02 November 2010

Dosa dan Pahala / Ibadah dan Maksiat




Sebenarnya topik ini bersambung dari topik ketidaksempurnaan Insan mahupun topik orang dunia dan orang akhirat yang saya tulis sebelum dari ini.

Siang tadi seorang kawan juga pengunjung blog Faizal Yusup ini menghubungi saya ingin bertanyakan satu soalan dan meminta jasa baik saya menerangkannya. Begini dialog kami lebih kurang ;

DIA : Kenapa ada orang yang solat tapi pada masa yang sama minum arak? Dia kata kontralah kebaikan dengan kejahatan yang dia lakukan. Mungkin juga ia buruk pada pandangan kaca mata manusia tetapi mungkin di kaca mata Allah Taala ia jauh berbeza.

FY : Pertamanya saya terangkan padanya yang saya bukanlah seorang ustaz, saya hanyalah seorang pengkaji isu sosial yang bercerita tentang perihal sains sosial kemasyarakatan. Oh Ya! Saya juga bukan seorang ahli politik dan saya tak berminat dengan politik. ( Ini saya tambah...)

DIA : Tapi artikel dalam blog ini kebanyakannya berunsur keislaman?

FY : Sebab setelah saya buat kajian dalam aspek sains sosial saya mendapati pengisian Islam dapat menjelaskan dan merungkaikan pelbagai masalah Sosial. Islam membawa kebenaran, oleh sebab itulah penulisan saya cenderung dengan pengisian yang berbentuk keislaman.

Saya harap jawapan saya ini jelas buat anda.

Baiklah kita kembali kepada topik perbincangan kita tadi. Maka saya pun pergilah mencari ustaz untuk diajukan soalan yang serupa. (Sebab saya bukan ustazkan...)

Dalam hal ini memang ada mereka-mereka yang sebelahnya terang sedangkan sebelahnya gelap. Mereka ini terkeliru agaknya, ini kerana kita sebenarnya tak boleh mengambil Islam separuh dan meninggalkan separuh yang lainnya.

Apapun budaya melayu atau apa yang sering kita dengar, kemudian oleh sebab kita selalu dengar maka kita juga akan mengajukan kenyataan yang sama sepertimana yang sering kita dengar itu.

“Woi! Tak guna sembahyang tonggang tonggek kalau perangai buruk!”

Bila kita nampak orang yang bersolat tapi pada masa yang sama kaki seks, kaki judi, kaki arak dan sebagainya.

Atau,

“Kau tengok artis tu, rambut karat mata biru tapi bila dapat anugerah, siap syukur Alhamdullillah... tak payahlah cakap macam tu!”

Atau ;

“Mana boleh campurkan maksiat dengan ibadah...”

Dan lain-lain lagi.

Rupanya kisah ini pernah berlaku di zaman Rasullullah S.A.W. Ada orang yang siangnya jahat dan malamnya beribadah. Cover kejahatan siangnya. Lalu mengadulah seseorang kepada Nabi S.A.W mengenai perilaku orang ini. Tahu apa Rasullullah S.A.W kata?

Baginda bersabda lebih kurang begini –

“Sesungguhnya satu hari nanti solatnya akan mencegah kemungkarannya...”

Anda bersolat? Anda bersolat ikhlas kerana Allah? Tidakkah kita rasa lambat laun DALAM SEDAR ATAU TIDAK kita mula meninggalkan kemungkaran yang kita lakukan? Dan bukankah makin lama kemungkaran yang besar ditinggalkan dan yang hanya tinggal kemungkaran yang kecil yang kita sedar dan begitu sukar untuk meninggalkannya? Tapi kita tahu kita perlu meninggalkannya kerana kita tahu ia salah dan berdosa.

Apa yang penting disini ialah kita SEDAR yang apa yang kita lakukan itu satu kesalahan, satu kemungkaran, itu juga petanda iman. Kalau kita buat kemungkaran sesedap rasa tu, itu petanda kemungkinan hati kita berpenyakit dan mungkin ia telah MATI.

Dalam hal ini yang penting kita SEDAR apa yang kita lakukan itu salah dan mungkar dan kita bertaubat atas kesalahan kita itu. Itu penting.

Keduanya biarlah mereka buat kebaikan, galakkan mereka berbuat kebaikan, bersolat, mengucap syukur Alhamdullillah dan sebagainya dan pada masa yang sama sampaikanlah pengisian untuk mencegah kemungkaran yang mereka lakukan dengan penuh hikmah. Dalam ertikata lain perangi maksiat dan kemungkaran yang mereka lakukan itu namun begitu hendaklah dijalankan dengan penuh hikmah dan bijaksana.

Jadi apa yang FY katakan ini maksiat itu bercampur dengan ibadahlah?

Soalan saya mudah, siapa yang dirinya tak sunyi dari dosa dan noda? Siapa yang dirinya sempurna ibadahnya saban hari? Ada tak?

Tak ada kot... FY juga banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan saban hari. Apa yang penting ialah untuk kita berusaha mengikut perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Kita berusaha memaksimakan pahala dan meminimakan dosa serta bertaubat atas kesalahan dalam sedar mahupun tidak. Saya pernah mendegar ustaz mengatakan Nabi S.A.W. bertaubat paling kurang 70 kali sehari.

Mungkinlah kita menunjuk kesalahan orang lain itu atas sebab RELATIF kesalahan itu. Mereka melakukan dosa-dosa besar seperti minum arak, berzina, berjudi dan sebagainya sedangkan kita pula melakukan dosa-dosa kecil.. Agaknyalah. Pada saya ini semua bergantung kepada tahap keimanan seseorang itu.

Lagi tinggi imannya maka lagi jauhlah ditinggalkan kemungkaran dan lagi banyaklah ibadahnya kepada Allah. Lagi rendah imannya lagi banyaklah kemungkarannya dan lagi sedikitlah ibadahnya kepada Allah.

Apapun semua ini ada timbangannya di akhirat kelak biarpun kebaikan itu sebesar zarah seklipun maka beruntunglah mereka yang akan menerima buku timbangannya di tangan kanan disebabkan ibadahnya yang melebihi maksiatnya..

Wallahu’alam.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,
                    
Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.