18 Oktober 2016

FAIZAL YUSUP DI MITI DAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera. FY dijemput sebagai Panel bagi membincangkan Practical Issues When Investing in The Stock Market pada Hari MITI yang berlangsung siang tadi 17 Oktober 2016. Mari kita sertai FY dalam kronologi bergambar sepanjang event hari ini.


FY sampai di MITI Kuala Lumpur tepat jam 10 pagi segar dan siap sedia dengan topik yang bakal dibincangkan. FY mengambil sudut pilihan atau choices kali ini bagi membentangkan isu ini.


MITI Day ini dijalankan setahun sekali bagi menemukan pelanggan MITI dengan pihak MITI agar mereka dapat beramah mesra serta mengetahui akan pelbagai peluang-peluang pekerjaan, pelaburan mahupun perniagaan yang disediakan oleh pihak MITI.

Untuk pengetahuan anda selain AP kenderaan Import pihak MITI juga merupakan agensi yang mengagihkan peruntukan saham khas bumiputera IPO bagi syarikat yang ingin tersenarai dalam Bursa Malaysia dimana kita sebagai pelabur individu boleh memohonnya.


Segmen FY sebagai panel bermula pada jam 10:30 pagi bersama Moderatornya En Khairul Ridzuan dari pihak SC, serta ahli panel yang lain dari SIDREC juga dari Bursa Malaysia. FY mewakili pihak Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia.


Pentas sudahpun sedia, Aksi akan bermula tak lama lagi.


Ramai orang telah berpusu-pusu datang untuk melihat dan mengalami sendiri segala apa yang ditawarkan di sini pada hari ini.


Giliran FY tiba setelah pengenalan oleh pihak SC, Investors Disputes oleh pihak SIDREC dan Investors Information oleh pihak Bursa Malaysia. FY membawa topik Choices yang mana para pelabur baru yang ingin melabur mesti tahu memilih alternatif pelaburan yang betul, Broker yang betul, Akaun CDS yang betul, Platform Online yang betul, Remisier yang betul, Strategi yang betul, Analisis yang betul kerana pilihan yang salah boleh membawa padah!


 Selesai event, FY sempat bertemu dengan Presiden serta kawan-kawan ahli exco Persatuan Remisier Bumiputera yang datang menyokong. Kemudian kami melawat booth-booth di sana sebelum melangkah pulang untuk tugasan yang lain pula.

Sekian dulu catatan hari ini,

FY
www.faizalyusup.net

' style='padding: 0; border: none;'/>

USAHASAMA FY DAN DATO' MD FADZILAH KAMSAH

Assalamualaikum serta salam sejahtera...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Taala kerana dengin izinNya menemukan FY dengan idola pakar motivasi negara iaitu Dato' MD Fadzilah Kamsah. FY juga telah lama meminati beliau memandangkan di awal kerjaya FY dahulu sekembalinya dari USA FY juga pernah mencuba nasib dalam bidang ini namun ia tidak kesampaian atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. Pun begitu FY sempat menulis 4 buah buku motivasi selama 14 tahun berkecimpung dalam bidang tersebut sebelum FY mengambil keputusan untuk beralih arah kembali ke bidang pelaburan saham, Bidang dimana FY memperolehi Diploma UITM dan Ijazah dari Uni of Nebraska, Lincoln dahulu.

Apapun setelah sekian lama atas sebab yang tertentu Allah Taala telah menyusun FY untuk bertemu dengan Yang Berbahagia DMFK ini tapi kali ini untuk berpadu tenaga menjalankan kombinasi seminar saham dunia melalui pelaburan di Bursa Malaysia juga seminar saham akhirat melalui pengisian-pengisian pembentukan rohani bagi membuka pintu rezeki.

InsyaAllah gabungan kami berdua ini bakal membawa kebaikan yang banyak kepada pembangunan Ummah. Apapun FY akan cuba untuk melakukan yang terbaik.



Untuk permulaan seminar pertama gabungan FY dan DMFK ini ialah seminar tertutup hanya untuk peserta jemputan sahaja dengan harga promosi yang murah.


Seminar untuk anda semua dengan penampilan khas bersama DMFK sedang dirangka dan InsyaAllah akan ke udara tak lama lagi.

Semoga usahasama ini bakal membawa kebaikan kepada kita semua. InsyaAllah.

Sekian dulu,

FY
www.faizalyusup.net
0166667430

Download Ebook percuma di www.faizalyusup.my
Group WhatsApp saham percuma FY hubungi FY 0166667430
Buka akaun CDS hubungi En Yasin 0193346570
Seminar Saham hubungi Puan Azila 0166641755
Sesi Personal Coaching Saham Live Trading hubungi Ramzi 0173730513

' style='padding: 0; border: none;'/>

17 Oktober 2016

13 Oktober 2016

BIAR GAMBAR BERBICARA - ALBUM FY 2016










































' style='padding: 0; border: none;'/>

SEHARI BERSAMA MITI = MITI DAY 17 OKTOBER 2016

PELABUR SAHAM
*********************
MITI DAY - Jumpa FY sebagai panel dalam Forum Practical Issues When Investing in The Stock Market pada jam 10:30 hingga 11:30 pada Isnin 17 Oktober 2016.




' style='padding: 0; border: none;'/>