28 Mei 2010

Lakonan Dunia...


 
Hentikanlah
Lakonan dunia penuh tipudaya
Bukalah topeng yang menutup muka
Jangan kau cuba untuk memperdaya
Dengan tutur kata manis bicara

Mungkin
Mereka tak dapat meneka
Betapa tega kau bersandiwara
Matanya celik hakikatnya buta
Hatinya gelap ditutup gerhana

Ketahuilah
Aku dapat merasa setiap gerak laku dan tipu daya
Saat kebenaran berbisik di penjuru kalbuku
Aku dapat menerjemahkan
Setiap dusta dan nistamu..

Sedarilah
Kelak kau akan derita
Kerna memilih jalan sengsara
Sungguh malang nasib mahligai cintamu
Hancur berderai menjadi debu
Dibawa pergi angin yang menderu..

Ikhlas,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.