01 November 2009

Teka teki Corner

Salam semua,


Kali ini saya selitkan pula segmen teka-teki khas buat tatapan anda.


1. Dalam seekor ayam, apa benda yang tidak dipanggil ayam ?
Telur mata kerbau.


2. Dalam satu pokok kelapa, apa benda yang tidak dipanggil kelapa ?
Tahi minyak.


3. Dalam satu pokok mangga, apa benda yang tidak dipanggil mangga ?
Sarang burung.


4. Kenapa ada orang mandi sungai rambut tak basah ?
Sebab dia botak.


5. Kenapa Fauziah Ahmad Daud naik motor kena saman?
Sebab naik tiga orang.


6. Macamana nak hilangkan bau busuk ketiak ?
Tutup hidung.


7. Sebuah keretapi elektrik bergerak menuju ke arah utara, asap keretapi tersebut menuju ke mana ?
Tiada asap


8. Sebuah kapal layar bergerak menuju ke arah utara, asap kapal tersebut menuju ke mana ?
Tiada asap


9. Bangunan apa yang tertinggi di dunia?
Masjid – sebab kubahnya mencecah bulan.


10. Pokok apa yang paling tinggi?
Pokok atas gunung.


11. Lagu apa yang menggunakan huruf " H " di setiap permulaan perkataannya?
Hingga hahir hanti.. hau haja hidaman hati.. halau hibu hahun..


12. Berikan Lima jenis buah yang bermula dengan huruf N.
Nangka, Nona, Nenas, Nembikai, Nuku...


13. Berikan Lima jenis buah yang berakhir dengan huruf K.
Cempedak, Tembikai penyeK, Mangga cantiK, Nangka masaK, Pisang busuK...


14. Lima jenis barangan dapur berakhir dengan huruf R.
Dulang bocoR, Sudu bocoR, Pinggan bocoR, Mangkuk bocoR, Periuk bocoR..


15. Diantara Kuala Lumpur dengan Seremban apa yang ada di tengah-tengahnya ?
Dengan


16. Antara langit dan bumi apa yang ada ditengah-tengahnya ?
Dan


17. Apa yang berdiri di tengah-tengah malam?
Huruf L


18. Dimana kita jumpa Jumaat dulu baru Khamis ?
Kamus


19. Orang putih cakap masyarakat macamana ?
Masyarakat


20. Ten plus ten plus ten berapa ?
Ten ten ten

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.