Kemaafan yang saya pinta kepada pengunjung blog ini kerana agak lama juga saya tak menulis sebarang entri dalam blog saya ini.
Apapun ini sebabnya. Saya sedang sibuk menyiapkan buku trilogi novel remaja yang saya beri tajuk Man Rempit.
Alhamdullillah di masa ketiadaan saya di ruang ini ketiga-tiga novel ini telahpun dapat saya siapkan. Tiga tajuk dalam siri tersebut ialah ;
1. Kisah Cinta Luarbiasa Seorang Mat Rempit
2. Dugaan Cinta Seorang Mat Rempit dan
3. Kegemilangan Cinta Seorang Mat Rempit
Mungkin juga ramai yang tak suka pada tema mat rempit ini tapi saya bukanlah menulis novel remaja tanpa pengisian atau tanpa didikan di dalamnya..
Ia sebenarnya adalah cerita yang dapat memberi semangat sama seperti cerita-cerita Jepun dalam Initial D, Prince of Tennis, Naruto, Samurai X dan sebagainya. Kalau dalam cerita Jepun watak heronya lemah atau kecil tetapi dia bersemangat jitu dan semangat inilah yang akhirnya membawa kejayaan kepadanya
Jadi dalam konteks ini saya menggunakan Manjoe seorang Mat Rempit sebagai watak utama yang diawal ceritanya kurang berkeyakinan menjadi seorang yang bertambah keyakinannya dari masa ke semasa hingga dia menjadi seorang yang berjaya walaupun dia mengalami pelbagai konflik dalam kehidupan.
Ia bukanlah seperti cerita Mat Rempit yang lain yang tergantung tanpa kesudahan, cerita yang saya garap ini punya klimaks untuk dijadikan pedoman ramai.
Apapun saya harap ia akan diterbitkan nanti dan saya harap ia bakal membawa kabaikan kepada sesiapa juga yang dijodohkan dengannya. InsyaAllah.
Sekian dulu.
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.
Terima kasih…
' style='padding: 0; border: none;'/>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.