18 Jun 2010

Satu Nasihat



Di sini di dalam blog ini saya cuma menyampaikan nasihat akan perkara-perkara yang saya tahu dan faham. Ianya bertujuan sebagai ingatan pada diri saya sendiri dengan harapan sedikit sebanyak ada yang membawa manfaat pada anda pembaca yang saya hormati sekelian tak kiralah anda berada dalam zaman ini atau di zaman akan datang selagi blog ini masih ada dan bertahan dalam laman web ini walaupun di masa saya telah meninggalkan dunia ini.

Apapun saya harap saya akan dapat menyampaikan sebanyak mungkin akan apa juga yang telah saya faham sepanjang saya singgah di muka bumi ini. Yang pastinya “kefahaman” itu juga hak milik Allah dan saya hanya menyampaikan apa yang telah difahamkan. Itu sahaja.

Sepanjang saya hidup sebagai seorang insan yang dilahirkan sebagai seorang melayu dalam negara Malaysia ini ( Saya boleh dilahirkan sebagai insan lain atau saya mungkin tak dilahirkan sama sekali... ) dan dengan kefahaman yang Allah kurniakan ini, saya mendapati semua manusia dilahirkan kosong tanpa pengisian. Memang benarlah ibubapa memainkanperanan utma membentuk anak-anak itu, kalau cantik lukisannya maka InsyaAllah anak itu akan terbentuk dengan cantik dan begitu jugalah sebaliknya.

Propaganda Yahudi contohnya membentuk anak yang jahat, besar kepala dan merasakan mereka raja dalam dunia ini hingga boleh menindas orang lain kerana mahu menakluk dunia. Mereka boleh berbuat apa sahaja dan mereka merasakan hanya mereka yang sepatutnya hidup di muka bumi ini. Maka tak hairanlah mereka boleh membunuh sesiapa sahaja yang cuba menghalang agenda jahat mereka ini.

Propaganda, ajaran sesat, ideologi, kepercayaan yang pelbagai elemen yang lain membentuk anak yang percaya dan hidup dalam rangkuman kefahaman dan kepercayaan yang telah diterapkan itu. Maka jadilah mereka Islam, Buddha, Hindu, Kristian atau Nasrani, komunis, sosialis, yahudi, ajaran sesat, athies, amish, mengamalkan budaya sekular dan sebagainya.

Maka di sini beruntunglah mereka yang dilahirkan sebagai seorang yang berugama Islam. Ini kerana dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam sebenarnya adalah satu nikmat besar kurniaan Allah Taala.

Mungkin ada yang percaya dan berkata, anak-anak itu telah punya prinsip dan sistem dalam diri yang tersendiri sejak dilahirkan tetapi pada saya itu langsung tak benar. Didikan anak bukanlah mudah ia peunh dengan cabaran namun setiap pengisian hendaklah diisi dalam dirinya. Sekali lagi kefahaman dan kepatuhan anak itu pada kita juga hakmilik Allah. Kita perlu terus berusaha selagi terdaya dengan harapan satu hari kefahaman itu sampai kepada anak-anak itu lantas menjadikan mereka anak yang patuh. Anak yang tidak patuh itu merupakan satu dugaan Allah Taala.

Apapun ada artikel-artikel dalam blog ini yang menerangkan serba sedikita mengenainya.

Kemudian mungkin ada yang berkata, saya seorang pengkaji sosial tetapi kenapa saya cenderung kepada Islam?

Dalam hal ini kajian yang telah saya jalankan selama ini mendapati Islam adalah ugama yang benar dan tiada apa yang dapat disangkal di dalam mana-mana konsep dan hukum hakamnya. Ia menerangkan dengan jelas setiap perkara, setiap elemen dan setiap persoalan yang diajukan kepadanya kecuali dalam perkara-perkara yang sengaja di “sorok” Allah Taala dalam perihal roh contohnya.

Kalau anda baca artikel-artikel dalam blog ini banyak bukti yang telah dipaparkan yang kita sendiri tak dapat menyangkalnya. Kita mungkin boleh mengelak dari mempercayainya dengan pelbagai alasan tetapi saya yakin ia bukanlah sesuatu yang disangkal sama sekali.

Andai pintu hati Keislaman yang terbuka dalam hati kita maka pasti kita akan menerimanya dan memasukkannya ke dalam hati tetapi andai pintu hati sekular pula yang terbuka sedangkan pintu hati keislaman tertutup maka kita akan menyangkalnya. Umpama mencurah air di daun keladi. Itu saya pasti tetapi tak mengapalah, apa yang tidak kita faham hari ini mungkin akan kita fahami dimasa akan datang bila Allah berikan kefahaman itu pada kita kelak. InsyaAllah.

Saya mendapati mereka yang dilahirkan dan dibesarkan secara spontan dari segi penerapan dan pembentukan dirinya. Yelah, sebagai manusia kita tak dilahirkan dengan manual, maka di sini saya cuba untuk menyusun semua pengisian dan penerapan ini secara objektif. Kalau dahulu anda tak tak tahu apakah pengisian yang paling bernilai maka di sini dengan membaca blog ini anda akan faham dan mungkin akan dapat mendidik anak-anak dan orang yang anda kenali di sekeliling anda kelak. Ini harapan saya. InsyaAllah.

Keadaan ini seterusnya akan menjadikan kita dapat memasukkan sebarang prinsip ke dalam diri secara objektif. Mengeluarkan yang kotor dan menggantikannya dengan yang bersih. Bemula dari diri, keluarga, masyarakat, nusa, bangsa, hingga ke peringkat global menjadikan kita semua punya akhlak dan budi pekerti yang mulia serta beriman kepada Allah dan hari akhirat. Biarlahpun ia mengambil masa yang lama, seorang demi seorang saya tetapi saya cukup yakin lambat laun ia akan menjadi bertambah ramai hari demi hari. Ia umpama semut yang merayap.

Kalau anda setuju dengan apa yang saya katakan ini maka besar harapan saya sekiranya anda boleh mengambil copy and paste artikel yang ada dalam blog ini atau linkkannya dengan blog anda agar mereka yang dijodohkan dengan blog ini mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.