Memaparkan catatan dengan label Segmen Motivasi Pelajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Segmen Motivasi Pelajar. Papar semua catatan

10 Julai 2012

Program Motivasi Anda Yang Baru Bersama FY



Assalamualaikum dan salam ceria,

Sebenarnya blog FY ini dahulu dipenuhi dengan pengisian motivasi dan kaunseling cuma sejak kebelakangan ini ia bertukar kepada pengisian pelaburan saham. Apapun ini bukan bermakna FY takkan menulis mengenai motivasi. InsyaAllah kepada peminat penulisan motivasi FY, Sesekali bila berkesempatan FY akan menulis mengenai pengisian motivasi bila punya kesempatan untuk berbuat demikian.

Sebenarnya selama 3 hari minggu lepas FY dijemput menyampaikan program motivasi persiapan pelajar-pelajar yang akan menyambung pelajaran mereka dalam bidang kedoktoran di Mesir. Mereka akan berlepas September ini. Pada pemerhatian FY mereka ini mempunyai hati yang bersih lagi terang dan atas sebab itulah Allah Taala memilih mereka untuk ke tanah suci itu. Dapat bertemu dengan mereka dalam satu program begitu sebenarnya merupakan satu privilege bagi FY. Sesungguhnya FY amat bersyukur dan berdoa semoga anak-anak FY juga dikurniakan dengan hati serta akhlak yang sedemikian rupa.

Objektif program ini ialah untuk menjadikan mereka umpama “ikan di laut, yang tak masin walaupun laut itu masin”. Ia bermakna para pelajar ini takkan terpengaruh dengan keadaan persekitaran, tidak lari objektif pembelajarannya, tidak terganggu dengan apa juga permasalahan juga dapat menangan dan mengatasi sebarang masalah yang dihadapi baik masalah itu diduga mahupun tidak.


Setelah 3 hari menyampaikan pengisian pengenalan diri, pengisian kesedaran fungsi diri, perihal niat dan pengorbanan, perihal perkakas diri dan keupayaannya, pengisian penerapan nilai pembentukan diri serta pengisian akhirat ia membawa kepada satu program yang berjaya. Berjaya membawa mereka kepada kefahaman dan InsyaAllah ia berbekas di hati mereka dan anggaplah ia umpama buah tangan dari FY kepada adik-adik yang bakal ke Mesir itu. Harapan FY ia tak terhenti setakat itu, harap ia kekal di hati mereka, memperkukuhkan jiwa mereka dalam menjalani kehidupan yang penuh berliku ini hingga ke hari mereka meninggalkan dunia ini. InsyaAllah.

Testimoni yang FY dengar dari muut setiap peserta di penghujung program itu membuat hati FY syahdu dan hiba. Malah anda di antara mereka yang sebak menangis di penghujung program itu. Program yang sepatutnya berakhir pada jam 10:30 berlanjutan hingga jam 12:40 pagi kerana para pelajar itu seakan tidak mahu pulang. Betapa FY bersyukur dikurniakan ilmu pengetahuan yang sedemikian rupa untuk dikongsikan kepada siapapun juga yang dijodohkan dengan FY.



Apa yang FY boleh katakan, semua ilmu pengetahuan ini datang dalam bentuk yang tidak teratur sepanjang kehidupan FY. Ia datang secara rawak dan datang dari pelbagai sudut dan cara. Apapun mungkin sebagai penulis semua yang datang bersepah ini dapat disusunatur manjadi satu modul motivasi pembangunan insan yang baik dalam system otak FY. Terus terang pada pandangan FY ia bukan ilmu lambakan yang selalu anda dengar di luar sana. Kalau tak percaya panggil FY untuk menyampaikan program ini. InsyaAllah nanti anda akan faham apa yang FY maksudkan. Apapun ia semua hak Allah Taala dan FY cumalah perantaranya yang menjalankan tugas untuk menyampaikan. FY yakin mereka yang telah mendengarnya dan faham akan pengisiannya akan menjadi orang yang tenang jauh dari stress, kebosanan, kesunyian, dapat mempertingkatkan amalan, dapat mengenali diri dan sebagainya.

Dan kalau semua orang Islam dalam negara ini tahu dan dapat mengamalkan pengisian ini maka kita akan menjadi umat yang sangat kuat!

Apapun, terima kasih kerana sudi membaca. Seperti biasa sesungguhnya yang baik itu dari Allah Taala yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu.

Sekian dulu.

FY



' style='padding: 0; border: none;'/>

21 September 2010

25 Pesanan Luqmanul Hakim Kepada Anaknya



Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas daripada sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.


' style='padding: 0; border: none;'/>

20 April 2010

Rahsia Kecemerlangan Pelajaran




Dalam artikel kali ini saya akan sampaikan kepada anda berkenaan dengan rahsia kecemerlangan pelajaran. Ia ditujukan khas buat ibubapa mahupun pelajar sendiri dan amnya kepada anda pembaca yang budiman.

Kalau kita lihat dari sudut akademik, kita akan mendapati yang selama kita belajar kita hanya memasukkan input ke dalam diri dan output itu hanya keluar semasa peperiksaan. Peperiksaan sebenarnya bertujuan untuk menguji sejauh mana kefahaman pelajar kepada pelajaran yang diajar selama sesi pembelajaran di sekolah tersebut.

Jadi di sini kefahaman pelajar atau berapa banyak input yang dimasukkan adalah perkara yang terpenting.

Biar saya huraikan elemen-elemen yang ada dalam pembelajaran ini ;

Saya bahagikannya kepada Konsep 5P yang mudah ;

-      Prasarana
-      Pendekatan
-      Penyampaian
-      Penerimaan
-      Pengabdian

PRASARANA
Sekolah, tuisyen, rumah, bilik, alatulis, komputer dll

PENDEKATAN ATAU KAEDAH
Belajar, ulangkaji, latih tubi, nota ringkas, peta minda dll

PENYAMPAIAN
Guru, Tutor, Ibubapa, Study Group dll

PENERIMAAN
Pancaindera yang terbuka
Sikap dan Sifat yang Baik
Pembahagian Masa dan Tenaga

PENGABDIAN
Niat, Doa dan Tawakkal

Jadi manakah yang penting di sini bagi menentukan kecemerlangan pelajaran anak-anak anda?
Apa akan jadi kalau pancaindera anda tertutup dan tak dapat menumpukan perhatian kepada apa yang diajar? Saya yakin anda tak akan jadi pelajar yang cemerlang.

Pada saya hati yang terbuka akan membuka Pencaindera dan seterusnya akan mempunyai sifat yang gigih dan ini akan memudahkan kemasukan input ke dalam diri dan kemsukan input pada hati yang terang ini akan menyebabkan mereka-mereka yang sebegini menjadi pelajar yang cemerlang dan diberkati ilmu pengetahuannya.

Ilmu pengetahuan mudah masuk ke dalam hati mereka-mereka yang sebegini. Mereka ini merupakan pelajar yang cemerlang.

Apapun semua yang disampaikan ini bersifat kemasukan atau input dan berapa banyak input yang masuk. Adakah masuk 40%, 50%,75%, 90% atau 100%? Itulah persoalannya. Ia akan hanya diketahui bila pelajar tersebut telah menduduki peperiksaan.

Jadi bagaimana nak cemerlangkan pelajar yang kurang cemerlang? Apakah rahsia untuk cemerlangkan pelajar yang kurang cemerlang? Inilah persoalannya.


Rahsia untuk mencemerlangkan pelajar yang kurang cemerlang ialah dengan teknik Output Learning atau pembelajaran output.

Output Learning ialah kaedah yang telah dijalankan di negara-negara maju dan telah mula sampai ke negara ini dalam tahun-tahun kebelakangan ini dan ia sebenarnya merupakan pelengkap kepada sistem pembelajaran akademik.

Analoginya begini, kalau kita bermain bolasepak dan telah mempelajari semua input, menonton video, diberi latihan mental, fizikal dan taktikal oleh jurulatih maka kita perlu menjalani perlawanan persahabatan untuk menguji pasukan sebelum ke perlawanan sebenar. Demikian jugalah untuk tinju, lumba basikal, lumba lari, badminton dan sebagainya. Apa yang telah kita pelajari itu perlu dikeluarkan bagi menunjukkan kefahaman dan kemenangan bakal bererti yang kita telah berjaya menguasai ilmu tersebut.

Setelah saya buat kajian, dalam aspek pelajaran ini teknik Kumon, Score A, (klik di sini), Straight A dan beberapa yang lain menyajikan sistem output ini. Mereka menyediakan pelajar memasuki peperiksaan dan menguji kefahaman dalam diri mereka sebelum peperiksaan sebenar. Dalam hal ini kalau mereka boleh mendapat kelulusan A dalam ujian yang dijalankan maka ini menunjukkan yang mereka telahpun bersedia untuk menduduki peperiksaan yang sebenar.   

Ujian ini diambil dalam internet dan boleh diambil berkali-kali hingga mendapat kelulusan yang tertinggi dengan bank soalan yang melebihi 700,000 soalan. Ia pula boleh menguji topik mana yang pelajar lemah, mudah dipantau, bersifat interaktif dan menyeronokkan, mempunyai simulasi peperiksaan sebenar dan pelbagai faedah lain.

Percayalah teknik ini telah diuji keberkesanannya dalam semua aspek kehidupan bukan hanya dalam pembelajaran dan saya yakin ia akan berkembang di negara ini. Lambat laun percayalah yang di masa akan datang ia akan menjadi satu KEPERLUAN dan pelajar yang tidak punya kelebihan ini akan KETINGGALAN.

Sekiranya anda ingin mencuba kaedah output learning ini, sila layari www.scorea.com tekan pada butang Online Demo masukkan Demo ID: 82828.

Dan sekiranya anda ingin tahu lebih lanjutnya mengenainya hubungi saya Faizal Yusup di talian 012 654 0130 atau Azila Ismail di talian 012 2511755.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

23 Mac 2010

Kelebihan Orang Yang Berilmu


Saidina Ali karamullahu wajhah telah menjelaskan 10 kelebihan orang yang berilmu

Pewaris para Nabi
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi, " Orang-orang yang berilmu adalah pewaris para nabi" hadis riwayat Imam muslim daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah SAW, " sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu pengetahuan, Allah akan menganugerahkannya jalan ke syurga"

Pengawal yang setia
Saidina Ali berkata, "kita terpaksa menjaga harta kekayaan yang ada pada kita. semantara ilmu pula bertindak sebaliknya, ia sentiasa menjaga dan mengawasi kita"

Banyak kawan
Kata Ali," para hartawan mempunyai ramai musuh, sama ada yang dikenali atau tidak. Sedangkan org yang berilmu mempunyai ramai kawan"

Dimuliakan orang
Sabda Rasulullah SAW, riwayat Abu Naim daripada Anas r.a, "ilmu pengetahuan itu menambahkan mulia dan meninggikan taraf seorang hamba kepada raja."

Ilmu tidak boleh dicuri
Ilmu hanya akan hilang dengan cara kematian. Sabda Rasulullah SAW dlm hadis riwayat Imam Bukhari dan muslim, " bahawa Allah swt tidak akan mencabut ilmu daripada manusia yang dianugerahkanNya. Tetapi ilmu itu akan pergi dengan perginya (meninggal dunia) orang-orang yang berilmu itu."

Tidak pernah habis
Tidak seperti harta yang akan habis semakin hari ia digunakan. apabila diajukan soalan kepada yang cerdik pandai, "apakah barang yang boleh disimpan lama?" jawab mereka, " iaitu barang-barang yang apabila kapal kamu tenggelam, maka ia akan berenang bersama kamu, iaitu ilmu yang kamu miliki."

Menyinari jiwa
Lukman al Hakim berkata kepada anaknya, "wahai anakku, duduklah bersama orang yang berilmu (ulama). Sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati dengan Nur Hikmah (sinar ilmu) seperti menghidupkan bumi dengan hujan dari langit"

Penjelasan RAsulullah SAW yang diriwayatkan oleh At Tabrani daripada Abu Hurairah, " sesorang yang berilmu adalah lebih sukar bagi syaitan menipunya berbanding seribu orang abid (ahli ibadah)

Tiada terbatas, sentiasa bertambah

Taat kepada Allah SWT
Firman Allah, Surah Al-Fathir, ayat 28, " sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambanya hanyalah ahli-ahli ilmu"

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu abdil Birri, " orang yang berilmu itu merupakan kepercayaan Allah di muka bumi"

Akhirnya ingatlah pesanan Rasulullah SAW ini, "sesungguhnya amal yang sedikit tetapi disertai dengan ilmu tentang Allah adalah bermanfaat. Sedangkan amal yang banyak yang disertai dengan kejahilan tentang Allah tidak akan bermanfaat"

Ikhlas dari,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

01 Mac 2010

Perihal Kursus Motivasi



Saya yakin anda pernah pergi kursus motivasi, tazkirah, ceramah ugama, seminar, kursus bina insan, membaca artikel motivasi dan sebagainya. Dalam kursus selama seminggu itu contohnya anda perlu menjalani pelbagai permainan individu mahupun berkumpulan, pelbaga pengisian, kena masuk hutan, kena jalan dalam malam yang gelap gelita dan sebagainya. Kemudian fasililator pun memberikan pengisian refektif yang tersirat bagi menerangkan kenapa sesuatu acara itu dijalankan sedemikian rupa.

Katanya ia bertujuan untuk teamwork, keberanian, keyakinan, kesungguhan, kreativiti, tersusun, kesatuan, persamaan dan sebagainya. Apa yang paling penting ialah untuk peserta iaitu anda kembali ke tempat kerja, kembali ke sekolah dan sebagainya dan melakukan perubahan dalam diri.

Maka baliklah para peserta dengan hati yang berkobar-kobar untuk melakukan perubahan itu. Minggu pertama kita ikut semua yang disarankan dalam kursus itu, minggu kedua ia menjadi semain pudar dan masuk minggu ketiga kita kembali dengan sifat dan sikap kita yang asal.

Kenapa begitu?

Biar saya terangkan.

Sebenarnya analogi, metafora, contoh, acara, permainan, peristiwa, kejadian dan sebagainya memang tugasnya untuk berkhidmat kepada manusia. Disamping itu juga ia sebenarnya tak boleh bawa manfaat dan mudarat tanpa izin Allah. (Akan saya jelaskan dalam artikel yang lain nanti.)

Apapun ia terpulang kepada kita untuk mengambil iktibar dari semua ini. Tak guna kalau kalau kita baca sejuta artikel, sejuta buku, menghadiri sejuta kursus motivasi sekalipun kalau kita tak mengambil iktibar dari mana-mana diantaranya. Kita tetap akan jadi orang yang sama. Orang yang tiada perubahan.

Jadi bagaimana pula untuk melakukan perubahan itu dan kekal berada di dalam perubahan lantas menjadikan anda orang yang baru?

Perubahan adalah satu proses dan ia mengambil masa. Seperti yang sering saya ulangi perubahan akan berlaku dan anda akan dapat menukar tabiat kebiasaan anda dengan kaedah mudah 4P iaitu,

1.   Pengisian atau Input
Katalah inputnya bekerjasama
2.   Pengulangan
Ulang-ulang melakukan tindakan bekerjasama
3.   Pengukuhan
Baca buku, cari mentor, ambil iktibar dari kebaikan bekerjasama
4.   Penerapan
Lambat laun ia akan menjadi tabiat anda.

Bak kata orang tua ia perlu dilakukan secara berterusan selama 40 hari, dalam Islam ia dinamakan istiqamah. Atas sebab inilah kebanyakan kursus di negara Barat dijalankan selama paling kurang 3 bulan bagi memasukkan sesuatu program ke dalam diri pekerjanya.

Jadi, bila balik dari sesuatu program motivasi laksanakanlah konsep 4P ini dengan harapan perubahan akan berlaku dalam diri anda.

Berminat untuk menyertai kursus motivasi Anda Yang Baru kelolaan saya? E-mel lah!

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>