07 Jun 2010

Lakonan Dunia Satu Penjelasan



 Dalam kehidupan kita bertemu dan berinteraksi dengan pelbagai jenis manusia dari pelbagai laterbelakang. Kebanyakan kita punya penerapan nilai diri yang pelbagai.

Namun demikian pada saya semua penerapan nilai diri ini kita boleh rangkumkan kepada dua sahaja. Pertamanya penerapan nilai sekular. Penerapan nilai sekular ini dalah penerapan nilai dunia yang datangnya dari akal yang logik beserta nafsu yang tek pernah puas. Nilainya mementingkan kulit luaran yang bersifat materialistik, menunjuk-nunjuk baik harta benda, ilmu pengetahuan, tubuh badan, rupa paras dan sebagainya. 

Yang keduanya ialah penerapan nilai ugama yang mendekatkan diri kita kepada Allah, yang menyebabkan kita menjadi orang yang sedar yang kita hanya singgah di muka bumi ini sementara dan masanya akan tiba untuk kita pergi meninggalkan dunia ini. Orang sebegini menjalankan kehidupan sentiasa dalam rangkuman mengingati Allah saban masa dengan berzikir, berfikir melakukan amalan yang bersesuaian dengan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Sentiasa sahaja akur dengan hukum hakam yang telah diperintahkan Allah Taala hingga sanggup mengenepikan emosi serta perasaan diri sendiri hanya kerana kepatuhannya kepada Allah. Tabiat yang bermula dengan rasa terpaksa akhirnya menjadi tabiat yang rela dan redha.

Saya sering menjelaskan perihal perbezaan ketara antara orang dunia yang banyak pengisian dunia dalam dirinya dan dibandingkan dengan orang akhirat yang lebih banyak pengisian Akhirat di dalamnya. Ia tak lain ialah bagi bagi tujuan pengukuhan kepada kefahaman.

 Tujuan saya menjelaskan perihal ini kali ini ialah kerana kadangkala dalam kehidupan kita bertemu dengan orang yang banyak ilmu agamanya tetapi tak selari dengan perbuatannya. Bila bercerita bab ugama mereka memang hebat mengalahkan ustaz malah ada juga yang pernah kita dengar menjadi ustaz yang menyampaikan ceramah kepada orang kampung yang mana akhirnya ditangkap bersekedudukan dengan pasangannya di luar ikatan pernikahan.

Mereka ini pada saya adalah golongan hipokrit. Mereka cuba menipu orang lain dengan topeng yang mereka pakai. Bila bertemu dengan orang dunia mereka minum arak arak dan berhibur sama seperti golongan ini tetapi bila bertemu dengan ahli ugama mereka boleh bertukar wajah.

Tatkala memakai topeng, cerita ugama yang disampaikan bukan calang-calang namun di belakangnya mereka menipu, mereka kaki seks, mereka membuang ibu bapa, mereka pentingkan diri sendiri, mereka hidup dalam rangkuman yang makruh dan haram tak selari dengan apa yang mereka luahkan. Ilmu tanpa penghayatan, tanpa amalan...

Kemudian tanpa mereka sendiri sedari prinsip pegangan mereka bersifat sekular cantik di luar busuk di dalam. Penuh dengan pujian tetapi tidak ikhlas, kononnya mereka sayang keluarga dan ibubapa tetapi bila diuji semua ini berderai entah kemana. Curang kepada pasangan dan sanggup membuang ibubapa. Melakukan sesuatu itu dengan pengharapan mereka mendapat pulangan dan ganjaran darinya. Keikhlasan dan sifat ehsan entah kemana dan banyak lagi.

Namun demikian bukannya susah untuk mengenali mereka ini. Cukuplah dengan kenyataan yang ini;

Orang beriman, bila suka tak terlalu gembira dan bila duka tak terlalu kecewa. Dalam ertikata lain sentiasa berada dalan keadaan yang tenang di kala suka dan duka. Oleh itu golongan yang satu lagi ini pula akan melompat terkinja-kinja bila berjaya tetapi merudum hingga mahu membunuh diri bila menemui kegagalan.

Bila diberi masa mereka menyalahgunakan masa yang diberi itu, bila diberi harta mereka membelanjakannya tempat yang salah makruh dan haram mahu menunjuk pada orang lain yang mereka punya kelebihan walhal kehidupan jiwa berada dalam keadaan yang porak poranda.  

Sudahlah... Hentikanlah lakonan ini. Janganlah disangka yang orang sekeliling bodoh dan dan tak nampak semua sandiwara ini. Bertaubatlah, luruskan jalan dan kembalilah ke tempat yang terang.

Wallahua’alam.. saya pun tak tahulah..

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Penerang

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.