15 Jun 2010

Janganlah Bunuh Semangat Kanak-Kanak.



Kes ini saya ambil dari seorang pengunjung di blog ini. Saya mengambilnya dengan harapan ia menjadi iktibar kepada kita semua agar tidak memberikan komen atau kritikan yang negatif yang boleh membunuh semangat seorang kanak-kanak.

KES 1

Dulu ketika di sekolah saya sangat gemar menulis cerita-cerita penyiasatan dan kehidupan sehingga rakan-rakan dan keluarga meminta saya menulis cerita untuk mereka di dalam buku masing-masing. Tapi kerana satu kritikan tidak percaya seorang yang lebih tua daripada saya sampai sekarang saya tidak menulis lagi. Orang itu tidak percaya saya yang berumur 15 tahun ketika itu boleh menghasilkan sebuah novel kehidupan dan digemari oleh semua rakan-rakan sekolah saya. Dia menuduh saya meniru padahal siang malam saya menulisnya dengan cuma menggunakan sebatang pen dan sebuah buku tebal.

Setelah 15 tahun saya ingin menulis kembali tetapi anehnya idea yang banyak di kepala saya tidak dapat lagi saya petakan di atas kertas. Ia jadi susah untuk dikembangkan. Saya agak ia terjadi disebabkan saya telah terlalu lama tidak menulis dan saya rasa menyesal kerana membiarkan diri saya kecewa kerana kritikan seseorang terlalu lama. Sekarang saya ingin mendapatkan kembali kepercayaan terhadap diri sendiri dan saya percaya ia belum lagi terlambat.

Terima kasih kerana menulis cerita saudara di atas kerana ia menyedarkan saya yang saya perlu berusaha kembali untuk membuktikan saya juga berbakat.

KES 2

        Ali seorang kanak-kanak yang sangat berminat bermain muzik. Semaa di rumah dia mula berjinak-jinak bermain gitar dangan tunjuk ajar bapanya. Di sekolah pula Ali terpilih mengambil bahagian dalam persembahan flute untuk Hari Penyampaian Hadiah di sekolahnya.

        Setelah meminta duit dari ayahnya untuk membeli flute tersebut  dan menjalani latihan demi latihan malangnya dlam salah satu latihan itu disebabkan satu kesilapan kecil dia telah dikeluarkan dari pasukan tanpa diberi peluang kedua oleh gurunya.

        Maka menangislah Ali kerana kecewa dan hampa kerana dikeluarkan sedemikian rupa disamping rasa malu kepada kawan-kawannya yang lain.

        Mulai saat itu tanpa disedari minat Ali terhadap seni bermain muzik ini terbunuh sama sekali. Dia tak lagi mahu bermain gitar mahupun apa-apa alat yang melibatkan muzik hinggalah dia dewasa. Trauma kejadian yang berlaku itu membelenggu dirinya.

Kesimpulannya sebagai seorang yang lebih dewasa berilah semangat dan kata-kata perangsang dan jangan bunuh semangat kanak-kanak itu dengan kritikan yang negatif. Sebenarnya ia juga jelas menunjukkan kelemahan kita sebagai seorang dewasa juga sikap kita sebagai seorang yang negatif!

        Ketahuilah kanak-kanak masih belum cukup pengisian dalam dirinya yang dapat membentuk pertahanan diri yang kukuh dan utuh dalam menangani kritikan dan teguran negatif seorang yang dewasa. Malah dalam hal ini ada juga orang yang telah dewasa yang masih lemah yang mana kritikan yang negatif boleh menyebabkan mereka merajuk dan berkecil hati.

        Apapun keadaannya sebaiknya bersifat positiflah dan berikan kritikan yang membina setiap masa dan ketika. Mungkin laman positive parenting ini boleh membantu. Klik disini.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.