02 November 2010

Faizal Yusup Meminta Bantuan Anda!



Salam Sejahtera buat anda pengunjung yang budiman tak kiralah samaada anda dikenali atau tidak, anda pembaca setia atau anda kali pertama ke sini mahupun anda pembaca senyap atau yang memberi komen, anda follower mahupun tidak.

Untuk pengetahuan anda semua secara puratanya buat masa ini blog ini dikunjungi oleh kira-kira 80 pengunjung saban hari dan FY sedang cuba untuk mempromosikannya ke tahap yang lebih baik agar ia membawa manfaat kepada khalayak yang lebih ramai dengan harapan sedikit sebanyak pengisian dalam blog ini boleh memangkinkan perubahan kepada pembacanya ke arah kebaikan. InsyaAllah.

Di sini FY ingin meminta jasa baik anda.

Kalau anda merasakan yang blog ini banyak membantu malah memberi manfaat dan faedah kepada anda maka FY berharap anda boleh membantu saya mempromosikannya dengan apa cara sekalipun agar ia diketahui umum.

Terus terang FY bukan menulis kerana nama, kerana ingin menjadi terkenal, kerana duit dan sebagainya tetapi FY menulis kerana mencari keredhaan Allah Taala dengan ilmu pengetahuan yang dikurniakanNya ini. FY sebenarnya takut ditanya di akhirat kelak andai ada yang tertinggal dalam otak ini tidak disampaikan. Tak cukup dengan blog ini FY juga menulis buku dan menyampaikan pengisian harian di FB dan di alam nyata dimana sahaja bila mana peluang itu terbuka untuk berbuat demikian.

Jadi kalau boleh tolonglah share, link, beritahu orang lain mengenai blog ini atau apa cara sekalipun dengan harapan ia membawa manfaat kepada sesiapa sahaja yang dijodohkan dengannya. Sesungguhnya manfaatnya takkan berkurang walau satupun kerana ini janji Allah.

Begitu juga kalau anda ada cara, kaedah dan strategi yang baik yang boleh FY lakukan untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai blog ini maka saranan serta cadangan anda itu amat dialu-alukan dan FY ucapkan berbanyak terima kasih.

Apapun saya harap anda dapat membantu mempromosikan blog ini dan terus terang hanya Allah Taala yang dapat membalas jasa baik tuan puan, pengunjung yang saya muliakan.

Tolong ye.
Terima kasih banyak-banyak.

Sekian dulu. Wassalam.

Ikhlas,
 




Faizal Yusup

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.