Catatan 23 Julai 2011
Alhamdulillah semalam buat pertama kalinya FY dengan kerjasama Minda Usahawan telah berjaya menjalankan Seminar Sehari – Prospek Melabur di Bursa Malaysia bertempat di Hotel Vistana dengan jayanya. Seramai 30 orang peserta mengambil bahagian yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat tak kira dari usahawan, pegawai kerajaan, kekitangan swasta, Pengarah Syarikat, Cikgu, Pengurus Besar dan sebagainya hadir ke seminar tersebut.
Seminar itu dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Koordinator Program En. Din Deraman sebelum FY mengambil tempat menyampaikan ceramah pada sesi pagi itu. Pada FY ia merupakan satu cabaran besar kerana peserta yang datang terdiri dari pelbagai latar belakang, ada yang telah punya ilmu pasaran saham dan ada juga yang belum. Bagi memastikan semua dapat memahami apa yang ingin FY sampaikan maka FY mengambil langkah memulakan pengisian dari elemen asas dalam aspek pelaburan ini. Antara pengisian yang FY sampaikan ialah ;
· Pengenalan kepada Bursa Malaysia
· Strategi Pelaburan
· Instrumen Pelaburan
· Risiko serta Pulangan Pelaburan
· Penyenaraian Syarikat di Bursa Malaysia
· Kaedah buat Duit dari IPO
· Kaedah buat duit melalui Placement
· Kaedah buat Duit melalui IPO MITI
· Kaedah buat Duit melalui IPO Awam
· Kaedah buat Duit melalui Ready Market
· Teknik memilih saham menguntungkan di Bursa Malaysia serta
· 14 Tip memilih saham
Sesi yang bermula pada jam 830 pagi itu berakhir pada jam 12:45 sebelum kami semua pergi makan tengahari.
Jam 2 petang Sesi Analisa Financial dimulakan oleh En Shamsudin Yahaya CFA. Antara pengisian utama beliau adalah ;
· Pengenalan kepada Penyata Kewangan
· Memahami Ratio Profitability
· Memahami Ratio Gearing
· Memahami Ratio PE
· Memahami EPS
· Perbandingan syarikat
· Bagaimana menentukan Fair Value atau Target Price
· Kaedah buat duit melalui Waran dan Call Waran
Sesi ini kemudian ditutup dengan sesi soal jawab dan seterusnya penyampaian sijil penyertaan.
Apa yang FY boleh katakan ialah semuanya berjalan dengan lancar dan dari feedback yang FY terima FY yakin mereka yang hadir berpuas hati dengan apa yang pihak kami cuba kongsikan dengan matlamat amnya meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam pasaran saham serta matlamat khususnya untuk peserta buat duit di Pasaran Saham bagi meningkatkan ekonomi keluarga disamping itu juga ia merupakan Jihad Ekonomi bagi membangunkan ekonomi ummah.
Peserta juga dapat berkenalan antara satu sama lain, mengeratkan silaturrahim juga menambah jaringan kenalan yang mungkin boleh dijadikan sebab untuk satu-satu aktiviti yang mungkin boleh menjana keuntungan kepada pihak yang terlibat.
Kepada semua peserta seminar ini FY ucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta tahniah dan semoga anda semua berjaya dalam aspek pelaburan saham ini. Lebih penting lagi di dunia dan di akhirat. Maafkan FY serta pihak urusetia andaikata ada salah dan silap dalam mengendalikan program ini.
Apapun FY yakin ia tak berakhir di sini kerana InsyaAllah kalau ada jodoh kita akan bertemu lagi baik di alam maya mahupun di alam nyata.
Sekali lagi terima kasih FY ucapkan atas sokongan anda semua.
Sekian dulu buat kali ini.
FY.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.