JOIN GROUP WHATSAPP SAHAM FY FREE
Hubungi FY - 016 666 7430
atau tekan link di bawah ini ;
https://groupsahamFy.wasap.my untuk masuk grp wasap bersama FY
atau
https://t.me/FaizalYusup
MEMBUKA AKAUN CDS
Hubungi Cik Anna 011 2139 5718.
TRADING SECARA ONLINE
Hubungi Ramzie - 017 373 0513.
PRIVATE PLACEMENTS
High Networth Clients yang berminat untuk mendapatkan blok saham IPO Private Placement terkini dengan nilai pelaburan RM250K ke atas?
Hubungi FY - 016 666 7430.
SEMINAR SAHAM LENGKAP FROM ZERO TO HERO 2 HARI AKAN DIADAKAN SETIAP BULAN DI NILAI. HUBUNGI HAJAH AZILA 0166641755 ATAU LAYARI www.seminarsaham.my UNTUK KETERANGAN LANJUT.
Dapatkan artikel FY secara terus ke e-mail anda.? Daftar di bawah.
Dapatkan artikel FY secara terus ke e-mail anda.? Daftar di bawah.
Salam Sejahtera buat anda pengunjung yang budiman tak kiralah samaada anda dikenali atau tidak, anda pembaca setia atau anda kali pertama ke sini mahupun anda pembaca senyap atau yang memberi komen, anda follower mahupun tidak.
Untuk pengetahuan anda semua secara puratanya buat masa ini blog ini dikunjungi oleh kira-kira 80 pengunjung saban hari dan FY sedang cuba untuk mempromosikannya ke tahap yang lebih baik agar ia membawa manfaat kepada khalayak yang lebih ramai dengan harapan sedikit sebanyak pengisian dalam blog ini boleh memangkinkan perubahan kepada pembacanya ke arah kebaikan. InsyaAllah.
Di sini FY ingin meminta jasa baik anda.
Kalau anda merasakan yang blog ini banyak membantu malah memberi manfaat dan faedah kepada anda maka FY berharap anda boleh membantu saya mempromosikannya dengan apa cara sekalipun agar ia diketahui umum.
Terus terang FY bukan menulis kerana nama, kerana ingin menjadi terkenal, kerana duit dan sebagainya tetapi FY menulis kerana mencari keredhaan Allah Taala dengan ilmu pengetahuan yang dikurniakanNya ini. FY sebenarnya takut ditanya di akhirat kelak andai ada yang tertinggal dalam otak ini tidak disampaikan. Tak cukup dengan blog ini FY juga menulis buku dan menyampaikan pengisian harian di FB dan di alam nyata dimana sahaja bila mana peluang itu terbuka untuk berbuat demikian.
Jadi kalau boleh tolonglah share, link, beritahu orang lain mengenai blog ini atau apa cara sekalipun dengan harapan ia membawa manfaat kepada sesiapa sahaja yang dijodohkan dengannya. Sesungguhnya manfaatnya takkan berkurang walau satupun kerana ini janji Allah.
Begitu juga kalau anda ada cara, kaedah dan strategi yang baik yang boleh FY lakukan untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai blog ini maka saranan serta cadangan anda itu amat dialu-alukan dan FY ucapkan berbanyak terima kasih.
Apapun saya harap anda dapat membantu mempromosikan blog ini dan terus terang hanya Allah Taala yang dapat membalas jasa baik tuan puan, pengunjung yang saya muliakan.
Salam sejahtera kepada semua pengunjung ilmuwan yang membaca blog faizal yusup ini,
Di sini saya ada satu pengumuman penting.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menulis karya atau sudah menulis karya, punya manuskrip dan tak tahu dimana nak diterbitkan.
PIHAK KAMI MAHUKAN MANUSKRIP ANDA ITU!
Hantarkan pada saya di emel greng70@yahoo.com untuk dinilai dan kalau ia memuaskan maka ia akan diterbitkan.
Bloggers sekelian, ambillah peluang ini untuk menerbitkan hasil karya anda di alam nyata disamping menjana pendapatan.
SOAL JAWAB
Kebaikan Menulis Buku ;
-Royalti 10 % dari harga buku yang terjual.
-Nama yang akan dikenali ramai.
-Punya buku anda sendiri.
-Amal jariah yang berpanjangan.
-Kepuasan dalam berkarya.
-Ilham yang akan didengari umum.
-Dan pelbagai kebaikan yang lain.
Manuskrip Pilihan ;
-Novel Umum
-Novel Remaja
-Novel Seram
-Himpunan Cerpen
-Buku Islamik
-Buku Adaptasi
-Buku Kanak-Kanak
-Lain-lain Karya
Saya Tak Ada Idea Menulis?
Saranan saya sebagai permulaan tulislah buku adaptasi iaitu dengan mengolah semula buku-buku Best Seller dari luar negara. Baca sebanyak mana buku dalam topik yang sama dan tulis satu buku olahan mengenainya atau,
Tulislah kisah pengalaman diri anda dengan penambahan-penambahan yang boleh memberi kekuatan kepada jalan cerita.
Bagaimana Nak Jadi Penulis?
Gunakan Konsep 4P yang selalu saya sebut dalam blog ini,
Pengisian – Setiap kita pasti punya input.
Pengulangan – Ulang-ulang menulis saban hari selama 40 hari maka ia akan jadi tabiat.
Pengukuhan – Cari input penulisan, cari penulis, cari mentor yang boleh memberi tip-tip penulisan.
Penerapan – Lambat laun menulis akan jadi tabiat diri.
Sila ajukan sebarang persoalan terus kepada saya melalui emel, hp, personal massage, facebook dan sebagainya.
Pernah tak anda menonton cerita Pay It Forward? Ceritanya mengenai seorang budak yang melakukan kebaikan tetapi tidak meminta balasan, mereka yang ingin membalasnya hendaklah melakukan satu kebaikan juga. Idea ini berkembang dan menjadi satu revolusi menurut cerita tersebut. Bertitik tolak dari cerita tersebut saya ingin mencubanya.
Begini,
Dalam artikel Perihal Penerapan Nilai sebelum ini saya ada menceritakan tentang bagaimana begitu banyak pengisian sekular yang berada di sekeliling kita dan secara tak disedari ia masuk ke dalam diri.
Di sini saya ada satu saranan.
Apa kata kita ambil artikel-artikel dakwah dan kalau ada artikel yang anda suka di sini ambil dan masukkan ke dalam blog, website, ping, forum, advertising dan sebagainya dengan harapan ia kelihatan di mana-mana sepertimana iklan-iklan google yang ada di alam maya ini. Kita kongsikan dengan sesiapa sahaja. Manalah tahu ia boleh membawa manfaat bagi untuk mereka yang membacanya. Untuk mereka yang ingin memahami Islam atau untuk mereka yang mahu kembali ke jalan Allah. Ini kerana hidayah itu hakmilik Allah Taala.
Ketahuilah mereka yang berada dalam hidayah Allah akan dapat merasakan nikmat yang tak dapat nak diungkapkan. Mereka hidup sentiasa mencari redha Allah dan sesungguhNya mereka itu mendapat keuntungan yang banyak.
Jangan peduli apa yang orang nak kata. Jangan takut dengan kemarahan manusia tetapi takutlah dengan kemurkaan Allah Taala.
Satu jari mungkin tak cukup meninggalkan kesan tetapi satu penumbuk adalah lebih baik dan begitu jugalah seterusnya. Kita bersatu, berjemaah dan lakukan usaha penyampaian ini bersama-sama dengan satu tujuan adalah lebih baik dari kita melakukannya seorang demi seorang.
Alangkah baik sekiranya pengisian-pengisian ini dapat dijalankan dengan bersepadu, sistematik dengan pengulangan dan pengukuhan yang berterusan saban hari. Saya yakin ia akan memberi kesan dan membawa perubahan dengan keizinan Allah Taala. InsyaAllah.
Jadi di sini kalau anda suka mana-mana artikel dalam blog ini tak payahlah berterima kasih pada penulisnya tetapi tukarkanlah ucapan terima kasih itu dengan mempromosikan blog ini atau carilah artikel-artikel yang baik (tak semestinya dari blog ini ) dan post kan di mana-mana sahaja di alam maya ini. (Asal tak ganggu perihal hakcipta). Bagaimana? Setuju?
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial
Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Blog :http://faizalyusup.blogspot.com
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.
Di kesempatan ini saya ingin membuat satu pengumuman. Saya akan memulakan satu segmen novel bersiri. Novel bertajuk Konflik Cinta. Ini sinopsisnya.
Mereka bertemu di jurang nestapa lantas menobatkan cinta. Cinta Azman dan Zila dipatrikan oleh satu rahsia yang terpendam jauh di sanubari. Dalam pendakian keluar dari jurang yang gelap gelita itu Zila memilih jalan Dunia manakala kekasihnya pula memilih jalan Akhirat.
Semakin lama dalam pendakian itu disebabkan pilihan haluan yang berbeza, jarak mereka semakin menjauh dan akhirnya cinta itu terlerai di tengah jalan.
Adakah pencarian Azman yang penuh dengan ombak dan badai untuk kembali diketemukan dengan Zila lapan tahun kemudian menemui kejayaan?
Dapatkah ikatan cinta diantara mereka bertaup kembali?
Semoga anda menyukainya, ini kerana saya budak tadika dalam genre penulisan novel ini.
Top Performing Remisier, Kenanga Investment Bank Berhad, Bekas Speaker Investsmart, Securities Commission, Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia, Menulis 12 buah buku Genre Motivasi, Saham dan Novel, Motivator, Blogger, Youtuber, Hamba Allah.