17 Mei 2011

Mengenali diri sendiri sebagai seorang melayu Islam


Pengisian yang memasuki seorang melayu Islam di negara ini terdiri daripada pengisian yang pelbagai. Ini kerana di negara ini pengaruh bukan hanya pengaruh Barat yang menular di sebabkan oleh penjajahan lama dahulu tetapi kita juga terpengaruh dengan pengisian India, Jepun, Cina, Barat, Islam dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua jamban cangkung dengan flush yang kita gunakan dahulu itu dicakup dari orang-orang Jepun yang datang ke sini dahulu sebelum ia digantikan oleh jamban duduk yang diperkenalkan oleh orang Barat. Untuk pengetahuan anda sebelum dari itu orang melayu buang air besar di sungai, di dalam semak dan sebagainya. Teringat pula saya kepada salah satu filem P Ramlee dalam satu adegan yang mana orang kampung buang air besar mencangkung atas perigi buta.

Begitu juga dengan beberapa perkataan yang masih kita gunakan hingga sekarang contohnya perkataan huru hara sebenarnya berasal dari perkataan dalam bahasa Jepun. Mungkin selipar jepun juga berasal dari sana, itu saya tak pasti.
Pengisian India pula menjurus kepada pelbagai upacara seperti bersanding, wang hantaran, lenggang perut dan sebagainya. Boleh dikatakan apa juga berlaku dalam hidup baik bersalin, mendapat anak, berkahwin, bercerai, kematian, menuai, membeli kereta dan rumah apapun juga memerlukan kenduri kendara menjamu makanan serta upacara kononnya bagi mendapatkan keselamatan dan perlindungan dari Tuhan-Tuhan mereka. Pengisian bersanding, wang hantaran dan beberapa upacara yang lain sebenarnya masih lagi kelihatan hingga kini dalam masyarakat melayu.

Kemudian pengisian Melayu yang penuh adat istiadat baik adat Temenggung dan adat Pepatih dengan penguasaan diberikan kepada pihak perempuan juga mendapat tempat dalam kehidupan masyarakat melayu hingga ke hari ini. Kata mereka “biar mati anak jangan mati adat”. Begitulah taksubnya mereka berpegang kepada prinsip adat ini. Itu tak campur lagi kisah hantu, tahyul dan khurafat yang berlegar-legar dalam diri seorang melayu hingga ke saat ini.

Namun dalam semua pengisian ini pengisian Baratlah yang paling berkuasa kerana mereka menguasai media massa dan penguasaan ini mempengaruhi ramai untuk fokus kepada kehendak keduniaan dengan hiburan, kekayaan harta benda, kejayaan akademik dan sebagainya. Ia menyebabkan orang melayu yang berambut hitam bertukar perang, yang bermata hitam bertukar biru, yang penuh sopan bertukar liar dan sebagainya.

Seterusnya kita punya pengisian Islam yang yang dibawa ke negara ini antara kurun ke 13 dan 14 dahulu oleh saudagar-saudagar yang menjalankan perdagangan di selat Melaka dahulu. Berbeza dengan pengisian-pengisian yang lain, pengisian Islam bersifat keakhiratan atas kepercayaan ada dunia lain selepas dunia ini. Pengisian keislaman ini juga merupakan satu pengsian yang mempunyai rangkuman yang serba lengkap bagi mereka yang mempunyai ilmu mengenainya.

Carta di bawah ini akan menerangkan lebih lanjut mengenainya huraian saya ini.
 Kalau kita lihat sebenarnya pengisian yang lain itu boleh kita rangkumkan kepada pengisian sekular yang bersifat bebas tanpa garis panduan yang jitu sedangkan pengisian Islam punya garis panduan dan hukum hakam dalam segala hal. Ia lebih bersifat keakhiratan, ia membentuk akhlak dan budi pekerti yang mulia sebagai seorang manusia. Ini kerana tanpa semua ini maka maka manusia saling tak tumpah kehidupannya sekan seekor binatang yang mengikut naluri tanpa akal fikiran.

Bila dikaji semua pengisian Islam yang hukum hakamnya boleh dipelajari dari Al Quran dan Sunnah mempunyai rahsia tersurat dan tersifat bagi membentuk manusia yang berakhlak mulia disamping bersifat memelihara.

Islam tidak membenarkan manusia meminum arak contohnya dan kita semua tahu apakah kesan meminum arak ini kepada diri, keluarga serta orang lain. Ada yang berkata meminum arak ini hanya menyusahkan diri sendiri dan tak menyusahkan orang lain tapi pada saya kenyataan ini tidak benar. Selain ia boleh merosakkan organ dalaman badan ia juga boleh menjejaskan kedudukan kewangan serta menjejaskan rumahtangga. Seterusnya memandu dalam keadaan mabuk mungkin akan menyebabkan kemalangan yang mana pastinya menjejaskan orang lain.

        Sistem sekular bebas dalam isu pakaian yang terdedah dan pergaulan bebas merupakan satu perkara biasa dan dalam hal yang tertentu ia begitu dibanggakan namun keburukannya ia membawa kepada penzinaan yang semakin berleluasa, kisah seks bebas, seks sejenis dan isu pembuangan bayi semakin menjadi-jadi dewasa ini. Sistem Islam pula menyarankan penutupan aurat. Malah di dalam bilir air ketika mandi mahupun di dalam bilik tidur untuk bersama pasangan juga disuruh berselimut tidak seperti sistem sekular yang lainnya. Penciptaan video dan cctv telah mendedahkan pelbagai kerosakan dalam aspek yang amat mengaibkan ini sedangkan kalau anda mengikut sistem Islam pastinya semua ini akan terpelihara.

        Kalau hendak minum sekalipun dalam Islam kita kena minum minuman yang halal, menggunakan tangan kanan, duduk, berdoa, menghirup paling kurang 3 kali, tidak bernafas dalam air dan sebagainya tidak seperti pengisian yang lain yang tak punya sebarang garispanduan. Garispanduan dan hukum hakam ini merupakan satu nikmat untuk diikuti oleh seseorang yang beriman namun ia merupakan satu tekanan kepada mereka yang tidak memahaminya.

        Banyak lagi contoh yang boleh saya kaitkan dalam isu ini dan terus terang pengisian Islam terangkum dan menutup cirinya, ia punya garis panduan yang baik dan sempurna buat manusia. Kita hanya perlu mematuhinya tanpa prejudis.

        Kesimpulannya, kenalilah diri kita sendiri, pisahkan ke semua pengisian yang ada dalam diri kepada pengisian dunia dan pengisian akhirat. Penuhkan diri dengan pengisian ilmu keislaman kerana ia bakal membawa kejayaan di dunia dan di akhirat. Hiduplah dengan mengambil sepenuhnya 100% prinsip keislaman dalam diri kerana saya pasti ia akan membawa keberkatan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita.

Sekian dahulu buat kali ini. Fikir-fikirkanlah.

Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.