24 Julai 2011

Seminar Buat Duit di Pasaran Saham / Seminar Prospek Melabur di Bursa Malaysia



Catatan 23 Julai 2011

Alhamdulillah semalam buat pertama kalinya FY dengan kerjasama Minda Usahawan telah berjaya menjalankan Seminar Sehari – Prospek Melabur di Bursa Malaysia bertempat di Hotel Vistana dengan jayanya. Seramai 30 orang peserta mengambil bahagian yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat tak kira dari usahawan, pegawai kerajaan, kekitangan swasta, Pengarah Syarikat, Cikgu, Pengurus Besar dan sebagainya hadir ke seminar tersebut.

Seminar itu dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Koordinator Program En. Din Deraman sebelum FY mengambil tempat menyampaikan ceramah pada sesi pagi itu. Pada FY ia merupakan satu cabaran besar kerana peserta yang datang terdiri dari pelbagai latar belakang, ada yang telah punya ilmu pasaran saham dan ada juga yang belum. Bagi memastikan semua dapat memahami apa yang ingin FY sampaikan maka FY mengambil langkah memulakan pengisian dari elemen asas dalam aspek pelaburan ini. Antara pengisian yang FY sampaikan ialah ;

·         Pengenalan kepada Bursa Malaysia
·         Strategi Pelaburan
·         Instrumen Pelaburan
·         Risiko serta Pulangan Pelaburan
·         Penyenaraian Syarikat di Bursa Malaysia
·         Kaedah buat Duit dari IPO
·         Kaedah buat duit melalui Placement
·         Kaedah buat Duit melalui IPO MITI
·         Kaedah buat Duit melalui IPO Awam
·         Kaedah buat Duit melalui Ready Market
·         Teknik memilih saham menguntungkan di Bursa Malaysia serta
·         14 Tip memilih saham

Sesi yang bermula pada jam 830 pagi itu berakhir pada jam 12:45 sebelum kami semua pergi makan tengahari.

Jam 2 petang Sesi Analisa Financial dimulakan oleh En Shamsudin Yahaya CFA. Antara pengisian utama beliau adalah ;

·         Pengenalan kepada Penyata Kewangan
·         Memahami Ratio Profitability
·         Memahami Ratio Gearing
·         Memahami Ratio PE
·         Memahami EPS
·         Perbandingan syarikat
·         Bagaimana menentukan Fair Value atau Target Price
·         Kaedah buat duit melalui Waran dan Call Waran

Sesi ini kemudian ditutup dengan sesi soal jawab dan seterusnya penyampaian sijil penyertaan.

Apa yang FY boleh katakan ialah semuanya berjalan dengan lancar dan dari feedback yang FY terima FY yakin mereka yang hadir berpuas hati dengan apa yang pihak kami cuba kongsikan dengan matlamat amnya meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam pasaran saham serta matlamat khususnya untuk peserta buat duit di Pasaran Saham bagi meningkatkan ekonomi keluarga disamping itu juga ia merupakan Jihad Ekonomi bagi membangunkan ekonomi ummah.

Peserta juga dapat berkenalan antara satu sama lain, mengeratkan silaturrahim juga menambah jaringan kenalan yang mungkin boleh dijadikan sebab untuk satu-satu aktiviti yang mungkin boleh menjana keuntungan kepada pihak yang terlibat.

Kepada semua peserta seminar ini FY ucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta tahniah dan semoga anda semua berjaya dalam aspek pelaburan saham ini. Lebih penting lagi di dunia dan di akhirat. Maafkan FY serta pihak urusetia andaikata ada salah dan silap dalam mengendalikan program ini.

Apapun FY yakin ia tak berakhir di sini kerana InsyaAllah kalau ada jodoh kita akan bertemu lagi baik di alam maya mahupun di alam nyata.

Sekali lagi terima kasih FY ucapkan atas sokongan anda semua.

Sekian dulu buat kali ini.

FY. 

' style='padding: 0; border: none;'/>

13 Julai 2011

Target Price Old Town, Inari, Bumi Armada Berhad, Prestariang serta tarikh Penyenaraian

Target Price Old Town, Inari, Bumi Armada, Prestariang serta tarikh Penyenaraian.

13 Julai – Oldtown - Fair Value RM1.50 by HDBS

19 Julai – Inari Fair Value - RM0.38 by Kenanga

21 Julai - Bumi Armada - Fair Value RM4.05 by HDBS Vickers.

27 Julai – Prestariang – Fair Value RM0.98 by TA




Untuk pengetahuan anda, FY ada menjalankan seminar sehari – seminar celik saham di Bursa Malaysia yang akan diadakan pada 21 Jun 2011 di Vistana Hotel. Seminar ini juga akan menerangkan dengan jelas mengenai IPO MITI ini dan ia masih terbuka untuk pendaftaran. Tempat adalah terhad. Oleh itu daftarkan diri anda secepat mungkin!


Sekian dulu,



FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.



Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

12 Julai 2011

IPO MITI TERKINI - GABUNGAN AQRS BERHAD

Berikut adalah peruntukan saham khas Bumiputera yang terkini di MITI.

GABUNGAN AQRS BERHAD

Harga tawaran  - Hubungi pihak MITI
Harga PAR – RM0.25 seunit
Jumlah saham yang diperuntukkan - 36,000,000 unit
Syarikat Bunseng Holdings Berhad ini terlibat dalam perniagaan pembinaan dan pembangunan hartanah.
Ia akan disenaraikan di Papan Utama Utama, Bursa Malaysia
Bank penasihat - Affin Investment Bank Berhad

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
26 Julai 2011 (Isnin)

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat ini layari link berikut ;


Untuk mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memohon saham ini hubungi FY melalui emel : greng70@yahoo.com.




Juga untuk pengetahuan anda, FY ada menjalankan seminar sehari – seminar celik saham di Bursa Malaysia yang akan diadakan pada 21 Jun 2011 di Vistana Hotel. Seminar ini juga akan menerangkan dengan jelas mengenai IPO MITI ini dan ia masih terbuka untuk pendaftaran. Tempat adalah terhad. Oleh itu daftarkan diri anda secepat mungkin!

Sekian dulu,

FY Al Haj

0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.


Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

Soalan-Soalan Lazim Berkenaan IPO MITI

Anda tanya FY tolong jawabkan...

1.   Untuk permohonan individu, borang individu tidak mempunyai ruang untuk memilih IPO, jadi macam mana Miti nak tahu IPO yang kita ingin melabur?
Kita perlu hantarkan cover letter yang mengatakan berapa banyak yang ingin dipohon dan saham mana yang dipohon.

2.   Adakah borang permohonan yang di download diakui terima oleh MITI?
Borang permohonan yang di download mahupun di photocopy juga diakui dan boleh diterima.

3.   Di peringkat mana yang akan diberitahu berjaya atau tidak oleh MITI?
Dalam masa 2 atau 3 minggu selepas mereka akan proses dan akan memberitahu melalui email, fax dan kepada pihak PRIBUMI akan permohonan yang berjaya.

4.   Kalau dah buat permohonan individu MITI, masihkah boleh buat permohonan melalui form biasa?
Boleh. Itu tak menjadi masalah.

5.   Bagaimanakah MITI membuat pengagihan saham, adakah melalui balloting?
Tidak. Ia berdasarkan kedudukan kewangan dan beberapa kriteria lain yang mereka tetapkan. Selalunya andaikata pemohon punya kedudukan kewangan yang kukuh kebarangkalian untuk berjaya amat tinggi.

6.   Bagaimanakah PRIBUMI membantu?
Pribumi akan membantu dari proses mula dokumentasi hingga akhir iaitu sampai ke tahap pembayaran saham tersebut kepada pihak Bank Penasihat.



Juga untuk pengetahuan anda, FY ada menjalankan seminar sehari – seminar celik saham di Bursa Malaysia yang akan diadakan pada 21 Jun 2011 di Vistana Hotel. Seminar ini juga akan menerangkan dengan jelas mengenai IPO MITI ini dan ia masih terbuka untuk pendaftaran. Tempat adalah terhad. Oleh itu daftarkan diri anda secepat mungkin!



FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.



Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

08 Julai 2011

SEMINAR SEHARI – GANDAKAN WANG ANDA DI BURSA SAHAM SESI KHAS : SAHAM PERUNTUKAN KHAS BUMIPUTRA MITI – PELUANG PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN !!!

SEMINAR SEHARI – GANDAKAN $$$$ ANDA DI BURSA SAHAM
SESI KHAS : SAHAM PERUNTUKAN KHAS BUMIPUTRA MITI – PELUANG PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN !!!


-      Mengapa saham MSM melonjak dari RM3.50 kepada RM5.18 dan saham UOA pula menjunam dari RM2.60 kepada RM2.20?
-      [Rekod dicatat pada 5 Julai 2011]

Kami akan membongkar rahsia ini dalam seminar sehari ...
Jangan lepaskan peluang keemasan ini !!!

OBJEKTIF SEMINAR

Selepas menghadiri seminar sehari ini, pelabur dan bakal pelabur akan memahami perkara- perkara berikut :

-      Teknik Berkesan Melabur Saham di Bursa Malaysia
-      Mencungkil Peluang Pelaburan Menguntungkan Melalui IPO di MITI
-      Memahami Analisa Asas, Kewangan dan Teknikal
-      Rahsia Menganalisa Saham Yang Menguntungkan

KANDUNGAN SEMINAR

Aspek Asas :
-      Global dan Domestik
-      Makro dan Mikro
-      Industri / Sektor
-      Kedudukan Syarikat
Aspek Kewangan :
-      Kedudukan Kewangan Syarikat
-      Ratio / Nisbah
-      Cashflow
Aspek Teknikal :
-      Carta-Carta Analisis
-      Gelagat Saham / Stock Behavior

MAKLUMAT PROGRAM

Pada                                 : 23 Julai 2011 (Sabtu)
Masa                                 : 8:30 pagi – 5:30 petang
Bertempat                          : Hotel Vistana, Kuala Lumpur.
Yuran Penyertaan                : RM390.00
Penceramah 1                     :
En. Faizal Yusup  ( Remisier –Kenanga Investment Bank Berhad )
Penceramah 2                    :
En. Shamsuddin Yahaya ( Chartered Financial Analyst )

JADUAL PROGRAM

Masa                8:30 pagi – 5:30 petang
8:30                 Pendaftaran dan Minum Pagi
9:00                  Aspek Fundamental
11:00                Aspek Financial
1:00                 Rehat Makan Tengahrai & Solat Zohor
2:30                  Aspek Technical
4:30                  Sesi Soal Jawab
5:30                 Minum Petang & Bersurai

SIAPA YANG PATUT HADIR?

-  Pelabur Baru dan Pelabur berpengalaman yang ingin meningkatkan pengetahuan dalam pelaburan ekuiti.
-      Pelabur yang mahu mengambil peluang keuntungan dari pelaburan melalui Saham Peruntukan Khas di MITI atau Saham Terbitan Awam yang baru.
-      Mereka yang mahu meningkatkan status ekonomi.


SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI  :

SdP CONSULTANCY & SERVICES (ROB: 001764399-W)
3-1-1 JALAN MEDAN PB/1A SEKSYEN 9 , BANDAR BARU BANGI 43650 KAJANG SELANGOR
HP: 013- 368 5157 [DinDeraman], HP : 012 654 0130 [FY-Faizal Yusup]


Seminar ini terbuka kepada 30 peserta yang terawal dengan maksima seramai 40 orang peserta sahaja. Oleh itu daftar segera!

Percayalah seminar ini akan menjadikan anda seorang pelabur yang bijak!

' style='padding: 0; border: none;'/>

06 Julai 2011

Target Price IPO Bumi Armada dan Old Town

Setakat ini 

- Hwang DBS Vickers bagi target price RM4.05 untuk Bumi Armada 

dan 

- MBB pula memberikan target price RM1.50 untuk Old Town Coffee.

Kalau FY jumpa research yang lain nanti akan FY nyatakan di sini.

FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

TAWARAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA TERKINI BUNSENG HOLDINGS BERHAD


BUNSENG HOLDINGS BERHAD

Harga tawaran  - Hubungi pihak MITI atau hubungi FY di 012 654 0130
Harga PAR - RM1.00 seunit
Jumlah saham yang diperuntukkan - 16,000,000 unit
Syarikat Bunseng Holdings Berhad ini terlibat dalam perniagaan pemasaran dan pengedaran perkakasan.
Ia akan disenaraikan di Papan Utama Utama, Bursa Malaysia
Bank penasihat - CIMB Investment Bank Berhad

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
18 Julai 2011 (Isnin)

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat ini layari link berikut ;


Untuk mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memohon saham ini hubungi FY melalui emel : greng70@yahoo.com.



Juga untuk pengetahuan anda, FY ada menjalankan seminar sehari – seminar celik saham di Bursa Malaysia yang akan diadakan pada 21 Jun 2011 di Vistana Hotel. Seminar ini juga akan menerangkan dengan jelas mengenai IPO MITI ini dan ia masih terbuka untuk pendaftaran. Tempat adalah terhad. Oleh itu daftarkan diri anda secepat mungkin!



Sekian dulu.

FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

01 Julai 2011

Pelaburan Untuk Peningkatan Diri / Modal Insan




Kita dilahirkan dengan keinginan untuk menentu dan mengawal hala tuju hidup. Ia adalah kunci kepada kejayaan dan kehidupan yang lebih baik- Robert Foster Bennet.

Kita adalah penentu kepada nasib kita, samada baik atau buruk. Situasi ekonomi global dan krisis kewangan yang meleset mungkin menjejaskan prestasi perniagaan atau menghentikan operasi mereka sehingga menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan. Namun, ini bukanlah alasan untuk anda berputus asa, sebaliknya inilah masanya untuk memikirkan semula apa yang penting bagi diri serta apa yang perlu diutamakan. Perkara ini sangat penting agar anda mampu memacu masa depan dengan langkah yang sewajarnya.

Kitaran Ekonomi

Sebagaimana yang diketahui, aktiviti ekonomi bergerak dalam kitaran. Penguncupan ekonomi yang berlaku pada masa ini tidak akan berlanjutan buat selama-lamanya. Pada penghujung peringkat ini, apa yang biasanya berlaku ialah penyusunan semula perniagaan dan pembayaran hutang tertunda oleh pengguna. Setelah mengharungi peringkat penyatuan, pengguna akan kembali yakin dengan keadaan ekonomi dan mula berbelanja. Ini menandakan  permulaan untuk peringkat pemulihan. Walaupun sukar untuk meramalkan bila trend aktiviti akan meningkat, masih ada peluang keemasan yang menanti anda dalam ekonomi yang meleset ini. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah berfikir secara positif dan bijak bertindak untuk masa depan yang lebih cerah.

Salah satu peluang utama yang perlu direbut dalam keadaan ekonomi yang serba kekurangan ini ialah pembangunan modal insan.
Menambah nilai modal insan anda

Setelah bekerja, kebanyakan orang mengabaikan aspek latihan dan peningkatan kemahiran. Selain latihan semasa bekerja yang  perlu dibuat samada suka ataupun tidak, anda tidak memberikan perhatian yang serius kepada aspek latihan yang lebih formal dalam usaha untuk terus membangunkan potensi diri.

Lama kelamaan, perkara yang dilakukan menjadi rutin dan anda tidak lagi memerlukan usaha keras untuk melaksanakan kerja tersebut. Ada kemungkinan anda akan menjadi seperti ’robot’ yang hanya bertindak mengikut arahan dan tidak sukakan perubahan. Inilah bahayanya apabila anda mula rasa terlalu selesa dengan kerja yang dilakukan. Jika ada kerja ataupun jawatan baru yang ditawarkan, mungkin anda berasa serba tidak kena dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya. Ini sudah menjadi satu perkara biasa bagi ramai orang, dan akibatnya, ramai juga yang takut untuk menimba ilmu dan mencari kemahiran baru. Ilmu dan kemahiran baru ini dikhuatiri menjadi sesuatu yang perlu diamalkan dalam skop kerja ataupun jawatan baru kelak.

Masa untuk bangkit semula!

Selain itu, ramai orang mempunyai tanggapan negatif terhadap pengurangan tenaga kerja ataupun pembuangan kerja. Namun, persepsi ini haruslah dilihat daripada aspek positif kerana secara tidak langsung, apa yang diperolehi dalam situasi sebegini ialah tempoh masa untuk anda berehat, berfikir semula dan merangka strategi yang mampu mendatangkan kebaikan buat diri sendiri.  Mungkin anda ingin bertukar bidang pekerjaan, memulakan perniagaan atau bekerja sendiri. Gunakanlah masa yang ada sebaik-baiknya untuk menambahkan kemahiran ataupun memperolehi kelulusan dalam sesuatu bidang lain yang anda minati tetapi tidak berpeluang melakukannya sebelum ini.

Gunakan modal insan untuk membangunkan modal kewangan 

Kita seringkali bercakap mengenai cara untuk mengembangkan modal kewangan, manakala isu perkembangan modal insan pula kerapkali diketepikan. Ini adalah suatu pandangan yang harus diperbetulkan secepat mungkin kerana pelaburan dalam modal insan sebenarnya dapat menjana kekayaan dalam jangka masa panjang. Pada usia muda, kita sering menitikberatkan kemahiran dan ilmu yang dimiliki untuk menjana kekayaan sebagai bekalan di masa hadapan. Apabila usia semakin meningkat, modal insan diri mula diketepikan demi memperkembangkan modal kewangan ke tahap yang membolehkan anda bergantung sepenuhnya pada modal kewangan tersebut. Di sinilah anda mula menempuhi alam persaraan.

Oleh yang demikian, kita mesti mempertingkatkan mutu modal insan selagimana kita mempunyai peluang untuk melakukannya.  Inilah salah satu aspek yang ditekankan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua, dimana  rakyat Malaysia digalakkan untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau dalam bidang berbeza. Bagi merealisasikan hasrat pakej rangsangan ini, kerajaan telahpun menyediakan kemudahan bagi rakyat Malaysia dalam bentuk subsidi bagi kursus-kursus tertentu. Rebutlah peluang ini bagi membolehkan anda terus berdaya saing dalam persekitaran yang semakin mencabar seperti sekarang.

Persediaan untuk peringkat pemulihan 

Berbekalkan kemahiran dan ilmu baru yang diperolehi, anda akan berupaya menarik perhatian lebih ramai bakal majikan yang tentunya menghargai kepelbagaian dari segi bakat dan pengetahuan. Jangan sesekali mengehadkan kebolehan anda. Ini kerana kebolehan memperluaskan bidang ilmu dan mempelbagaikan kemahiran akan menjadi batu loncatan bagi anda untuk maju ke hadapan apabila pasaran kembali seperti sediakala.

Sesetengah orang mungkin ingin  merebut peluang ini untuk memulakan perniagaan sendiri.

Biarpun ada yang berpandangan yang langkah ini agak berisiko kerana pasaran tidak menentu, janganlah lepaskan peluang tersebut sekiranya harapan untuk anda berjaya amat cerah. Malah, tindakan ini mungkin berpihak kepada anda dengan adanya kos pembiayaan yang rendah dan insentif yang disediakan kerajaan untuk usahawan baru. Selain itu, kos anda boleh dikurangkan lagi dengan membeli peralatan dan kelengkapan pada harga yang lebih murah. Ini semua dapat membantu menjayakan perniagaan anda.

Inilah yang dimaksudkan kata-kata yang kerapkali diulangi pakar-pakar pelaburan – “dalam setiap krisis, ada peluang untuk direbut”. Ia bergantung kepada cara anda menginterpretasikan  sesuatu situasi; sama ada anda menganggapnya sebagai cabaran ataupun masalah. Anggaplah setiap satu halangan itu sebagai cabaran. Dengan itu, barulah anda dapat menemui peluang yang wujud dalam setiap masalah yang dihadapi.

SECURITIES INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION (SIDC), peneraju bidang pendidikan, latihan dan sumber maklumat berkaitan pasaran modal di ASEAN, adalah cabang pendidikan dan pembangunan bagi Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1994 dan diperbadankan pada 2007.

Sila layari laman web Pelabur Malaysia, www.min.com.my untuk mendapatkan panduan pelaburan bijak.

' style='padding: 0; border: none;'/>