18 November 2009

Testimoni Buku


TESTIMONI 1


Pada pemerhatian saya, saudara Faizal Yusup merupakan seorang penulis yang menulis dengan minda dan mata hati yang terbuka di mana setiap ayat yang disampaikan padat dengan isi dan maklumat yang boleh digunapakai pada masa dulu, kini dan akan datang. Bagi saya semua ini adalah ilmu kerana sifatnya yang menjangkaui zaman.


Artikel Rahsia Pembentukan Diri yang menerangkan proses 4P contohnya boleh digunakan untuk rujukan pada semua orang bukan hanya untuk zaman ini malah untuk zaman yang akan datang. Saya yakin beliau merupakan seorang pemikir yang hebat.


Dikala penulis lain menulis kisah-kisah yang memaparkan peristiwa masa kini, konflik dan isu semasa yang mana ia merupakan maklumat yang akan luput beliau pula menulis dengan input visi yang amat jauh bukan hanya untuk membantu generasi masa kini malahan masa akan datang.


Buku Anda Yang Baru merupakan contoh hebat mengenai penyampaian ilmu yang padat dengan isi-isi yang saya maksudkan ini. Topik Mentaliti kelompok, Iklim, Sifat dan Sikap adalah antara topik-topik yang akan wujud dan diperkatakan melangkaui zaman ini. Saya cukup yakin yang buku ini akan bertahan untuk satu jangkamasa yang lama.


Beliau juga merupakan seorang penulis yang mempunyai penelitian fikiran yang tajam telah menghasilkan idea-idea dan kaedah-kaedah yang sukar disangkal oleh akal fikiran. Malahan input-input ini jarang didapati dalam buku-buku motivasi yang lain. Saya harap beliau akan terus menerus menulis buku-buku yang lebih mantap dan menguji minda pembacanya di masa-masa yang akan datang dan saya yakin suatu hari nanti beliau akan menghasilkan sebuah ‘masterpiece’!.


Pandangan ikhlas daripada,


Azila Ismail
Peminat


TESTIMONI 2


Mak saya yang belikan buku Anda Yang Baru. Saya mengambil dan membacanya. Bab orang asli sudah cukup membuatkan saya terkejut dan terdiam. Memang power Uncle Faizal ni. Bila baca terasa macam dia bercakap dengan saya tapi terangkat bila kena kat batang hidung. Saya nak suruh kawan-kawan semua baca buku ni. Biar padan muka diorang!


Rashid Azhar
Pelajar Tingkatan 3
KGV Seremban


TESTIMONI 3


Sejak dari buku pertama sehinggakan buku yang baru ini membuat satu pembangunan dan kebangkitan dalam penghijrahan. Beliau begitu cerdas memaparkan semua aspek yang harus merangkumi kehidupan. Midas penghayatan yang luarbiasa membuatkan saya membacanya berkali kali dan tabik saya berikan. Saya harap teruslah menulis dan memberikan ilmu terus maju dan melaju. Syabas dari saya.. Buku yang paling Best.. Syabas sekali lagi buat Faizal Yusup!!

Salbiah Sirat
Singapura

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.