Catatan Faizal Yusup



Fungsi Faizal Yusup

Memasuki umur 40 tahun ini, baru saya sedar apakah fungsi kehidupan saya yang sebenarnya. Kesedaran ini berlaku semenjak saya memberikan sesi kaunseling beberapa hari yang lalu.

Agaknya fungsi saya adalah sebagai seorang penerang.

Dalam menjalankan kaunseling setiap kali saya hanya menerangkan mengenai kehidupan agar orang faham mengenainya.

Analoginya kalau orang nampak luaran sebuah kereta, nampak tayarnya, cermin sisi dan badannya saya dikurniakan Allah dengan ilmu yang mana saya faham bagaimana engin kereta itu berfungsi, boleh membuka kaburator, radiator, alternator dan sebagainya menunjuk dan menerangkan  kepada pelanggan dan kemudiannya memasukkannya kembali. Bila ia dihidupkan ia hidup tanpa apa-apa masalah.

Analogi bengkel membaiki kereta ini membawa maksud yang sama dengan bengkel membaiki manusia. Mereka datang membawa kereta yang rosak dan tak dapat berfungsi dan bila mereka pulang kereta mereka telah dibaiki dan seperkara lagi mereka dapat kefahaman mengenai kereta mereka sendiri atau dalam ertikata lain kita mengenali diri mereka dan akan tahu apa yang perlu dilakukan dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan ini.

Mereka yang datang dengan bermacam permasalahan. Mereka datang ada yang tak kenal diri atau tak kenal pasangan tetapi bila mereka pulang mereka akan dapat mengenali diri mahupun orang sekeliling yang menjadi perantara dugaan kehidupan mereka. Pengisian ilmu bakal memberi kesedaran dan kefahaman dengan izin Allah Taala. Masalahnya dewasa ini ramai yang tak mahu mencari ilmu walaupun ilmu itu telah terpampang di hadapan mata. Mungkin masa untuk memenuhi keperluan kehidupan dewasa ini adalah jauh lebih penting dari pencarian ilmu pengetahuan menjadi penyumbang kepada faktor ini.

Apapun dengan meletakkan semuanya di tempatnya mereka pulang dalam kefahaman kehidupan yang tinggi dan InsyaAllah berada dalam driver seats untuk meneruskan kehidupan dan membuat keputusan yang terbaik. 

Kebanyakan pengisian dan artikel yang ada di blog ini begitu juga tujuannya. Untuk menerangkan yang malap dan gelap. Semoga ada dia antara isinya yang memangkinkan dan menerangkan hati anda pengunjung yang budiman. Semoga ia membuka pintu hati, mendekatkan kita semua kepada Allah Taala. InsyaAllah.

Mungkin ini fungsi saya. Anda tahu fungsi anda? Hehe..

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.