07 Jun 2010

Ada Nilai Dalam Nilai




Pilihlah nilai yang paling tinggi nilainya

Penerapan nilai dalam pembentukan diri ini telah bermula semenjak kita berada dalam perut ibu kita lagi. Mengetahui hakikat ini maka orang Yahudi telah mula memperdengarkan lagu-lagu propaganda, memperdengarkan pengisian-pengisian sains, matematik dan sebagainya sejak bayi dalam perut lagi. Kemudian mereka membuat penyelidikan akan makanan yang terbaik untuk diberikan kepada anak-anak yang membesar malah mereka mengharamkan rokok dan sebarang sumber yang boleh menghalang kecerdasan kepada anak-anak mereka yang membesar dengan harapan mereka menghasilkan anak-anak yang cerdas dan cemerlang dan ini telah terbukti hingga akhirnya mereka menguasai pelbagai bidang di dunia ini lebih-lebih lagi bidang kewangan walhal mereka ini terdiri dari jumlah populasi yang sangat kecil.

Kemudian mereka mengisi anak-anak ini dengan pengulangan dan pengukuhan yang mereka adalah golongan yang paling mulia, yang paling baik dan kaum yang lain mesti dihapuskan. Mereka mahu menguasai dunia. Mereka menerapkan nilai jahat semenjak anak-anak itu kecil. Atas sebab inilah mereka ini terdiri dari gologan yang angkuh dan tak pernah berasa bersalah atas apa juga tindakan kejam yang mereka lakukan. Mereka membunuh sesuka hati kerana mereka merasakan yang orang lain, golongan lain ialah golongan yang hina dan patut dihapuskan di muka bumi ini. Mereka merasakan seakan mereka ini raja.

Saya sebenarnya pelik bila megetahui semua ini mungkin kerana sebagai seorang Islam kita dididik dengan satu sistem dalam rangkuman akhlak yang baik bersesuaian dengan fitrah hati manusia. Namun bila melihat di luar tempurung kehidupan semua ini tidak mustahil kerana ada ibubapa yang sanggup menerapkan nilai-nilai jahat ini kepada anak-anaknya. Ada bapa yang mengatakan mengadakan hubungan seks dengan anaknya yang masih mentah itu adalah salah satu cara menunjukkan kasih sayang dan ini bukan berlaku di dunia luar tetapi di dalam negara ini. Kes haruan makan anak atau sumbang mahram ini bukanlah sesuatu yang begitu asing untuk kita dengar.

Sekali lagi saya sebenarnya pelik bagaimana mereka boleh menerapkan semua kejahatan ini dalam hati sedangkan hati itu fitrahnya baik dan ia hanya menerima perkara yang baik-baik sahaja. Namun demikian tiada apa yang nak dihairankan kerana Yahudi, Nasrani dan Majusinya anak-anak itu terletak pada apa pengisian yang disampaikan oleh ibubapanya.

Pada saya cara yang paling baik untuk kita mengalahkan gerakan zionis ini juga dengan ilmu. Anak-anak generasi akan datang mesti diisi dan dididik dengan ilmu pengetahuan agar dengan ilmu pengetahuan ini akan dapat dijadikan pertahanan dan juga dapat mengalahkan pihak musuh satu hari kelak. Mungkin tidak hari ini tetapi mungkin di masa-masa akan datang kemenangan akan berpihak kepada Islam. Apapun sebenarnya itu sudah pasti kerana itu janji Allah Taala. Tapi kita tak boleh berpeluk tubuh, kita kena berusaha dari sekarang untuk menerapkan ilmu dan pengetahuan yang benar ke dalam diri anak-anak agar mereka menjadi insan yang cemerlang satu hari kelak. Insan yang bakal memertabatkan ugama, bangsa dan negara. InsyaAllah.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Penerang

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.