17 November 2009

Catatan Faizal Yusup

Salam mesra di alam maya buat semua pengunjung yang saya kasihi...

Di kesempatan kali ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan menyambut salam perkenalan daripada beberapa kenalan maya yang belum pernah saya temui di alam nyata. Terima kasih atas salam perkenalan yang mereka hulurkan sama ada melalui, e-mel, chatting facebook, sms, telefon atau apa cara sekalipun.

Antaranya,
-      Puan Suzana Ghazali kolumnis tetap majalah Mingguan Wanita yang memberikan sokongan penuh dan sudi membantu,
-      Tuan Haji Hassan dari Melaka yang menyarankan saya membuat rakaman MP3,
-      Cik Ismiela Pensyarah di KICT yang ingin menjemput memberikan ceramah motivasi kepada penuntutnya di Pulau Pinang,
-      Cikgu Azizi dan Cikgu Razali penulis buku Syoknya Belajar yang memberi sokongan,
-      Sdri Molee dari Alaf 21 yang link kan blog Alaf 21 dengan blog saya.
-      Pn Zainalia, Cik Ariesya, Sdr Mohd Faizal, Edyfinites, Chem So dan nama-nama lain yang terlepas dari ingatan saya. Saya tahu anda tahu.
-      Juga kepada mereka yang meluangkan masa yang ada diantaranya berjam-jam membaca blog, memberi komen dan subscribe blog ini walau di mana anda berada.

Tak lupa juga kepada mereka-mereka yang menepuk bahu saya di alam nyata memberi sokongan untuk saya terus menulis dan berkarya.

Kepada anda saya ucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih. InsyaAllah selagi ada umur saya akan cuba untuk memberikan yang terbaik buat semua.

Oh Ya! Untuk pengetahuan anda saya cuma orang biasa, sama sahaja seperti anda. Saya suka berkawan dan kalau anda menghubungi saya walau apa cara sekalipun InsyaAllah anda tidak akan dihampakan kerana ini adalah sunnah Rasullullah SAW.

Sekian dulu..
Wassalam

Ikhlas,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.