24 Mei 2011

Sham Kamikaze Insaf Selepas Dapat Hidayah


Salam sejatera,

Hari ini FY terpanggil untuk menganalisis akan kisah saudara Sham Kamikaze ini selepas FY menonton akan kisahnya di Youtube baru-baru ni. 

Dalam kisah ini, menurutnya dia mendapat hidayah selepas ditakdirkan Allah bertemu dengan Imam Makkah ketika dia singgah di satu masjid di Perlis kalau tak silap FY. Apapun dalam hal ini apa yang FY selalu ceritakan di dalam blog ini. Hidayah itu hakmilik Allah dan akan diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Pada FY, perkara pertama bagi Sham di sini ialah di ada NIAT untuk mencari kebenaran. Keduanya dia melakukan PENGORBANAN untuk mencari kebenaran dengan berusaha membaca blog Dr Asri mahupun pergi ke Perlis untuk mencari kebenaran tersebut. Dalam hal ini kita dapat lihat yang dia yang berusaha MENCARI kebenaran tersebut dan bukan hanya menunggu kebenaran dan hidayah itu datang ke dalam hatinya.

Kepada mereka yang berkata "hari ni aku jahat dan nanti satu hari aku akan jadi baik bila mendapat hidayah"... Janganlah begitu kerana FY yakin bagi kebanyakan kita hidayah itu takkan datang tanpa kita berbuat apa-apa. Ia takkan datang kalau kita hanya duduk diam dan meneruskan kehidupan dalam arus kehidupa keduniaan. Sepertimana kita kena bangun dan bangkit untuk mencari rezeki begitu juga kita kena bangun dan bangkit untuk mencari Allah, dengan mencari ilmu dan berusaha untuk mendekatkan diri dengan orang-orang yang soleh. FY yakin rezeki itu takkan datang kalau kita hanya duduk diam tanpa berbuat apa-apa, malah nak menyuap sekalipun kita perlu menggerakkan tangan ke mulut, inikan pula hidayah. Ia perlukan USAHA dan InsyaAllah satu hari nanti hidayah akan datang menghuni hati. BERNIAT, BERUSAHA, BERDOA dan BERTAWAKKALlah...

Hidayah ini pula boleh datang dalam pelbagai bentuk dan dalam hal Sham ini ia datang dalam pertemuannya dengan Imam Makkah tersebut. Seorang kawan saya mendapat hidayah melalui mimpi, seorang lagi dengan membaca blog, ada juga yang mendapatnya dengan kejadian dan peritiwa sedih yang berlaku terhadap dirinya. Azmil Mustapha contohnya mendapat hidayah kerana menonton ayat-ayat suci Al Quran semasa penutup rancangan di TV1 dahulu. Apapun sebenarnya segala kejadian dan segala peristiwa yang berlaku di depan mata kita memang FUNGSInya untuk membawa iktibar dan hidayah namun ia terpulang kepada mata mana yang melihatnya. Mereka yang mempunyai mata hati yang tajam pasti akan dapat melihat dan mengambil iktibar serta membawa perubahan ke dalam dirinya.

Nampaknya kebelakangan ini ramai juga artis yang kembali ke jalan Allah ini seperti Amy Search, Bob Lokman, Ahli kumpulan Ruffedge, VE dan ramai lagi dan terus terang ia merupakan satu perkembangan yang sihat. Semoga ia membawa iktibar kepada kita semua.

Kepada Sham Kamikaze FY ucapkan tahniah dan selamat kembali, FY doakan semoga Allah pertingkatkan keimanannya, semoga satu hari dia juga bakal menyampaikan syiar Islam demi membangunkan ummah.

Sekian dahulu buat kali ini. FY mengundur diri.


' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.