31 Mei 2011

Kisah Saham IPO - Saham Terbitan Awam

Salam sejahtera...

Kebelakangan ini saham IPO kembali menjadi sasaran pelabur saham di negara ini. Sebabnya mudah. Ini kerana kebelakangan ini saham-saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia tak kira samaada saham itu saham Papan ACE mahupun saham di papan utama semuanya naik mendadak dengan premium yang baik.

Di tahun 2010 kebanyakan saham-saham ini tak laku kerana saham-saham IPO ini merugikan kerana kebanyakannya dibuka dengan harga yang lebih rendah dari harga yang ditawarkan.

Kenapa demikian, sedangkan adakalanya saham-saham yang bakal disenaraikan atau diapungkan ini tidak mempunyai asas perniagaan yang kukuh?

Jawapannya mudah, Pasaran saham KLCI telah berada di tahap yang tertinggi dan trading range pada ketika ini adalah di antara 1480 hingga 1550 dan ia telah berada di sini buat satu jangkamasa yang lama. Dalam ertikata lain pada saat ini begitu sukar untuk membuat keuntungan di pasaran saham terbuka walaupun kita memilih saham yang mempunyai asas yang baik. Laporan Kewangan yang baik dikeluarkan pada penghujung Mei ini juga tak memberi kesan yang besar kepada harga saham di pasaran.

Jadi, salah satu "jalan" untuk mencari wang dalam pasaran saham pada masa ini ialah dengan membeli saham IPO atau saham terbitan awam yang ditawarkan. Namun percayalah ini semua tak lama. Selagi permintaannya di kalangan para pelabur masih melebih penawarannnya dan selagi saham-saham itu oversubscribe maka saya yakin  banyak lagi ruang untuk pelabur membuat keuntungan. Pada masa ini valuation saham IPO yang bakal disenaraikan tidak berapa dipedulikan, apa juga yang ada pasti akan dibeli oleh para pelabur bagi mendapatkan keuntungan. 


Semasa saya pergi mengambil permohonan saham IPO untuk UOA, Prestariang malah Inari tak berapa ramai yang berada di MITI tetapi semasa mengambil permohonan saham MSM jumlah pelabur yang datang berkali ganda. Ini petanda yang demand untuk saham-saham IPO ini meningkat dengan begitu ketara dan ia juga membawa petanda yang kemungkinan besar saham itu akan naik kelak tatkala disenaraikan.


Apapun berhati-hatilah, ini kerana menganalisa asas kewangan satu-satu syarikat itu amat penting dalam keputusan untuk membeli saham-saham yang ditawarkan ini. Buat masa ini semua IPO yang disenaraikan menguntungkan namun nanti akan tiba  masanya ada diantara syarikat yang ditawarkan merugikan. Jadi berhati-hatilah. Bila semua orang Tom, Dick and Harry sudah masuk ke dalam pasaran itu sebenarnya petanda untuk kita keluar. Buat masa ini enjoy the ride!

Sekian dulu.



' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.