31 Mei 2011

Kisah Saham IPO - Saham Terbitan Awam

Salam sejahtera...

Kebelakangan ini saham IPO kembali menjadi sasaran pelabur saham di negara ini. Sebabnya mudah. Ini kerana kebelakangan ini saham-saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia tak kira samaada saham itu saham Papan ACE mahupun saham di papan utama semuanya naik mendadak dengan premium yang baik.

Di tahun 2010 kebanyakan saham-saham ini tak laku kerana saham-saham IPO ini merugikan kerana kebanyakannya dibuka dengan harga yang lebih rendah dari harga yang ditawarkan.

Kenapa demikian, sedangkan adakalanya saham-saham yang bakal disenaraikan atau diapungkan ini tidak mempunyai asas perniagaan yang kukuh?

Jawapannya mudah, Pasaran saham KLCI telah berada di tahap yang tertinggi dan trading range pada ketika ini adalah di antara 1480 hingga 1550 dan ia telah berada di sini buat satu jangkamasa yang lama. Dalam ertikata lain pada saat ini begitu sukar untuk membuat keuntungan di pasaran saham terbuka walaupun kita memilih saham yang mempunyai asas yang baik. Laporan Kewangan yang baik dikeluarkan pada penghujung Mei ini juga tak memberi kesan yang besar kepada harga saham di pasaran.

Jadi, salah satu "jalan" untuk mencari wang dalam pasaran saham pada masa ini ialah dengan membeli saham IPO atau saham terbitan awam yang ditawarkan. Namun percayalah ini semua tak lama. Selagi permintaannya di kalangan para pelabur masih melebih penawarannnya dan selagi saham-saham itu oversubscribe maka saya yakin  banyak lagi ruang untuk pelabur membuat keuntungan. Pada masa ini valuation saham IPO yang bakal disenaraikan tidak berapa dipedulikan, apa juga yang ada pasti akan dibeli oleh para pelabur bagi mendapatkan keuntungan. 


Semasa saya pergi mengambil permohonan saham IPO untuk UOA, Prestariang malah Inari tak berapa ramai yang berada di MITI tetapi semasa mengambil permohonan saham MSM jumlah pelabur yang datang berkali ganda. Ini petanda yang demand untuk saham-saham IPO ini meningkat dengan begitu ketara dan ia juga membawa petanda yang kemungkinan besar saham itu akan naik kelak tatkala disenaraikan.


Apapun berhati-hatilah, ini kerana menganalisa asas kewangan satu-satu syarikat itu amat penting dalam keputusan untuk membeli saham-saham yang ditawarkan ini. Buat masa ini semua IPO yang disenaraikan menguntungkan namun nanti akan tiba  masanya ada diantara syarikat yang ditawarkan merugikan. Jadi berhati-hatilah. Bila semua orang Tom, Dick and Harry sudah masuk ke dalam pasaran itu sebenarnya petanda untuk kita keluar. Buat masa ini enjoy the ride!

Sekian dulu.



' style='padding: 0; border: none;'/>

IPO MITI - HARGA INDIKATIF BUMI ARMADA



Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa harga tawaran bagi saham Bumi Armada Berhad adalah indikatif RM3.15 seunit. Sekiranya Y. Bhg. Tan Sri/Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan berminat untuk melanggan saham khas ini, sila kemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:


SYARIKAT

1.   Surat Iringan daripada syarikat yang memohon saham khas dengan menyatakan jenis saham yang dipohon dan bilangan unit saham yang dipohon

2.   Mengisi Borang Profil Syarikat dengan Lengkap

3.   Borang 24 dan 49 yang terbaru dan telah disahkan oleh Setiausaha Syarikat

4.   Penyata Kewangan Beraudit yang terkini dan telah disahkan oleh Setiausaha Syarikat

5.   Penyata Bank 3 bulan terakhir syarikat yang telah disahkan oleh pegawai bank institusi berkaitan

6.   Lain-lain bukti kewangan tunai seperti kemudahan overdraf syarikat dan simpanan tetap syarikat yang telah disahkan oleh institusi berkaitan.

7.   Pegawai Kerajaan perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Ketua Jabatan untuk melanggan saham khas ini.

8.   Keputusan Resolusi daripada Ahli Lembaga Pengarah untuk pembelian saham khas ini.

INDIVIDU

1.   Mengisi Borang Profil Individu dengan Lengkap

2.  Surat Iringan daripada individu yang memohon saham khas dengan menyatakan jenis saham yang dipohon dan bilangan unit saham yang dipohon

3.   Penyata Bank 3 bulan terakhir pemohon yang telah disahkan oleh pegawai bank institusi berkaitan

4.   Lain-lain bukti kewangan tunai pemohon seperti kemudahan overdraf, simpanan tetap, ASB dan Tabung Haji yang telah disahkan oleh pegawai institusi berkaitan.

PERINGATAN:

     i.        Pastikan dokumen yang dihantar adalah lengkap seperti butiran di atas.
    ii.        Permohonan yang diterima adalah melalui pos, kurier atau serahan tangan. Permohonan melalui faks dan emel adalah tidak diterima.
  iii.        Penghantaran dokumen kali kedua sebagai contoh: Menghantar dokumen tambahan seperti surat pembiayaan daripada bank dan sebagainya adalah tidak diterima.
  iv.        Keputusan peruntukan adalah tertakluk kepada MITI dan ia adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan diterima.

2. Tarikh tutup permohonan adalah 7 Jun 2011 (Selasa) sebelum jam 5.30 petang. Kelewatan dalam mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan tidak akan dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.

Sumber : MITI


' style='padding: 0; border: none;'/>

26 Mei 2011

Saham Peruntukan Khas Bumiputera MITI - MSM Holdings Berhad

Kepada pemohon-pemohon saham Peruntukan Khas Bumiputera  MITI - MSM Holdings Berhad. Senarai nama mereka yang berjaya akan dikeluarkan pada hari Jumaat 27 Mei 2011 jam 3 petang. Sila rujuk kepada Remisier anda, Pihak PRIBUMI atau menghubungi pihak MITI sendiri bagi mengetahui status permohonan anda.


Sekian.


FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

25 Mei 2011

Desa Kasia, Nilai, Negeri Sembilan

Salam sejahtera,

Selamat berkunjung ke website Faizal Yusup Exco Persatuan Penduduk Desa Kasia, Nilai. Alang-alang singgah lepaklah dulu baca satu dua artikel dalam laman web ini.

dan mereka yang sedang mencari website Desa Kasia,
Linknya adalah seperti berikut.


Atau anda boleh juga menyertai kami dengan mencari Komuniti Desa Kasia di Facebook ;

Desa Kasia Community

Berikut ini pula adalah senarai nombor-nombor penting ahli Exco untuk dihubungi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan.


Pembayaran Deposit dan Yuran


- Sdr Rahmat bin Khalil di No HP : 012-2052393
Stiker Kenderaan 
- Sdr Ruzlan bin Hassan di No HP : 013 3883511
Mengemaskini profil peribadi 
- Sdr LT.KDR (B) Abd Aziz bin Ismail di No HP : 012 2048614.

Biro Penerangan
- Sdr Faizal Yusup di No HP : 012 654 0130

Sekian dulu.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Saham Peruntukan Khas Bumiputera MITI - Inari Berhad

Kepada pemohon-pemohon saham Peruntukan Khas Bumiputera  MITI - Inari Berhad. Senarai nama mereka yang berjaya telahpun keluar. Sila rujuk kepada Remisier anda, Pihak PRIBUMI atau menghubungi pihak MITI sendiri bagi mengetahui status permohonan anda.

Sekian.

FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

Saham IPO MITI - Prestariang

Salam sejatera,

Kepada pelabur yang memohon Saham IPO Prestariang melalui Saham Peruntukan Khas Bumiputera MITI, Senarai peruntukan saham tersebut telahpun keluar pada 24 Mei 2011 jam 10 pagi semalam. Harap Maklum.

Sekian.

FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

24 Mei 2011

Sham Kamikaze Insaf Selepas Dapat Hidayah


Salam sejatera,

Hari ini FY terpanggil untuk menganalisis akan kisah saudara Sham Kamikaze ini selepas FY menonton akan kisahnya di Youtube baru-baru ni. 

Dalam kisah ini, menurutnya dia mendapat hidayah selepas ditakdirkan Allah bertemu dengan Imam Makkah ketika dia singgah di satu masjid di Perlis kalau tak silap FY. Apapun dalam hal ini apa yang FY selalu ceritakan di dalam blog ini. Hidayah itu hakmilik Allah dan akan diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Pada FY, perkara pertama bagi Sham di sini ialah di ada NIAT untuk mencari kebenaran. Keduanya dia melakukan PENGORBANAN untuk mencari kebenaran dengan berusaha membaca blog Dr Asri mahupun pergi ke Perlis untuk mencari kebenaran tersebut. Dalam hal ini kita dapat lihat yang dia yang berusaha MENCARI kebenaran tersebut dan bukan hanya menunggu kebenaran dan hidayah itu datang ke dalam hatinya.

Kepada mereka yang berkata "hari ni aku jahat dan nanti satu hari aku akan jadi baik bila mendapat hidayah"... Janganlah begitu kerana FY yakin bagi kebanyakan kita hidayah itu takkan datang tanpa kita berbuat apa-apa. Ia takkan datang kalau kita hanya duduk diam dan meneruskan kehidupan dalam arus kehidupa keduniaan. Sepertimana kita kena bangun dan bangkit untuk mencari rezeki begitu juga kita kena bangun dan bangkit untuk mencari Allah, dengan mencari ilmu dan berusaha untuk mendekatkan diri dengan orang-orang yang soleh. FY yakin rezeki itu takkan datang kalau kita hanya duduk diam tanpa berbuat apa-apa, malah nak menyuap sekalipun kita perlu menggerakkan tangan ke mulut, inikan pula hidayah. Ia perlukan USAHA dan InsyaAllah satu hari nanti hidayah akan datang menghuni hati. BERNIAT, BERUSAHA, BERDOA dan BERTAWAKKALlah...

Hidayah ini pula boleh datang dalam pelbagai bentuk dan dalam hal Sham ini ia datang dalam pertemuannya dengan Imam Makkah tersebut. Seorang kawan saya mendapat hidayah melalui mimpi, seorang lagi dengan membaca blog, ada juga yang mendapatnya dengan kejadian dan peritiwa sedih yang berlaku terhadap dirinya. Azmil Mustapha contohnya mendapat hidayah kerana menonton ayat-ayat suci Al Quran semasa penutup rancangan di TV1 dahulu. Apapun sebenarnya segala kejadian dan segala peristiwa yang berlaku di depan mata kita memang FUNGSInya untuk membawa iktibar dan hidayah namun ia terpulang kepada mata mana yang melihatnya. Mereka yang mempunyai mata hati yang tajam pasti akan dapat melihat dan mengambil iktibar serta membawa perubahan ke dalam dirinya.

Nampaknya kebelakangan ini ramai juga artis yang kembali ke jalan Allah ini seperti Amy Search, Bob Lokman, Ahli kumpulan Ruffedge, VE dan ramai lagi dan terus terang ia merupakan satu perkembangan yang sihat. Semoga ia membawa iktibar kepada kita semua.

Kepada Sham Kamikaze FY ucapkan tahniah dan selamat kembali, FY doakan semoga Allah pertingkatkan keimanannya, semoga satu hari dia juga bakal menyampaikan syiar Islam demi membangunkan ummah.

Sekian dahulu buat kali ini. FY mengundur diri.


' style='padding: 0; border: none;'/>

20 Mei 2011

Pulangan Ke Atas Pelaburan


Instrumen
Pulangan
Pulangan Tahunan
Simpanan di Bank

3 %
Amanah Saham

10 %
Pelaburan Saham
45 % dalam 3 tahun
15 %
Pelaburan Saham
10 % dalam sebulan
10 % x 12 = 120%

Kalau kita lihat dalam carta pulangan ke atas pelaburan di atas, kita dapat lihat yang pulangan dengan simpanan di bank hanyalah sekitar 3 peratus setahun. Ini bermakna kita akan mendapat RM30.00 bagi setiap RM1000.00 yang kita laburkan sedangkan kalau kita melaburkan duit yang sama dalam amanah saham maka pulangan tahunannya akan menjadi 100.00 dengan dividen sebanyak 10%.

Namun demikian pelaburan saham jangka masa panjang contohnya dalam jangkamasa 3 tahun kita mendapat pulangan sebanyak 45% disebabkan kenaikan harga saham dicampur dengan dividen dan sebagainya maka pulangan tersebut akan menjadi 15% setahun.

Sekiranya pelaburan itu pula dibuat dalam jangkamasa yang pendek dan sekiranya harga saham itu naik dan membawa pulangan sebanyak 10 % dalam masa sebulan sebenarnya ini bermakna yang duit anda telah bekerja dengan begitu keras sekali sehingga 120% dalam masa setahun sebenarnya. Ini adalah satu pulangan yang sangat tinggi.

Seperkara lagi,

  • ·         RM100,000.00 yang dilaburkan dengan pulangan sebanyak 3% akan mengambil masa lebih 50 tahun sebelum wang pelaburan itu melebihi 1 juta ringgit.
  • ·         RM100,000.00 yang dilaburkan dengan pulangan sebanyak 10% akan mengambil masa 25 tahun sebelum wang pelaburan itu melebihi 1 juta ringgit.
  • ·         RM100,000.00 yang dilaburkan dengan pulangan sebanyak 15% akan mengambil masa 17 tahun sebelum wang pelaburan itu melebihi 1 juta ringgit.
  • ·         RM100,000.00 yang dilaburkan dengan pulangan sebanyak 20% akan mengambil masa 13 tahun sebelum wang pelaburan itu melebihi 1 juta ringgit.


Inilah kesan efek kompaun atau compunding effect dalam pelaburan saham. Pada saya kenaikan harga saham sebanyak 20% dalam setiap pelaburan sudah cukup memadai dan kalau kita boleh dapat lebih tinggi dari itu ia sudah dikira bonus kerana ia menunjukkan yang wang kita bekerja lebih kuat kalau dibandingkan sekiranya ia diletakkan di tempat-tempat yang lain.

Inilah sebenarnya kelebihan pelaburan saham secara terus di Bursa. Namun demikian sepertimana yang sering saya katakan ia memerlukan ilmu. Risiko pelaburan akan menurun dan pada masa yang sama pulangan kewangan akan meningkat dengan ilmu yang kita ada dalam aspek ini. Oleh itu pelajarilah sebanyak mana ilmu pelaburan sebelum menceburi bidang ini.

Sekian dulu buat kali ini.

FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

17 Mei 2011

Mengenali diri sendiri sebagai seorang melayu Islam


Pengisian yang memasuki seorang melayu Islam di negara ini terdiri daripada pengisian yang pelbagai. Ini kerana di negara ini pengaruh bukan hanya pengaruh Barat yang menular di sebabkan oleh penjajahan lama dahulu tetapi kita juga terpengaruh dengan pengisian India, Jepun, Cina, Barat, Islam dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua jamban cangkung dengan flush yang kita gunakan dahulu itu dicakup dari orang-orang Jepun yang datang ke sini dahulu sebelum ia digantikan oleh jamban duduk yang diperkenalkan oleh orang Barat. Untuk pengetahuan anda sebelum dari itu orang melayu buang air besar di sungai, di dalam semak dan sebagainya. Teringat pula saya kepada salah satu filem P Ramlee dalam satu adegan yang mana orang kampung buang air besar mencangkung atas perigi buta.

Begitu juga dengan beberapa perkataan yang masih kita gunakan hingga sekarang contohnya perkataan huru hara sebenarnya berasal dari perkataan dalam bahasa Jepun. Mungkin selipar jepun juga berasal dari sana, itu saya tak pasti.
Pengisian India pula menjurus kepada pelbagai upacara seperti bersanding, wang hantaran, lenggang perut dan sebagainya. Boleh dikatakan apa juga berlaku dalam hidup baik bersalin, mendapat anak, berkahwin, bercerai, kematian, menuai, membeli kereta dan rumah apapun juga memerlukan kenduri kendara menjamu makanan serta upacara kononnya bagi mendapatkan keselamatan dan perlindungan dari Tuhan-Tuhan mereka. Pengisian bersanding, wang hantaran dan beberapa upacara yang lain sebenarnya masih lagi kelihatan hingga kini dalam masyarakat melayu.

Kemudian pengisian Melayu yang penuh adat istiadat baik adat Temenggung dan adat Pepatih dengan penguasaan diberikan kepada pihak perempuan juga mendapat tempat dalam kehidupan masyarakat melayu hingga ke hari ini. Kata mereka “biar mati anak jangan mati adat”. Begitulah taksubnya mereka berpegang kepada prinsip adat ini. Itu tak campur lagi kisah hantu, tahyul dan khurafat yang berlegar-legar dalam diri seorang melayu hingga ke saat ini.

Namun dalam semua pengisian ini pengisian Baratlah yang paling berkuasa kerana mereka menguasai media massa dan penguasaan ini mempengaruhi ramai untuk fokus kepada kehendak keduniaan dengan hiburan, kekayaan harta benda, kejayaan akademik dan sebagainya. Ia menyebabkan orang melayu yang berambut hitam bertukar perang, yang bermata hitam bertukar biru, yang penuh sopan bertukar liar dan sebagainya.

Seterusnya kita punya pengisian Islam yang yang dibawa ke negara ini antara kurun ke 13 dan 14 dahulu oleh saudagar-saudagar yang menjalankan perdagangan di selat Melaka dahulu. Berbeza dengan pengisian-pengisian yang lain, pengisian Islam bersifat keakhiratan atas kepercayaan ada dunia lain selepas dunia ini. Pengisian keislaman ini juga merupakan satu pengsian yang mempunyai rangkuman yang serba lengkap bagi mereka yang mempunyai ilmu mengenainya.

Carta di bawah ini akan menerangkan lebih lanjut mengenainya huraian saya ini.
 Kalau kita lihat sebenarnya pengisian yang lain itu boleh kita rangkumkan kepada pengisian sekular yang bersifat bebas tanpa garis panduan yang jitu sedangkan pengisian Islam punya garis panduan dan hukum hakam dalam segala hal. Ia lebih bersifat keakhiratan, ia membentuk akhlak dan budi pekerti yang mulia sebagai seorang manusia. Ini kerana tanpa semua ini maka maka manusia saling tak tumpah kehidupannya sekan seekor binatang yang mengikut naluri tanpa akal fikiran.

Bila dikaji semua pengisian Islam yang hukum hakamnya boleh dipelajari dari Al Quran dan Sunnah mempunyai rahsia tersurat dan tersifat bagi membentuk manusia yang berakhlak mulia disamping bersifat memelihara.

Islam tidak membenarkan manusia meminum arak contohnya dan kita semua tahu apakah kesan meminum arak ini kepada diri, keluarga serta orang lain. Ada yang berkata meminum arak ini hanya menyusahkan diri sendiri dan tak menyusahkan orang lain tapi pada saya kenyataan ini tidak benar. Selain ia boleh merosakkan organ dalaman badan ia juga boleh menjejaskan kedudukan kewangan serta menjejaskan rumahtangga. Seterusnya memandu dalam keadaan mabuk mungkin akan menyebabkan kemalangan yang mana pastinya menjejaskan orang lain.

        Sistem sekular bebas dalam isu pakaian yang terdedah dan pergaulan bebas merupakan satu perkara biasa dan dalam hal yang tertentu ia begitu dibanggakan namun keburukannya ia membawa kepada penzinaan yang semakin berleluasa, kisah seks bebas, seks sejenis dan isu pembuangan bayi semakin menjadi-jadi dewasa ini. Sistem Islam pula menyarankan penutupan aurat. Malah di dalam bilir air ketika mandi mahupun di dalam bilik tidur untuk bersama pasangan juga disuruh berselimut tidak seperti sistem sekular yang lainnya. Penciptaan video dan cctv telah mendedahkan pelbagai kerosakan dalam aspek yang amat mengaibkan ini sedangkan kalau anda mengikut sistem Islam pastinya semua ini akan terpelihara.

        Kalau hendak minum sekalipun dalam Islam kita kena minum minuman yang halal, menggunakan tangan kanan, duduk, berdoa, menghirup paling kurang 3 kali, tidak bernafas dalam air dan sebagainya tidak seperti pengisian yang lain yang tak punya sebarang garispanduan. Garispanduan dan hukum hakam ini merupakan satu nikmat untuk diikuti oleh seseorang yang beriman namun ia merupakan satu tekanan kepada mereka yang tidak memahaminya.

        Banyak lagi contoh yang boleh saya kaitkan dalam isu ini dan terus terang pengisian Islam terangkum dan menutup cirinya, ia punya garis panduan yang baik dan sempurna buat manusia. Kita hanya perlu mematuhinya tanpa prejudis.

        Kesimpulannya, kenalilah diri kita sendiri, pisahkan ke semua pengisian yang ada dalam diri kepada pengisian dunia dan pengisian akhirat. Penuhkan diri dengan pengisian ilmu keislaman kerana ia bakal membawa kejayaan di dunia dan di akhirat. Hiduplah dengan mengambil sepenuhnya 100% prinsip keislaman dalam diri kerana saya pasti ia akan membawa keberkatan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita.

Sekian dahulu buat kali ini. Fikir-fikirkanlah.

Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

' style='padding: 0; border: none;'/>